APA YANG KAMU SUKA DARI DUNIA INI

 


Wahai Manusia Akhir Zaman...

APA YANG KAMU SUKA DARI DUNIA INI?
Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama para sahabat lalu bertanya kepada mereka
BermulaIah di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:
"Apa yang kamu suka dari dunia ini?"
Lalu berkatalah Saidina Abu Bakar r.a.
"Aku suka dari dunia ini 3 perkara
1.Duduk duduk bersama Rasulullah SAW.
2.Melihat wajah mu ya Rasulallah SAW.
3.Aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulallah saw "
Lalu Rasulullah SAW bertanya dengan Saidina Umar r.a.
"Bagaimana pula dengan mu ya Umar?"
Jawab Saidina Umar r.a. "ada 3 perkara juga yang aku suka:
1. Membuat kebaikan walau pun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2. Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3. Berkata yang benar walaupun pahit"
"Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"
Berkata Saidina Uthman r.a.
"Ada 3 perkara yang aku suka:
1.Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur"
"Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?"
"Aku juga cintakan 3 perkara:
1. Memuliakan tetamu
2. Berpuasa di musim panas
3. Dan memukul musuh dengan pedang"
Kemudian bertanya Rasulullah SAW pada Abu Zar r.a.
"Apa yang kamu suka di dunia ini?"
Berkata Saidina Abu Zar r.a. "Aku suka 3 perkara di dunia ini:
1. Lapar
2. Sakit
3. Mati "
Kemudian Rasulullah SAW bertanya, "Kenapa wahai Abu Zar?"
Berkata Saidina Abu Zar r.a.
" 1. Aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
2. Aku sukakan sakit kerana untuk mngurangkan dosaku.
3. Aku sukakan maut kerana untuk bertemu Tuhanku"
Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW :
"Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.Wangian
2.Wanita yang solehah
3.Solat menjadi penyejuk mata ku"
Kemudian di waktu itu turunlah Malaikat Jibril a.s. memberi salam pada Rasulullah saw dan para sahabat.
Kemudian Malaikat Jibril mengatakan: "Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara
1.Menyampaikan risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin"
Kemudian Malaikat Jibril a.s. naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi lalu berkata:
"Sesungguhnya Allah swt mengucapkan Salam kepada kamu semua dan Allah swt menyampaikan bahawa sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:
1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian"

 ( Sumber dari Ustaz Ahmad Nasir )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan