Tuan Guru Dr Haji Jahid Sidek


 Tuan Guru Dr Haji Jahid Sidek ( 1940 - kini )

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Dr Haji Jahid Bin Haji Sidek dan beliau dilahirkan pada tanggal 11 Februari 1940 di Batu Pahat, Johor.

Beliau memulakan pendidikannya di Sekolah Melayu Kebangsaan pada tahun 1957 dan tamat hingga darjah 6. Pada tahun 1956 hingga 1958, Tuan Guru memasuki Sekolah Arab Kluang Batu 1, Jalan Mersing, Johor.

Pada tahun 1957, beliau memasuki Sekolah Agama Kerajaan Johor hingga sampai darjah khas. Selepas itu, Tuan Guru Haji Jahid melanjutkan pelajarannya ke Kolej Islam Malaya, Klang dari tahun 1959 hingga 1963. Selepas berjaya memperoleh Sijil Tertinggi Kolej pada tahun 1963, beliau menyambung pengajiannya ke Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1969 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sastera hingga tahun 1972.

Pada tahun 1975, Tuan Guru Haji Jahid berjaya memperoleh Ijazah Peringkat Sarjana (M.A.) Bidang Usul Fekah dan menyambung dalam Ijazah Peringkat Kedoktoran (Ph.D.) di Universiti Malaya dalam bidang tasawwuf pada tahun 1992. Pada tahun 2012, beliau mengikuti Proses Pembelajaran Semester 2 dalam Ijazah Peringkat Kedoktoran (Ph.D) Kali Ke 2 di Universiti Malaysia Pahang.

Berikut merupakan kerjaya beliau :

1957 : Menerima Sijil Darjah Khas Yang Melayakkannya Untuk Menjadi Guru Agama Di Sekolah-Sekolah Agama Johor
1964 – 1968 : Guru Agama Di Sekolah Menengah Inggeris Jasin, Melaka
1969 : Mengajar Di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor
1972 : Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor
1973 – 1993 : Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya
1993 : Dinaikkan Pangkat Ke Profesor Madya
1994 : Pensyarah di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) Kuala Lumpur
1995 : Bersara sebagai Prof Madya

Tuan Guru Haji Jahid Sidek bergiat aktif dalam masyarakat sebagai pemimpin Islam setempat dengan usaha membangunkan hal ehwal agama Islam seperti surau, masjid dan sekolah agama dan aktif berdakwah membimbing masyarakat setempat melalui ceramah dan rawatan Islam. Oleh kerana itu, beliau ada menjawat beberapa jawatan didalam masyarakat seperti :

1. 1988 – 1990 : Mantan Pengerusi Surau An-Nur, Kampung Melayu Sri Kundang Rawang
2. 1988 – 1990 : Pengasas Dan Mantan Pengerusi Sekolah Agama Rakyat An-Nur Kampung Melayu Sri Kundang
3. 1990 – 2004 : Mantan Nazir Masjid Nurul Yaqin Kampung Melayu Sri Kundang Rawang
4. 1990 – kini : Pengasas Dan Pakar, Kaedah Rawatan Refleksologi Kerohanian Islam @ Pusat Rawatan Islam Manarah
5. 2006 – kini : Yang Dipertua Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI)
6. 2008 – kini : Pengasas Dan Penasihat Pusat Perlindungan Pesakit HIV
7. 2013 – kini : Penasihat Koperasi Bina Budi Malaysia
8. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pusat Dakwah Warga Emas Dan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor
9. Ketua Panel Pembangunan Modul Istitabah, Bahagian Perubatan Islam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
10. Panel Pembangunan Modul Ilaj Home, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
11. Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysian Qualifications Agency (MQA) Dalam Bidang Perubatan Islam pada 19hb September, 2012
12. Pakar Rujuk Indeks Pematuhan Piawaian Syariah Yang Dibangunkan Oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
13. Panel Perbincangan Bagi Membangunkan Garis Panduan Perubatan Islam Malaysia
14. 1900 - kini : Pengerusi Madrasah Babul Khairat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidee Johor Baharu
15. 2007 - kini : Pengerusi Madrasah Manaratil Ilmi, Km 30 Jalan Kuantan Pekan

Tuan Guru Haji Jahid telah dilantik sebagai Ahli Panel Pakar Tasawwuf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seterusnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tareqah-Tareqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan di bawah Enakmen Tareqat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007.

Beliau dilantik sebagai Syeikh dalam Tareqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang juga memimpin amalan Khalwah/Uzlah/bersuluk di Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Manaratil ‘Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang, dan memimpin Majlis Dhikrullah @ Tawajjuh di beberapa tempat di seluruh Malaysia.

Diantara gurunya dalam ilmu tareqat ialah :

1. Tok Ayah Said Lundang Paku ( 1850 - 1985 )
2. Tuan Guru Imam Haji Ishaq Bin Muhamad Arif al-Jawi ( 1908 - 1992 )
3. Syeikh Haji Maarof Bin Haji Yaakob ( 1901 - 1994 )

Berikut pula adalah diantara karya penulisannya :

1. Membentuk Jiwa Sufi
2. Shaikh dalam Ilmu Tariqah
3. Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam
4. Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam
5. Strategi Menjawab Sejarah Islam
6. Dhiaul Iman Fi Thariq Ar-Rahman (Terjemahan Kitab Tanwirul Qulub Shaikh Muhamad Amin Kurdi)
7. Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam

Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuan Guru. Amin




*Sumber -

#KenaliUlamak

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan