"Bai'at" pancaran Nur seorang Mursyid

 

Bai'at , pancaran Nur seorang Mursyid

Seorang salik yang baru belajar ilmu Makrifat selalunya akan menerima pancaran Nur (Cahaya) di hatinya yang disampaikan melalui seorang Mursyid semasa berbai'at. Nur itu tersimpan sebagai rahsia sehinggalah mendarah-daging meliputi ke seluruh badan.
Bai'at bolehlah disepertikan satu amanah pada detik perjanjian antara murid dengan guru yang bersaksikan para malaikat. Di sinilah garis mula sebuah perjalanan salik itu dibimbing sampailah mencapai tingkatan Fana.
Jika ilmunya itu sah dan tidak bersalah-salahan dengan ajaran yang benar, nasab Mursyid itu sepatutnya bersambung kepada guru-guru sebelumnya sehinggalah bertali-rantai sampai ke hadirat Nabi Muhammad SAW.




'Cahaya' yang dipancarkan itu ialah ibarat bara api yang kecil, yang apabila tertip dijaga dengan kesungguhan, nescaya ia akan bersemarak melalui ritual tertentu dan terus membuka lapisan-lapisan Alam Ghaib yakni Malakut, Jabarut dan Lahut.
Semakin jauh melangkah dan semakin jauh menjangkau, semakin berbelit-belit daya keupayaan memahami hakikat tentang kewujudan Allah. Demikian kenyataan laluan perjalanan seorang Salikul Ahlillah.
Mahfumnya, semakin banyak yang diketahui, semakin jahil jadinya, hanyut kebingungan membaca terjemahan-terjemahan, di lelaman ilmu yang disuguh oleh kawan-kawan dalam keterlibatan - mengenal diri mengenal Tuhan.
Maka itu, adalah dinasehatkan supaya lebih pantas kiranya seorang penuntut ilmu di bidang ketuhanan ini, belajar berdepan langsung dengan gurunya.
Allah menciptakan manusia, bukanlah Dia bermaksud mengharapkan sesuatu imbalan dari manusia. Tapi hanya beralasan bahawa Dia sebagai Tuhan, rindu sekali Diri-Nya ingin dikenali.
Untuk itu, seorang Salik perlukan "buah-buah hikmah" dari seorang Mursyid bertauliah dan memang diakui kebolehannya. Dari hikmah seorang Mursyid inilah akan datangnya semua cahaya kehebatan kefahaman-kefahaman. Dan dari pimpinan seorang yang berkaliber "Mursyid" sajalah akan terhurainya segala misteri.
Mursyid ialah seorang "Syekh" yang mewakili Allah dalam menyampaikan risalah Tauhid dan dalam membimbing ke arah Makrifatullah.
Bagaikan kata sahabat;
"Ilmu Allah itu seperti pesawat terbang yang indah bentuknya. Namun "hikmah" itulah yang menjadi seperti bahan bakarnya (fuel). Begitupun banyaknya orang yang berbangga dengan keindahan ilmunya, akan tetapi tanpa bahan bakarnya (hikmah) ia tetap tertinggal di landasan darat tak dapat terbang ke atas udara."
Justeru, untuk memahami Tuhan Semesta Alam yang bersifat Al-Mutakkabir, sangatlah diperlukan seorang "manusia paripurna" yang bergelar "Mursyid" ini, memimpin kita.
Terpulanglah kepada Dia - Sang Maha Pencipta dengan Kebijaksanaan-Nya yang "Maha Meliputi" segala yang wujud di alam maujud, memilih dan melahirkan kekasih-kekasih-Nya yang sejati dalam hal ini.
Allah SWT berfirman di dalam ayat al-Quran bahawa Dia-lah yang mengajarkan sesuatu kepada manusia, apa-apa yang belum mereka ketahui. Tiada Tuhan selain Dia, dan kepunyaan Dia-lah apa yang di langit dan apa yang di bumi.
Memahami perkataan "meliputi", sangat sukar di dalam konteks ketuhanan. Di sini suka sekali saya kongsikan statement yang dipetik dari apa yang digambarkan oleh seorang kawan yang saya anggap bijaksana;
"Kalau cawan yang diperbuat daripada 100% kaca tanpa bahan lain selain kaca, maka tak ada lagi selain "kaca" yang boleh disebut pada nama cawan itu, karena logikanya kacalah yang meliputi seluruh wujud sebentuk cawan tadi."
Begitulah yang difahamkan erti "meliputi". Namun kalau diselusur lebih jauh lagi, tetap akan ada faktor lain yang menjadikan ianya dapat dibahas sampai terkumpulnya pula perbedaan pandangan. Lebih detail lagi kalau dipandang dari sudut mata kerohanian, antara "Sang Pembuat" dan yang "kena buat".
Begitu jugalah bila wujud manusia yang diciptakan oleh Allah. Zat Allah Yang Maha Ghaib bertajalli daripada Zat Mutlak kepada Sifat, Asma' dan Af'alNya lalu meliputi pada wujud diri manusia. Bila dimengerti dengan akal logika, wujud diri manusia itulah Zat Allah adanya. Hanya, kejelasannya tampak pada perbedaan antara "Pencipta" dan "yang diciptakan".
Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah. Tiada Tuhan selain Dia. Kepunyaan Dia apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan pengetahuan Allah itu Maha Meliputi segala sesuatu.
Didalam membicarakan Ilmu Hakikat pengamal pengamalnya tidak berapa suka menggunakan istilah murid dan guru.
Seseorang yang didatangi oleh orang lain bagi maksud mempelajari Ilmu Hakikat jarang sekali suka dipanggil guru walaupun tiada keberatan untuk menyampaikan ilmunya kepada yang datang kepadanya itu. Apatah lagi jika ada yang menganggap atau memanggilnya sebagai Guru Murshid.
Bagi mereka tiada istilah yang mengajar dan yang diajar sebab mereka berkeyakinan bahawa GURU HAKIKI yang mengajar itu ialah Allah sendiri atas hujah bahawa semua ilmu ialah milik Allah dan yang demikian Allah-lah yang berhak menyampaikannya.
Ini sesuai dengan Firman Allah didalam IQRA’ dimana Allah mengistiharkan DiriNya sebagai YANG MENGAJAR DENGAN KALAM.
Proses pencarian dan penyampaian ilmu dirujuk sebagai MUZAKARAH atau perbincangan sesama sendiri dikalangan peminat peminat Ilmu Hakikat dimana Kalam Allah akan menyampaikan ilmu melalui lidah lidah makhluknya.
Ini bersesuaian dengan pegangan Tauhid orang Ilmu Hakikat bahawa Yang Wujud Hanya Allah dan yang berkata-kata itu ialah Yang Bersuara itu. Lidah lidah hanya sandaran atau peralatan Allah semata-mata.
Dalam muzakarah taraf atau status ahli ahli muzakarah itu adalah sama..tiada yang dianggap tinggi daripada yang lain walaupun kita akan dapati dalam yang ramai ramai itu ada yang unggul ilmu pengetahuannya.
Janganlah panggil orang itu sebagai Tuan Guru..panggil sahaja MODERATOR atau pengerusi majlis muzakarah.
Rumusannya ialah guru yang hakiki ialah Allah. Yang disarankan ialah Bergurulah Kepada Allah. Serulah Allah dan mintalah ajarannya. Anda percaya ? Jika percaya lakukanlah, jika tidak teruslah berguru dengan manusia.
Ramai berpendapat menuntut Ilmu Agama hendaklah dengan berguru. Dalam hal ini maksudnya ialah berguru dengan manusia.
Jika berguru dengan buku sahaja maka dikatakan berguru dengan Syaitan. Oleh kerana tugas syaitan ialah menyesatkan manusia jadi waalupun isi buku yang dibaca itu mengenai Allah tanpa sedikitpun menyebut perkataan syaitan..maka ilmu yang diperolehi dari membca buku itu dianggap sesat kerana gurunya syaitan. Jadi dipanggillah ianya sebagai Ilmu Syaitan .
Alangkah peliknya syaitan menjadi guru dan ilmu Allah bila menjadi buku menjadi milik syaitan.
Anda percaya ?
Jika percaya , anda memang saorang yang JUMUD dan hiprokrit. Kenapa tidak, disekolah dahulu hingga ke universiti bukulah yang menjadi guru anda sebab orang yang mencatatkan ilmu ilmu diatas kertas kertas itu tidak mungkin berada dihadapan anda setiap waktu dan tidak mungkin berada dipelbagai tempat pada satu waktu yang sama.
BERGURU DGN ALLAH..
Saya melihatnya dari dua aspek
1. Khatrat / Bisikan Hati / Laduni / Ilham
Kudrat IradatNya
Allah Berfirman ....kembalikanlah segala persoalan kpdKu....jadi kita tanya je Allah yang dekat tu ...sure Dia jawab dengan pelbagai caranya antaranya ialah ....
a. Kita dengar suara dalaman kita menjelaskan
b. Allah datangkan org lain menjelaskan kpd kita
c. Kita jelaskan hal persoalan kita itu kpd org lain dan semasa kita bercakap itu kita sadar oh oh inilah jawapan kpd pertanyaan aku pd allah tu
d. Kita tulis jawapan soalan kita tu cth dlm posting atau komen fb atau wsap
Ini pengalaman saya sendiri...
2. ALLAH MENGAJAR MELALUI LIDAH ATAU JARI MAKHLUKNYA
Yg ini lebih kpd kesadaran tauhid kita ...yg ujud hanya Allah..semuanya Kudrat IradatNya
Jadi bila kita belajar dgn guru manusiawi..kita hendaklah sadar bukan guru tu yg berkalam tetapi nyawanya ..bukan nyawanya yg berkalam tetapi zat allah yg beserta guru kita tu
Begitu jugalah kessdaran kita bila baca buku cth baca buku sirrur asrar ...bukan syeikh abd qadir jailani yg menulis dan menyampaikan tetapi allah
Itulah fhm saya ttg berguru dgn allah...
Tetapi akhirnya bila kita tanya allah ..langsung tiada jawapan spt dulunya...jgn lah sedih bukan allah tak sayang kita lagi tetapi allah telah memantapkan tauhid kita dari peringkat nafi isbat ke peringkat tiada nafi tiada isbat tanda anda telah mengesakan allah....alhamdulillah
Pada pendapat saya tiada apa yang salah yang disampaikan oleh ulamak ulamak terdahulu.
Barangkali yang salah ialah kita yang masih malas untuk menggali ilmu dari Al-Quran dan enggan mahu berguru dengan Allah sendiri. ..
.kita tidak mahu mengemukakan masalah kepada Allah sedangkan Allah sentiasa mahu Mendengar dan telah mengajar kita dengan FirmanNya Kepada Allahlah kembali segala persoalan.
Kita lebih percaya kepada manusia berbanding Allah ..sedangkan didalam IQRA' Allah menegaskan ..Bacalah dengan menyebut Nama Tuhan kamu...Allah yang mengajar dengan Kalam
..ulamak kita kata Allah mengajar Nabi Muhammad bukannya kita ..sedangkan kita pun Muhammad juga.
Jalan perguruan kesemua nya benar pada peringkatnya...
Jalan berguru itu benar pada syariat nya.. murid mendatangi guru...
Jalan hakikat pula.. segala2 nya Allah..
Sedang diri sebenar diri itu lah guru sejati...
DIA lah guru hakiki..
Wal hasil pada ahli makrifat..
Mengenali kedua2 jalan ni...
Iaitu letak duduk syariat dan letak duduk hakikat..
Di sini jelas bahawa syariat itu tidak akan pernah berpisah dgn hakikat..
Hakikat dan syariat itu berpasangan...
Syariat tanpa hakikat batal..
Hakikat tanpa syariat zindiq...
Lalu dlm jalan syariat.. ada murid ada guru...
Ada penyampai... ada pendengar..
Dlm jalan hakikat pula ُ Allah lah sebenar2 guru yg hakiki..
Iaitu hakikat terdalam pada diri..
Melalui jalan2 ilmu yg di tentu kan.. dari wakil2 atau alat2 DIA yg mencerahkan persoalan..
Dari bacaan kitab.. dari bisikan2... dari laduni dan sbg nya..
Semua yg berlaku ini semua nya tidak sia2...
Masing2 ada peranannya..
begitulah.....
ALLAH GURU SEBENAR GURU
An-Nisa' : 113
وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُۥ لَهَمَّت طَّآئِفَةٌ مِّنْهُمْ أَن يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ ۖ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِن شَىْءٍ ۚ وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُن تَعْلَمُ ۚ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا
● Sekiranya bukan kerana KURNIA (FADHLU) Allah dan rahmat-Nya kepadamu, tentulah segolongan dari mereka berkeinginan keras untuk menyesatkanmu. Tetapi mereka tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak dapat membahayakanmu sedikitpun kepadamu. Dan (juga karena) Allah telah menurunkan KITAB dan HIKMAH kepadamu, dan telah MENGAJARKAN kepadamu apa yang belum kamu ketahui. Dan adalah KURNIA Allah sangat besar atasmu. ●
Sedarlah orang yang mengaku Tok-Tok Guru sekalian - Ustaz-ustaz sekalian,
SEDARLAH yang sebenar nya MENGAJAR kita semua atau yang sebenarnya GURU kita semua adalah SEMATA-MATA ALLAH AL-AHAD, AL-'ALIM.
Selain itu di sebut BALLAGH atau TABLIGH iaitu MENYAMPAIKAN dan bukan MENGAJAR.
YANG Mengajar Hanya Allah. Jangan kita MEMPERSEKUTUKAN ALLAH dengan kita mengatakan kita MENGAJAR.
Kita TIDAK MENGAJAR. ALLAH Yang MENGAJAR.
DIA Yang Mengetahui. Dia Yang Berilmu. Dari ayat di atas, jelas - "Allah Mengajar kamu" - jangan nafikan ini.
Kita sentiasa di ajar Allah dan bukan manusia.

Hakikat Insan ( Mengenal Diri Mengenal Tuhan )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan