KEARAH PENUBUHAN MAJLIS SYURA ULAMA PONDOK MALAYSIA (MASYHUR)

 

KEARAH PENUBUHAN MAJLIS SYURA ULAMA PONDOK MALAYSIA (MASYHUR)

VISI
Memperkasa Institusi Pondok sebagai warisan Pendidikan berteraskan Ahlu Sunnah wal Jamaah yang mampu membina masyarakat berilmu, beramal, beradab dan membentengi Negara dari ancaman ajaran serta pemikiran yang menyeleweng dari ajaran Islam yang hakiki.
MISI
a) Mengukuhkan dasar Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Asyairah Wal Maturidiah sebagai aliran Aqidahnya, Mazhab Imam Syafie sebagai aliran Fiqahnya serta meraikan 3 Mazhab Muktabar dan Manhaj Imam Al Ghazali dan ulama muktabar sebagai aliran Tasawwuf serta Tariqat Sufi yang muktabar.
b) Bersama dalam Memperkasa Institusi Raja-Raja Melayu sebagai Institusi Utama Kepimpinan Negara dan Menjunjung kesetiaan kepada ulil amri, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta menjulang Keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
c) Membentuk permuafakatan dikalangan Guru-Guru Pondok, Para Ulama dan Ilmuan serta pendokong Ahlu Sunnah wal Jamaah bagi menghadapi segala cabaran terhadap Ahlu Sunnah wal Jamaah di Negara ini secara beradab, berhikmah dan menepati lunas Undang-Undang.
d) Menjadi suatu pusat rujukan nasihat, maklumat, keilmuan serta pembangunan insan untuk masyarakat awam dan pihak berwajib.
e) Menjadi suatu badan bebas dari pengaruh Parti-parti politik atau agenda pihak yang tidak selaras dengan Ahlu Sunnah wal Jamaah.
MATLAMAT ( OBJEKTIF)
a) Mengadakan siri jabahah atau diskusi atau bahsul masail berkenaan isu-isu semasa dalam dan luar Negara bersama Guru-Guru Pondok, Ilmuan dan Pakar-pakar bidang.
b) Menyuburkan pengajian atau daurah kitab Thurath secara talaqqi bersanad .
c) Menyemarakkan sambutan Maulid, Haul dan lain-lain amalan Ulama leluhur bersama pelbagai kelompok masyarakat termasuk pihak Istana, pemimpin dan rakyat.
d) Mengadakan siri latihan atau kursus untuk warga pondok berkaitan teknologi, teknik serta cabaran dakwah semasa bagi memantapkan pengalaman untuk menghadapi masyarakat kontemporari.
e) Mengadakan siri ziarah Silaturrahim sesama Ulama serta pemimpin bagi berkongsi pandangan serta keilmuan yang boleh di manfaatkan untuk kemakmuran Negara.
d) Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkenaan bagi menambahbaik pengurusan serta pembangunan Institusi Pondok agar menjadi Institusi yang di segani dan di hormati oleh khalayak masyarakat.
e) Membentuk kerjasama bagi membina pelapis atau Perkaderan Ulama lepasan Institusi

( Persatuan Guru-Guru Agama Pondok Pantai Timur )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan