Tasawwuf itu adalah ilmu Dzauq dan Wijdan.


 Tasawwuf itu adalah ilmu Dzauq dan Wijdan. (Ilmu RASA : The Sixth Sense).

Dzauq wal Wijdan bermaksud meRASAi dengan dzauq (perasaan hati sanubari). Sementara Wijdan (pemerasan oleh seluruh tubuh jasad) akan hakikat segala sesuatu sehingga merasai seumpama manisnya madu. Berbeza dengan rasa manisnya unsur gula, yakni kita pasti dapat menjiwai perbezaan antara "isi dan kuku".
Ilmu RASA Dzauq ini adalah ilmu merasa yakin, bermula dengan Ilmul yakin, kemudian menjadi Ainul yakin, sehingga mencapai tahap Haqqul yakin. Dan seterusnya seseorang itu akan sampai ke Maqam Musyahadah (penyaksian oleh mata hati/mata Roh), iaitu ia merasakan bahawa dirinya sedang berhadapan dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kemudian ia akan mengalami penyaksian "Syuhud Dzauqiah", yakni dapat menyaksikan bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah atas Af'al Allah Ta'ala semata².
"Qiila wa Qaala" pula adalah merupakan hanya ucapan dari kata lisan sahaja tanpa riadah praktiknya/amalinya. Ramai para murid dan Salik ilmu Tarekat dan Hakikat gagal dalam mengaplikasikan ilmu² Tasawwuf nya secara ikhlas dan jujur. Malah ramai juga yang mahir dan petah berbicara dari sudut ilmiahnya, namun apa yang diperkatakan dan dibicarakan itu, tidak tertanam dan berbekas di hati sanubarinya. Mungkin atas sebab ketiadaan tarbiyyah bersungguh² khusus oleh Murabbi Syeikh Mursyidnya, dan mereka² ini didapati tidak mempraktikkan amalan² sebenar ilmu Tasawwuf/Tarekat secara beradab, yakni tiada bertalaqqi bertemu lutut. Seperti tidak memenuhi dan menepati jumlah Dzikrullah yang telah ditarbiyahkan sewaktu mereka mengambil Ba'iah dahulu.
Sesungguhnya, tanpa latihan riadah dan tarbiyyah yang tepat, maka ilmu² yang diperolehi itu hanyalah sekadar ilmu pengetahuan sahaja tanpa rasa Dzauq nikmat tersebut.
Dzauq (RASA) inilah yang akan memperbaiki hati nurani dan maqam nafsu, disamping mengawal jiwa rohani serta tu tubuh jasad sehingga terbit pada diri kita itu sifat² Mahmudah (terpuji) dan terhapuslah sifat² Mazmumah (tercela).
#Ringkasan kuliah dan tausiyah oleh Tuan Guru Haji Saari Hussien di Pondok Pak Amat, Kota Bharu, Kelantan.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan