Aku melihat Allah : Allah melihat aku.


 Aku melihat Allah : Allah melihat aku.

Tasawwuf dan Tarekat Muktabar (Ahlus Sunnah Wal Jamaah) itu perjalanan awal Ahli Sufi.
Mengapa memandang dan berfikir tentang makhluk, sedangkan Allah Ta'ala itu tersangatlah hampir dan terlalu dekat.
(Sifat²Nya, Kursi Nya, Asma'Nya dan Af'alNya).
Ramai orang yang bertanya dan kurang arif tentang ilmu dan perjalanan Ahli Sufi (Sunni) tulin sejati itu. Ilmu² keSUFIan itu bukanlah dapat dipelajari dari kitab² Sufi, tetapi Ahli Sufi yang sebenar adalah orang² yang patah hatinya terhadap dunia. Kaum Sufi itu memandang dan menyaksikan penTajallian sifat² Allah Ta'ala pada segala sesuatu itu (Musyahadah) merupakan ilmu paling tinggi dalam ilmu dan Maqam Ma'rifatullah.
Para kaum Sufi pada asasnya bukan lagi sekadar sibuk dalam membahaskan isi² dari kitab² Muktabar itu sahaja, bahkan setiap kata² dan perbuatan yang dzahir dari diri mereka itulah cerminan kitab² Diri mereka. (Al Qur'an bergerak).
Adapun ramai dikalangan kita orang awam, melihat bahawa Syariat dan Hakikat itu berbeza Maqamnya, kerana kita berbicara mengikut bahasa dan lenggok Kitab. Baik dari sudut ayat² Muhkamad mahupun dari sudut Mutasyabihat, bukanlah dari ilmu² pengamalan, aturan mahupun sebagai Addeen (cara hidup) seharian.
Begitu jugalah keadaannya berlaku ketika peristiwa yang terjadi diantara Nabi Musa Alaihissalam dengan Nabi Khidir as. Bukanlah Nabi Musa itu Syariat dan Nabi Khidir itu Hakikat semata², tetapi kedua² mereka berjalan atas Syariat Allah Ta'ala mengikut kaedah dan keperluan jalan masing². Namun puncak objektifnya adalah untuk menuju jalan dan tujuan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala secara hakiki.
Seorang Ahli Sufi (sunni) tulin sejati itu, sesungguhnya menjadi tempat dan khazanah tersimpannya rahasia² Allah Ta'ala, dimana mereka sentiasa istiqamah bermujahadah dan bertawajjuh ke Hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dan ada dikalangan mereka dan disetiap waktu, mereka dikunjungi dengan rahasia² ilmu Laduni, Firasat dan Ma'unah terus pemberian dari Allah SWT.
Oleh yang demikian, janganlah kita sebagai orang awam ini, mendakwa mengetahui, mengikuti dan tahu akan jalan² Ahli² Sufi tersebut tanpa tidak pernah memahami dan mendalami aliran Sufi (sunni) itu sendiri secara peribadi. KeSufian sejati bukanlah terletak kepada penampilan pakaian yang lusuh dan dhaif, hidup serba miskin dan hina pada pandangan masyarakat, tetapi keSufian sebenar adalah terletak kepada keluhuran jiwa, bersifat Mahmudah hatinya dan sentiasa redha atas kehendak Allah Subhanahu wa Ta'ala atas dirinya.
#Gambar dibawah adalah rupa wajah arwah Al Alamah Al Arif Billah Syeikh Abdullah bin Harun (1837 - 1993). Beliau Syeikh Lah adalah seorang Ahlullah yang Allah Ta'ala sembunyikan keWaliannya. Syeikh Abdullah Harun juga merupakan Tuan Guru Mursyid kepada Tuan Guru Haji Abdul Hamid (Pak Su Mid) dari Kampung Bukit Tembaga, Kuala Nerang, Kedah.
#Al Fatihah dan 3 Qul dibaca dan pahalanya di hadiahkan/disedekahkan kepada arwah Arif Billah Syeikh Abdullah bin Harun.
Insya-Allah..Aamiin.
( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan