PENJELASAN FANA


 PENJELASAN FANA*

Menghapuskan Wujud Diri Sendiri, iaitu selain Allah swt. Inilah disebut taubat yang Hakiki. Apabila Diri Sendiri telah lenyap, disebut FANA', maka seseorang itu akan sampai kepada Makam ke-Esaan. Pada ketika itu Allah swt Menyatakan Dirinya dengan kekasih Allah swt.
Tempat ke-Esaan ini (WAHDAT) adalah tempat Hakikat yang sebenar, Hakikat bagi segala Hakikat, tempat kesatuan dan ke-Esaan dengan Allah swt Yang Maha Pencipta.
Itulah tempat Makhluk yang dinamakan hamba berhadap-hadapan dengan Khaliq (Penciptanya) yang disembah sebagai Allah swt. Inilah tempat yang dikhususkan untuk para Nabi, Wali dan kekasih Allah swt.
Apabila Wujud Insan bersatu dengan Wujud Allah, maka Wujud kedua-duanya itu tidak lagi berasingan dan terpisah. Pada Hakikatnya Wujud yang Satu Tunggal ESA itu jua.
Yakinlah apabila Insan (Mak'rifatullah) berhadapan dengan Allah swt, Diri akan lebur dan FANA', juga disebut "Mati Syahid", iaitu Mati didalam Penyaksian Dzat Allah, tiada wujudnya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal, Dzat Allah.
Ketika itu Insan tidak lagi mahu berpisah dengan Allah swt, apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan, sehingga Wujudnya yang Adam (KOSONG) tidak akan lagi berpisah dengan Wujud Yang Kekal.
Apabila semua perhubungan dengan dunia telah terputus (Jangan ambil maksud lahiriah), dan Insan telah bersatu dengan Allah swt, maka si Insan akan menerima keKudusan dan keSucian yang kekal, yang mana tidak ada cacat dan celanya, dia menjadi seseorang yang dimaksudkan ALLAH SWT.
Inilah yang harus kita usahakan semasa masih di dunia ini, sehingga kita mencapai "Isbatul Yakin", iaitu Menyaksikan Allah swt dengan Mata Hati.
( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan