~ MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH~

 




~ MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH~




Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Muslimin muslimat yang diRAHMATI ALLAH. 

Dikeranakan ILMU ini bukan ILMU AKAL. ILMU yang kita hadir pada malam ini, adalah ILMU ROHANI. ILMU ROHANI bukan ILMU AKAL. Iaitu ILMU RASA. Pada malam ini kita akan belajar ILMU RASA.

ILMU RASA ini tidak kita dapati di Universiti Al-Azhar. Kita tidak dapati di Jordan. Tetapi dimanakah ILMU ROHANI ini... ILMU ROHANI ini, sekolahnya, universitinya, di QALBU MUKMIN.

ILMU RASA ini, datangnya daripada QALBU MUKMIN. Baik... Alhamdulillah. Soalan pertama pun sudah begitu HEBAT. Ya... sesuai dengan pendapat ulamak2 terdahulu yang mengatakan AWALUDIN MAKRIFATULLAH.

AWAL2, ILMU yang paling mula itu ILMU apa??? AWALUDIN MAKRIFATULAH. ILMU yang petama itu, iaitu ILMU MENGENAL ALLAH. AWAL BERAGAMA, AWAL BERILMU itu pelajaran MENGENAL ALLAH SWT.

Apakah tuan2 selama HIDUP ini, belum pernah MENGENAL ALLAH??? Seandainya kita belum pernah MENGENAL ALLAH apalah ertinya SOLAT. Apalah ertinya SYAHADAH. Dan RUKUN ISLAM, RUKUN IMAN yang seterusnya.

Cuba... cuba... renungkan sekejap. Macam anakda kita sekarang sudah berumur 22 tahun. Bilakah dikatakan dia ISLAM??? ISLAM atau tidaknya kita itu diatas apa??? Diatas dasar MENGENAL atau tidaknya kepada ALLAH.

ISLAM atau tidaknya kita itu berPAKSI kepada KENAL atau tidaknya kita kepada ALLAH. Tanya diri sendiri. "Apakah aku telah MENGENAL ALLAH??? Jikalau aku belum MENGENAL ALLAH, apa bezanya dengan AGAMA lain???" Jawab... cuba jawab sendiri.

"Jikalau sampai hari ini, aku belum MENGENAL ALLAH. Apa bezanya aku dengan AGAMA2 lain???" Yang membezakan kita dari AGAMA2 lain itu adalah KENAL atau tidaknya kita kepada ALLAH.

Kalau orang kata kita ini belum ISLAM, kita marah. Kira RASA kecil hati. Tetapi tidak payah orang lain tanya, kita tanya diri sendiri! Jikalau kita tidak MENGENAL ALLAH kepada siapa yang kita sembah semasa berSOLAT??? Cuba... Kepada siapa yang kita sembah semasa berSOLAT???

Semua orang boleh jawab. Sembah ALLAH. "ALLAHU AKBAR". Tuan2 sebut itu namanya ALLAH. Mana tuan yang empunya nama??? Mana tuan yang empunya nama??? Yang tuan2 sebut ALLAH itu sebutan mulut.

ALLAH bukan sebutan bibir mulut. ALLAH bukan seperti tulisan. ALLAH TIDAK BERHURUF, ALLAH TIDAK BERSUARA. ALLAH TIDAK BERJIRIM DAN ALLAH TIDAK BERJISIM.

Macam mana tuan2 hendak MENGENAL ALLAH??? Hendak INGAT ALLAH macam mana??? Baik... seumpamanya kita angkat takbir. "ALLAHU AKBAR" Macam mana kita hendak tasdiqkan ALLAH ke dalam LUBUK HATI??? Macam mana???

Macam mana kita hendak letak KEYAKINAN ke dalam HATI kita??? Macam mana??? ALLAH tidak boleh digambar2kan. ALLAH tidak boleh dibayang2kan. ALLAH tidak boleh disifat2kan.

Macam mana tuan2 INGAT kepada ALLAH??? Macam mana hendak INGAT??? DIA bukan putih. ALLAH bukan leper. ALLAH bukan bersegi. ALLAH bukan pipih. Macam mana tuan2 INGAT kepada ALLAH??? "ALLAHU AKBAR". Hendak letak di mana??? Cuba...

Hendak berhenti di mana??? Stesennya hendak berhenti di mana??? Mana??? Putih bukan. ALLAH bersifat "LAISA KAMISLIHI SYAIUN". ALLAH bersifat "LAISA KAMISLIHI SYAIUN". ALLAH BERSALAHAN DENGAN YANG BARU.

Apa yang kita kenang bukan ALLAH! Apa yang kita lihat bukan ALLAH! Apa yang kita dengar bukan ALLAH! Apa yang kita gambar2kan, kenang2kan, bukan ALLAH! Sampai ketahap apa yang kita INGAT itu bukan ALLAH!

Kalau barang yang kita INGAT, mesti bersifat. Kalau tidak ada sifat, tuan2 hendak INGAT macam mana??? Saya yang ada sifat macam ini sebelum saya sampai tadi, tuan2 tidak KENAL saya'kan??? Ini saya yang bersifat, tuan2 tidak KENAL saya.

Apa lagi ALLAH yang tidak bersifat. Macam mana tuan2 hendak INGAT??? Ini... ini... kaedah pengajian ILMU HAKIKOTUN.

Ceramah dan perkataan saya ini, telah diumumkan seantero NEGARA. Didepan khalayak RAJA pun, inilah ILMU yang saya keutarakan. Tuan2 boleh tengok dalam blog saya... ya...

Saya sudah jumpa Nik Aziz, saya sudah jumpa Haji Abdul Hadi Awang, saya sudah jumpa ketua Jakim nombor satu di Putrajaya. Sampai ke rumah. Nik Aziz, Tok Guru Nik Aziz pun, sampai saya yang urut badan beliau. Boleh tengok dalam vedio saya bercakap. Saya yang urut Tok Guru Nik Aziz. Nik Mat, ayahda Tok Guru Nik Aziz itu anak murid Tok Kenali. Nik Mat, Nik Mat. Ayahda Tuan Guru Nik Aziz, Nik Mat itu anak murid Tok Kenali.

Jadi dahulu orang sembunyi2 ILMU MAKRIFAT. Dahulu orang sorok2 ILMU MAKRIFAT. Kenapa hendak sembunyi2??? Kenapa hendak sorok??? Jikalau ianya BENAR??? Apa mahu TAKUT, jikalau BENAR???

ILMU yang sembunyi2, ILMU yang sorok2 itu ILMU SESAT! ILMU SALAH! Jikalau kita ILMU yang BENAR, kenapa hendak sembunyi2??? Itu makanya saya ini, penceramah di Akedemi Polis di Cheras Batu 9. Itu pegawai polis ada di belakang itu.

Saya ceramah di Masjid Besar Klang, di pusat2 pengajian tinggi. Inilah ILMUnya. Saya tidak sorok dan saya tidak sembunyi.

Baik... berbalik kepada MENGENAL ALLAH. Macam mana hendak INGAT kepada ALLAH??? Usah kata KENAL, INGAT pun kita belum tentu. Cuba tuan2 FIKIR sedikit, masuk sedikit didalam HATI pada malam ini. "Apakah sudah aku MENGENAL ALLAH??? Jikalau aku tidak MENGENAL ALLAH. Bagaimanakah aku hendak INGAT kepada-MU, YA ALLAH???"

Sedangkan IBU SOLAT itu khusyuk. Khusyuk itu INGAT kepada ALLAH. IBUnya, TIANGnya sembahyang itu khusyuk. Khusyuk, bahasa ARAB. Bahasa MELAYU kata apa??? INGAT kepada ALLAH. Dengan begitu mendalam sehingga tidak terlihat kepada yang lain. Ini khusyuk.

INGAT kepada ALLAH dengan mendalam sehingga tidak INGAT kepada yang lain, selain ALLAH. Apa yang kita hendak INGAT didalam sembahyang??? "ALLAHU AKBAR" hendak tasdiq, hendak kosad, niat macam mana??? Haaa... cuba... hendak letak di mana???

Jikalau kita tidak boleh INGAT kepada ALLAH ketika bertakbir. Apa lagi di tempat lain. Sebagaimana RASULULLAH berkata, engkau INGAT ketika takbir itu biar sedetik pun tidak mengapa. Sedetik pun tidak mengapa sudah.

Hendak menggambarkan bahawasanya betapa mustahaknya INGAT kepada ALLAH, biar pun sedikit pun tidak mengapa. Tetapi saya hendak tanya tuan2. Sedetik sahaja, ada atau tidak??? Ada ke tidak kita INGAT kepada ALLAH hanya sedetik sahaja, bolehkah??? Ada tidak??? Jikalau tidak ada INGAT hanya sedetik, apakah ertinya SOLAT???

Itu makanya marilah pada malam ini yang berbahagia ini sempena soalan AWALUDIN MAKRIFATULLAH. AWAL BERAGAMA MENGENAL ALLAH. Bagaimanakah caranya hendak MENGENAL ALLAH???

Dalam QURAN, tidak ada mengajar kita MENGENAL ALLAH. Ada ke tidak Al-Hafiz di sini??? Ada ke tidak Al-Hafiz, cuba tanya Al-Hafiz yang hafal QURAN. Ada ke tidak, pelajaran MENGENAL ALLAH??? Dua + Dua = ALLAH, seumpamanya. Alif + Ba = ALLAH. Ada ke tidak di dalam QURAN??? Tidak ada!

Jadi macam mana kita hendak MENGENAL ALLAH??? Sedangkan di dalam QURAN pun tidak ada. Maka ALLAH pun bersifat KASIH dan SAYANG, mengutus RASUL dan NABI menyambung khalimahnya yang belum disebut, yang belum dilafazkan oleh ALLAH SWT.

Macam mana??? Sebagai salah seorang anakda cakap tadi. Ya... ulamak terdahulu mengatakan "MAN ARAFA NASAHU FAQAD ARAFA RABBAHU. ARAFA RABBAHU FASADAL JASAD" BARANGSIAPA MENGENAL DIRI, WAJIB DIA AKAN MENGENAL ALLAH SWT. BARANGSIAPA MENGENAL ALLAH MAKA BINASALAH JASADMU.

BARANG SIAPA MENGENAL DIRI MAKA KENAL DIA AKAN ALLAH. WAJIB, PASTI, dia akan MENGENAL ALLAH. Bukan lagi MUSTAHIL. BARANGSIAPA MENGENAL ALLAH MAKA BINASALAH ANGGOTA JASAD-MU.

Tidak terlihat, tidak terpandang, tidak tertilik lagi oleh-mu akan DIRI-mu barangsiapa MENGENAL ALLAH. Barangsiapa MENGENAL ALLAH, tidak tertilik lagi DIRI-mu. Tidak nampak sudah.

Jadi bagaimanakah YA ALLAH. Di manakah ILMU ini akan-ku dapat YA ALLAH. Selama ini aku sudah membaca kitab, aku sudah berguru, tetapi sayangnya satu kitab pun tidak menerangkan kepada-ku bagaimanakah MENGENAL ALLAH dengan cara MEMBINASAKAN DIRI.

Carilah, ini ulamak2 di depan ini. Cari... Adakah pernah tuan2 jumpa??? Saya tanya ada ke tidak, pernah jumpa??? Tidak...

Itulah makanya ILMU ini, bukan ILMU AKAL. Ini ILMU ROHANI. Iaitu ILMU RASA. Baik... macam mana kita hendak MENGENAL ALLAH??? Tidak boleh kita MENGENAL ALLAH. Tidak boleh kita MENGENAL ALLAH. Kerana apa??? Kerana tinggi ILMU, tinggi lagi ALLAH. Tinggi ILMU, tinggi lagi ALLAH.

ALLAH itu MAHA tinggi daripada ILMU pengetahuan. Mana tinggi tangan kanan dengan tangan kiri??? Tangan kiri... Bermakna sampai bila pun ILMU pengetahuan tidak akan sampai ke tahap ALLAH. Jikalau ILMU pengetahuan sampai ketahap ALLAH, apa bezanya ILMU AKAL dengan ALLAH???

Layakkah ALLAH sama dengan ILMU pengetahuan??? Tidak layak... Makanya ILMU pengetahuan tidak akan sampai ketahap MENGENAL ALLAH. Itu makanya tidak ada dalam QURAN. Allah itu, MAHA tinggi daripada ILMU pengetahuan. Sampai ke, tidak??? Tidak...

Makanya bagaimanakah caranya untuk MENGENAL ALLAH??? Dengan AKAL tidak boleh. Apa lagi dengan ANGGOTA lain. Tetapi ALLAH mengadakan AGAMA ISLAM ini teramat INDAH. Teramat UNIK. Kerana apa???

Barang yang tidak ada, kita boleh adakan. Barang yang tidak dapat, kita boleh dapatkan pada malam ini. Jangan keluar dari dewan ini. Pada malam ini jikalau tuan2 tidak MENGENAL ALLAH SWT. Pada malam ini, pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, dalam kuliah ini, jangan keluar jikalau tidak MENGENAL ALLAH.

Ini janji saya. Kita belajar biar sampai ketahap stesennya, paking, biar boleh paking. Jangan bawa kereta pusing2, habis minyak kita pula tolak kereta. Tidak mahu. Kita mahu belajar ILMU paking pada malam ini.

Baik... BARANGSIAPA KENAL DIRI, KENAL ALLAH. Macam manakah caranya hendak MENGENAL DIRI??? Hendak MENGENAL ALLAH, tidak boleh. ILMU pengetahuan tidak sampai ketahap MENGENAL ALLAH. "MAN ARAFA NASAHU FAQAD ARAFA RABBAHU. ARAFA RABBAHU FASADAL JASAD"

BARANGSIAPA MENGENAL DIRI, MAKA MENGENAL ALLAH. BARANGSIAPA MENGENAL ALLAH, BINASALAH JASAD-MU. Jadi BARANGSIAPA MENGENAL DIRI, WAJIB akan MENGENAL ALLAH. Dengan cara AUTOMATIK, tidak perlu kita belajar MENGENAL ALLAH. Cukup dengan hanya belajar MENGENAL DIRI sahaja.

Cukup dengan MENGENAL DIRI sahaja, pasti tuan2 hadirin akan MENGENAL ALLAH pada malam ini. MENGENAL DIRI, PASTI MENGENAL ALLAH datang sendiri. Seumpama mana??? Seumpama kita makan GARAM. Perlu ke tidak kita belajar MASIN??? Jawab...

Makan GARAM, perlu ke tidak belajar MASIN??? Makan GARAM, MASIN datang sendiri. Makan GULA, perlu ke tidak cari MANIS??? Makan GULA, MANIS datang sendiri.

SIAPA MENGENAL DIRI, MENGENAL ALLAH DATANG SENDIRI.

Itu makanya tidak ada ILMU MENGENAL ALLAH. Kerana apa tidak ada??? ILMU MENGENAL ALLAH ini, ILMU yang paling senang. ILMU yang paling mudah. ILMU yang paling rendah. ILMU yang orang kata tadika pun tinggi. Berbanding ILMU MENGENAL ALLAH.

Senang, mudah. Apa tidak mudah MENGENAL ALLAH??? Terang cahaya MATAHARI, terang lagi siapa??? ALLAH... Dekat mata putih, dekat siapa??? ALLAH. Kenapa kita tidak boleh KENAL??? Kenapa??? Sedangkan ALLAH itu teramat jelas "FAINAMA TUWALLU FATSAMMA WAJHULLAH" MANA SAHAJA KAMU HADAPKAN MUKA-MU. Wajah siapa kita nampak??? ALLAH...

Kenapa tuan2 tidak nampak??? Kenapa??? Saya tanya... ini apa ini??? Botol air. Tadi saya sudah baca ayat QURAN. Siapa yang tidak PERCAYA kepada ayat QURAN apa??? HUKUM dia apa??? KAFIR...

Sekarang ini, tuan2 nampak botolkah nampak ALLAH??? Cuba jawab... Haaa... tidak berani... haaa... ini... ini yang masalah. Kata ALLAH itu terang. ALLAH itu dekat. ALLAH tidak ada hijab. ALLAH tidak ada dinding. MANA SAHAJA AKU HADAP WAJAH ALLAH.

Cuba lihat. ALLAHkah, botol airkah??? Botol air... Haaa... siapa yang mengatakan botol air, sudah mengengkari QURAN. Haaa... sudah... Kepada siapa kata botol air, dia sudah mengengkari QURAN. Kepada siapa kata ALLAH, mengengkari QURAN juga. Macam mana sekarang???

Haaa... kita belajar ini, biar sampai ke stesen. Jangan bercakap sahaja. Jangan benarkan saya keluar pada malam ini, jikalau tuan2 tidak MENGENAL ALLAH pada saat ini, jam ini, hari ini. Mahu ke tidak??? Mahu...

Baik... mari kita belajar MENGENAL DIRI. Tidak boleh kita MENGENAL ALLAH. Kenapa??? MENGENAL ALLAH terlampau senang, terlampau dekat. Tidak perlu belajar MENGENAL ALLAH.

Mari kita belajar MENGENAL DIRI. MENGENAL apa??? MENGENAL DIRI... Baik... manakah yang dikatakan yang sebenar2 DIRI??? Baik... macam manakah caranya untuk MENGENAL DIRI??? Manakah sebenar2nya DIRI aku ini??? Mana aku??? Manakah aku, DIRI???

Muslimin muslimat yang diRAHMATI ALLAH. Kita ini bukan doktor. Yang MENGENAL DIRI kita ini, hanya doktor sahaja. Betul ke tidak??? Tulangnya macam mana. Mahu dibedahnya darah jenis apa. Penyakit ini, ini ubatnya... ya... sampai boleh bedah jantung, hati, otak, semua doktor tahu.

Kita pun tanya doktor, apakah doktor sudah MENGENAL DIRI??? KENAL tidak??? Ada ke tidak doktor di sini??? Ada ke tidak??? Tidak ada... Sayalah pura2 jadi doktor, cuba tanya saya. KENAL ke tidak saya pada DIRI??? Doktor tidak MENGENAL DIRI.

Jikalau doktor MENGENAL DIRI, sudah banyak sudah doktor CINA, doktor INDIA masuk ISLAM. Sedangkan doktor ISLAM sendiri pun tidak MENGENAL DIRI. Sedangkan dia pakar bedah. Kenapa??? Kenapa???

Ini menggambarkan DIRI2 itu bukannya JASAD. DIRI bukan JASAD. Kalau hendak MENGENAL DIRI, jangan MENGENAL JASAD. Sebab DIRI bukan JASAD. Doktor tidak boleh MENGENAL DIRI, apa lagi kita yang bukan doktor. Bermaknanya kita tidak mampu untuk MENGENAL DIRI.

Tidak mampu untuk MENGENAL DIRI. Kalau mampu BUKTIkan kepada saya mana DIRI tuan2??? Mana??? Cuba tunjuk... Cuba tunjuk mana... Kalau tuan2 tidak boleh tunjuk, kita tidak tahu. Makanya MENGENAL ALLAH kita ketepikan seketika. MENGENAL DIRI juga kita ketepikan seketika.

Kerana tidak ada siapa pun yang boleh MENGENAL DIRI. Kalau ada MENGENAL, cuba beritahu! Mana DIRI??? Saya pun tidak tahu. Haaa... lalu RASULULLAH pun menyambung KALAMNYA. Apa RASULULLAH kata???

Hendak MENGENAL ALLAH. Kerana ALLAH terlampau terang, terlampau mudah, terlampau dekat, terlampau hampir. Seumpama bulu mata . Nampak ke tidak tengok bulu mata??? Nampak ke tidak tengok bulu mata??? Tidak nampak... Sebab apa tidak nampak??? Sebab terlampau hampir...

Begitu juga ALLAH. Terlampau hampirnya ALLAH ini, sampai kita tidak nampak. Lalu barangsiapa hendak MENGENAL ALLAH, MENGENAL DIRI. Macam manakah MENGENAL DIRI YA ALLAH??? Doktor pun tidak boleh MENGENAL DIRI. Apa lagi aku yang bukan doktor.

Kita tinggalkan MENGENAL ALLAH. Kita tinggalkan MENGENAL DIRI. Mari kita ambil HADIS NABI mengatakan "ALMUTU KAB'AL TAMAUTU" Apa??? MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI. MATI SEBELUM MATI.

Barangsiapa hendak MENGENAL ALLAH, belajar MENGENAL DIRI. Barangsiapa hendak belajar MENGENAL DIRI, kena belajar apa??? Kita kena belajar MATI. Barangsiapa KENAL MATI, WAJIB dia akan KENAL DIRI. Barangsiapa MENGENAL DIRI, WAJID KENAL ALLAH.

Haaa... makanya mari kita belajar MATI. Sebab DIRI kita tidak KENAL. Mari kita belajar MATI. RASULULLAH kata "ALMUTU KAB'AL TAMAUTU". MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM MATI. Baru kamu MENGENAL DIRI. Ini macam mana hendak MATIKAN DIRI??? Macam mana???

Macam mana cara MATI??? Sekali lagi kita tidak boleh belajar MATI. Kerana apa??? Sebab kita belum MATI'kan! Kita belum MATI, macam mana hendak tahu MATI??? Orang MATI pun tidak pernah dia HIDUP balik, bangkit balik, cerita kepada kita. Ada ke tidak orang MATI, HIDUP balik cerita pada kita??? Tidak ada...

Jadi macam mana tuan2 hendak belajar MATI??? Sampai kesatu tahap ILMU TORIKAT, dia cuba mengHAYATI MATI dengan beli kain kapan, dengan bungkusnya, betul2 bungkus. Cuma dia berlubang tempat hidung sahaja. Bungkus betul. Sampai ketahap tanam di liang lahat. Ada sampai TORIKAT semacam itu.

Inginnya dia mengHAYATI MATI. Apabila dibuka kain kapan, HIDUP balik. Tidak berkesan cara itu. Itu cara yang tidak boleh beri manfaat yang panjang. Lalu macam mana caranya kita hendak belajar MATI??? Kita pergi rumah orang MATI, menangis. Habis dua hari menangis, ada ke tidak menangis sampai satu minggu kalau suami MATI??? Tidak ada...

Kalau isteri MATI??? Ada ke tidak menangis sampai tiga, empat hari??? Tidak ada... Haaa... hendak KENAL MATI sangat, pergi tengok jenazah orang MATI. INSAF dua jam. Selepas dua jam , tidak ada sudah. Hilang sudah MATI.

Ikut jenazah, RASULULLAH kata. Kita pun ikutlah jenazah orang MATI'kan supaya INSAF. Dua jam sahaja. Datang mat2 rempit tengok kemalangan dua jam sahaja dia INSAF. Selepas dua jam, lagi laju dia hentam. Bermaknanya kita tidak boleh belajar MATI. Tidak ada cara. Pergi tengok jenazah pun, tidak tahu.

Tengok doktor, dia bedah mayat. Betul'kan??? Dia KENAL tak MATI??? Doktor yang belah mayat pun tidak tahu erti MATI. Macam mana kita yang bukan doktor??? Lagi sekali kita tidak boleh hendak belajar MATI...

Baik... hendak MENGENAL ALLAH'kan??? Ya... Kita teruskan. Barangsiapa tidak boleh MENGENAL MATI. Mari kita belajar MENGENAL TIDUR. Kerana apa??? Kerana tidur itu saudaranya MATI. Tidur itu kembarnya MATI. Tidur itu adik beradik MATI.

Jadi adik beradik ini, kalau nama lain bin sama. Tidak lari jauh. Haaa... nama yusof, nama minah. Tapi bin tetap sama. Bermaknanya bila adik beradik, bersaudara.

Baik... jadi kita pun MENGENAL apa??? MENGENAL TIDUR. Kalau MATI, kita belum pernah MATI. Kalau TIDUR, pernahkah kita TIDUR??? Pernah... Baik... kita mesti tahu mengenai TIDUR. Apa erti TIDUR???

TIDUR ini, muslimin muslimat mengajar kita BERSERAH DIRI kepada ALLAH. Macam mana hendak BERSERAH DIRI kepada ALLAH??? TANGAN kita ini hendak SERAH kepada ALLAH. Macam mana YA ALLAH, YA TUHAN-KU. Ambillah TANGAN-ku ini YA ALLAH.

ALLAH hendak buat apa TANGAN kamu??? ALLAH MAHA BERKUASA, tidak perlu TANGAN engkaulah!!! Tidak cukup panjang lagi TANGAN aku??? Hendak TANGAN engkau??? ALLAH tidak hendaklah TANGAN engkau!!! Haaa... hendak SERAH dari mana??? Hendak potong, buang??? Terus kudung. Hendak SERAH mana, TANGAN???

Aku SERAH MULUT aku YA ALLAH. Pada-MU YA ALLAH, SERAH MULUT. Habis ada hilang MULUT kita??? Habis hendak SERAH macam mana??? SERAH seluruh ANGGOTA TUBUH ZAHIR dan BATIN kepada-MU YA ALLAH. ALLAH.......

Haaa... hendak SERAH macam mana??? Hendak bawa ke mana??? ALLAH taknak. Haaa... hendak SERAH macam mana??? Macam mana cara hendak SERAH DIRI ini??? Kita bercakap marilah kita berSERAH DIRI kepada ALLAH. Marilah kita berSERAH DIRI kepada ALLAH.

Hendak SERAH macam mana DIRI??? Hendak potong2, kerat??? Bukan berSERAH itu. Anjing ada mari makan. Betul ke tidak??? Kalau ALLAH tidak datang ambil TANGAN kita. Potong TANGAN, buang SERAH pada ALLAH. Tidak datangnya! Kalau anjing, datang gonggong.

Jadi macam mana cara hendak berSERAH DIRI kepada ALLAH??? Haaa... kiranya macam mana??? Itu makanya kita MENGENAL TIDUR. Macam mana TIDUR??? Semasa kita TIDUR, inilah cara, kaedah kita berSERAH DIRI.

Ambil contoh TIDUR. Dalam TIDUR, harta yang menimbun di dalam bank sana. Ada lagi kita FIKIR??? Ada kita KISAH??? Ada kita INGAT??? Ertinya kita SERAH duit bank kepada ALLAH dalam TIDUR. Rumah banglo yang kita baru buat ini, beratus juta. Dalam TIDUR ada kita INGAT???

Isteri, anak dara yang kita khawin tiga hari. Kalau kita TIDUR, kita INGAT ke tidak kepada isteri yang baru kita khawin??? Kita tidak INGAT! Beli kereta besar. Kita TIDUR, ada ke tidak kita INGAT??? Orang hendak datang sembelih kita, ada kita INGAT???

Ada ke kita INGAT NAMA kita, dalam kita TIDUR??? Ada ke kita INGAT DIRI kita, dalam TIDUR??? Begitulah TIDUR ini mengajar kita berSERAH DIRI secara TOTAL kepada ALLAH SWT. TIDUR itu mengajar kita berSERAH DIRI secara MUTLAK kepada ALLAH SWT.

Belajarlah daripada TIDUR. Macam mana TIDUR??? AKAL ada, boleh guna ke tidak??? Kata kita selalu kena tindih oleh hantu... ya... panggil isteri habis suara, isteri disebelah pun tidak dengar. Isteri disebelah ini "eh kenapa aku panggil tidak dengar???" "Bila kamu panggil???" Isteri kamu, "Bila kamu panggil aku???" Isteri pun tidak dengar.

Menunjukkan yang bahawasanya telah aku SERAH SUARA kepada ALLAH. SERAH TENAGA, dahulunya aku angkat berat. Semalam aku dapat johan angkat berat. Masa TIDUR, bolehkah aku angkat??? Bermakna TIDUR ertinya berSERAH DIRI kepada ALLAH secara MUTLAK, secara TOTAL.

Jadi apabila kita FAHAM erti TIDUR itu berSERAH DIRI. Apabila kita buka MATA, anggaplah, INSAFlah sesungguhnya kita dalam berkeadaan TIDUR. Apa sebab??? Sebab masa TIDUR, bolehkah kita menunjukkan GAGAH kita??? Masa TIDUR, bolehkah kita menunjukkan KEMERDUAN SUARA??? Tidak boleh!!!

Berertinya di sini segala KEKUATAN kita, segala PANDANGAN kita, segala PENDENGARAN kita itu HAK ALLAH. Bukan HAK kita. Jadi masa kita jaga pun kita berSERAH sebagaimana TIDURlah kepada ALLAH.

BerSERAH DIRI sebagaimana aku TIDUR YA ALLAH. Ada AKAL pun, aku tidak boleh berFIKIR jikalau ENGKAU tidak memberikan HIDAYAH kapada aku YA ALLAH. Tengok orang gila. Adakah OTAK??? Contoh orang gila, adakah dia OTAK??? Kenapa dia tidak boleh berFIKIR???

Bagi menggambarkan FIKIRAN itu HAK ALLAH. Ada AKAL, kenapa tidak berFIKIR??? Belajar baru keluar universiti dua hari. Balik2 gila. Daripada universiti, balik2 gila. Mana kePANDAIan dia??? Ada AKAL'kan??? Bermakna kita pun ada AKAL. Tetapi FIKIRAN daripada mana??? Daripada ALLAH SWT.

Bermakna kita tidak ada DAYA IKHTIAR, tidak ada pun DAYA USAHA. Kita sebetulnya berFIKIR sebagaimana yang tertulis di LUH HUL MAHFUZ. Kita tidak boleh berIKHTIAR sendiri. Kita tidak boleh berUSAHA sendiri melewati tulisan LUH HUL MAHFUZ.

Bermaknanya didalam USAHA IKHTIAR ini, kita berFIKIR, kita berUSAHA, kita berIKHTIAR, diatas KETETAPAN ALLAH YANG TELAH TERSURAT, YANG TELAH TERTULIS. Kata sahaja kita yang berIKHTIAR, IKHTIAR kita itu sudahTERTULIS.

Masa'kan mungkin ALLAH tidak tahu apa yang kita hendak buat. Mungkin'kah ALLAH tidak tahu apa yang kita hendak buat??? Sebelum kita hendak buat pun ALLAH sudah tahu sudah. Bermakna segala GERAK GERI, TINGKAH LAKU kita ini telah TERSURAT, TELAH TERTULIS.

Kita ini berFIKIR benda yang sudah siap. Kita ini berIKHTIAR benda yang sudah TERTULIS. Sesungguhnya kita ini seperti mainan DVD itu. Kan cerita P.RAMLI, sekali kita pasang adakah berubah ceritanya??? Sama macam itulah.

Jadi INGAT, INSAFlah DIRI kita pada malam ini, AKAL kita MILIK ALLAH. IKHTIAR MILIK ALLAH. USAHA MILIK ALLAH. TANGAN MILIK ALLAH. GERAK MILIK ALLAH. PENGLIHATAN MILIK ALLAH. ANAK ISTERI MILIK ALLAH. HARTA MILIK ALLAH. DUNIA DAN AKHIRAT MILIK ALLAH. Mana akunya???

Masa kita TIDUR, NAMA kita pun kita tidak sedar. NAMA kita pun kita tidak tahu. Itu menunjukkan bahawasanya KITA INI TIDAK PUNYA APA2. Haaa... TIDUR mengajar kita AKU TIDAK PUNYA APA2 YA ALLAH.

Ada rumah pun, aku tidak tahu. Ada harta pun, aku tidak tahu. Ada isteri baru khawin pun, aku tidak tahu. Ada ijazah keluar universiti pun aku tidak tahu. Bermakna DIRI aku ini telah aku SERAH kepada ALLAH secara TOTAL. Apabila kita sudah MENGENAL TIDUR, pasti kita akan MENGENAL MATI. Kerana dia kembar. Dia saudara, dia adik beradik.

Ini hendak mengajar MENGENAL TUHAN ini, MENGENAL ALLAH ini. Kita ambil daripada atas... PANDANG SATU KEPADA YANG BANYAK , tidak tahu. Mari kita ambil DARIPADA BANYAK KEPADA YANG SATU.

TIDUR erti apa??? TIDUR ertinya berSERAH DIRI kepada ALLAH. Seumpama MATI. TIDUR ertinya berSERAH DIRI kepada ALLAH secara MUTLAK, secara TOTAL. TIDUR erti apa??? BerSERAH DIRI kepada ALLAH secara MUTLAK, secara TOTAL.

Tulis... TIDUR ertinya BERSERAH DIRI SECARA MUTLAK, SECARA TOTAL KEPADA ALLAH SWT.

Habis bab TIDUR. TIDUR itu untuk menceritakan cara kita berSERAH DIRI kepada ALLAH. TIDUR itu mengajar kita bagaimanakah caranya hendak berSERAH DIRI kepada ALLAH.

Barangsiapa hendak belajar berSERAH DIRI, belajar TIDUR. TIDURlah mengajar kita cara berSERAH DIRI kepada ALLAH. BerSERAH jangan separuh2. BerSERAH secara TOTAL, secara MUTLAK, JANGAN SAMPAI SEURAT ROMA PUN TERTINGGAL. SERAH SEGALA2NYA KEPADA ALLAH SWT. Habis bab TIDUR...

Mari kita MENGENAL MATI. Apa pengajaran MATI??? Kalau TIDUR sama dengan MATI, saudaranya. Bermakna MATI ini sama dengan TIDUR. Jikalau TIDUR mengajar kita BERSERAH DIRI SECARA TOTAL. MATI pun ertinya mengajar kita BERSERAH DIRI SECARA TOTAL KEPADA ALLAH.

Baik... tidak reti TIDUR. Mari kita tengok orang MATI. Bolehkah dia angkat TANGAN??? Tidak... Kenapa tidak boleh, dia angkat TANGAN??? Haaa... bermaknanya TANGAN sudah MILIK ALLAH. MATA sudah MILIK ALLAH. Ada, tetapi tidak boleh MELIHAT. MULUT ada, tidak boleh BERKATA2. TANGAN ada, tidak boleh ANGKAT. KAKI ada, tidak boleh BERJALAN.

Sekejap lagi aku berubah masuk didalam kain kapan. Selepas kain kapan, masuk keranda. Selepas keranda, masuk kebumi. Adakah lagi aku??? Tidak ada... Bermakna MATI ini mengajar kita BERSERAH DIRI SECARA TOTAL KEPADA ALLAH.

YA ALLAH, YA TUHAN-KU KERINDUANNYA AKU UNTUK BALIK KE KAMPUNG ASAL-KU YA ALLAH. DATANGNYA AKU DARIPADA TIDAK ADA APA2, DATANGNYA AKU DARIPADA-MU YA ALLAH. MAKA AKU INGIN KEMBALI KEPADA-MU YA ALLAH. MANA DIRI-KU YA ALLAH??? MANA???

ORANG MATI TIDAK PUNYA APA2. Sama sebagaimana TIDUR. Maka KENALlah kita pada malam ini. Apa erti MATI??? MATI itu BERSERAH DIRI SECARA MUTLAK KEPADA ALLAH. Apa erti MATI??? BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SECARA TOTAL. BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH SECARA MUTLAK.

Baik... kita sudah KENAL TIDUR. Kita sudah KENAL MATI. Mari kita MENGENAL DIRI. Mahukah belajar MENGENAL DIRI??? Pelajaran yang tidak dapat dibelajar oleh doktor, tapi kita dapat belajar pada malam yang berbahagia ini. Nak ke tidak??? Nak...

Baik... mana yang dikatakan DIRI??? Barangsiapa KENAL TIDUR, KENAL MATI. Barangsiapa KENAL MATI, KENAL DIRI. Mana DIRI??? Cuba... TANGAN MILIK siapa??? ALLAH... KAKI MILIK siapa??? ALLAH... Mana MILIK kita, mana??? Erti MENGENAL DIRI itu SETELAH TIDAK MENGENAL DIRI SENDIRI.

Tulis... MENGENAL DIRI ITU SETELAH TIDAK LAGI MENGENAL DIRI SENDIRI. Aku tidak KENAL DIRI aku. Mana aku??? Aku'kan MATI. Orang MATI ada MENGENAL DIRI???

Baik... macam manakah caranya untuk kita MENGENAL DIRI??? Sedangkan segala2nya bukan MILIK-ku YA ALLAH. AKAL FIKIRAN pun MILIK-MU. Hendak belajar MENGENAL DIRI pun tidak boleh. AKAL tidak ada. Bolehkah MENGENAL, kalau AKAL tidak ada??? AKAL MILIK siapa??? ALLAH...

Aku sudah tidak boleh berFIKIR sudah. AKAL MILIK-MU. Aku sudah tidak boleh berGERAK sudah. TANGAN, KUDRAT MILIK-MU. Aku sudah tidak dapat MELIHAT sudah kerana BASAR MILIK-MU. Aku tidak boleh MENDENGAR kerana SAMA' MILIK-MU. Mana MILIK aku??? Mana aku???

Aku adakah tidak??? Tidak ada... Kalau aku tidak ada, siapa yang ada??? ALLAH... Haaa... macam mana tuan2 tidak boleh NAMPAK, tidak boleh PANDANG, tidak boleh LIHAT, tidak boleh TILIK ALLAH SWT. Macam mana tidak boleh TILIK, sedangkan aku tidak ada.

Apabila aku tidak ada, siapa yang ada??? ALLAH.... Macam mana untuk MELIHAT ALLAH ada??? Macam ini, semasa tuan2 bangun pagi buka MATA hendak mencari ALLAH. Mana ALLAH??? Kerana QURAN mengatakan segala2nya yang aku nampak ini ALLAH. Mana ALLAH??? Mana ALLAH???

Sesunggunya tidak perlu tuan2 mencari ALLAH. Kerana ALLAH terlampau hampir, terlampau dekat. Tidak perlu mencari ALLAH. Daripada TIDUR, buka MATA. Kalau TIDUR, kita tidak boleh INGAT ALLAH. Tiba2 terbuka MATA, aku hendak INGAT ALLAH. Mana ALLAH???

Tidak perlu mencari, tidak perlu sebut, tidak perlu INGAT pada ALLAH. Jikalau kamu INGAT, bermaknanya kamu belum INGAT kepada ALLAH.

Tulis... TOK KENALI KATA APA??? BARANGSIAPA INGAT KEPADA ALLAH , KAMU BELUM INGAT KEPADA ALLAH.

Sebab apa??? Pelik'kan??? Kita belajar hendak INGAT kepada ALLAH. Tiba2 saya pula cakap tidak payah INGAT. KALAU INGAT itu, erti TIDAK INGAT.

Baik... saya bagi petunjuk. Tuan2 daripada rumah hendak ke pejabat. Daripada rumah hendak ke mana??? Hendak ke pejabat... Mula2 berkerja... ya... saya pun SESAT cari tadi, tiga empat kali pusing. Tiga empat kali pusing. Kerana apa??? Saya tanya teksi tidak tahu. Tanya orang, negara asing lagilah tidak tahu. Pusing...

Tanya trafik light. Selekoh yang keberapa. U-turn yang keberapa. Dibawah ada jejantas. Betulkah tidak??? Jejantas... kerana apa saya tanya??? Sebab saya tidak tahu. Sebab saya tidak INGAT. Daripada rumah ke pejabat. Mula2 ... awak pergi trafik light yang pertama kemudian pusing kiri.

Lepas belok kiri, jumpa round the board, belok kekanan. Belok kanan, ada jumpa dengan banggunan tinggi MENARA BERKEMBAR, haaa... di situlah pejabat saya. Kemudian sekarang ini tuan2 hidupkan enjin, adakah lagi bilang trafik light??? Cuba jawab... Tidak... Ada lagikah bilang selekoh??? Tidak...

Kenapa tidak bilang??? Sebab KENAL. Tidak payah INGAT trafik light, tidak payah INGAT round the board, tidak payah INGAT selekoh2. Kerana apa tidak payah INGAT??? Sebab MENGENAL... Kerana tuan2 tidak KENALlah tuan2 tidak INGAT.

Begitu juga ALLAH. Bilamana tuan INGAT2, belum INGAT kepada ALLAH. INGAT kepada ALLAH ini tidak ada kerna dengan satu kerna.

Tulis... INGAT KEPADA ALLAH TIDAK ADA KERNA DENGAN SATU KERNA.

Barangsiapa masih berKERNA, berDALIL, untuk INGAT ALLAH. Tuan2 belum MENGENAL ALLAH. ALLAH itu begitu hampir, begitu hebat, begitu agong, begitu terang. Kenapa hendak mencari DALIL untuk INGAT kepada ALLAH??? Kenapa??? Kerana tuan2 tidak MENGENAL. Cuba KENAL. Daripada rumah ke pejabat. Hidup enjin, tahu2 sampai. Tahu2 apa??? Sampai... Kerana apa??? Kerana aku sudah MENGENAL.

Kalau orang tidak KENAL. Hendak INGAT trafik light, hendak INGAT round the board, hendak ingat simpang. Begitu juga MENGENAL ALLAH. Sampai ketahap TOK KENALI kata "TIDAK PERLU KAMU INGAT KEPADA ALLAH. KALAU KAMU INGAT KEPADA ALLAH, BERMAKNA KAMU MASIH MENGGUNA AKAL MAKHLUK."

AKAL ini BODOH. Perkara BODOH, bolehkah belajar MENGENAL ALLAH??? Tidak boleh!!! Jadi ALLAH terlampau terang, terlampau jelas, sampai tidak perlu menggunakan AKAL. Kerana apa???

Kerana macam ini... sudah FAHAM maksud saya tadi'kan??? INGAT ertinya TIDAK INGAT. Sebab apa??? Orang yang KENAL ALLAH ini, orang yang KENAL pejabat ini. Hidup enjin, tidak perlu sudah bilang trafik light, tidak perlu sudah bilang round the board, tidak perlu bilang selekoh. Betulkah???

Begitu juga dengan ALLAH. Untuk INGAT kepada ALLAH tidak perlu kepada DALIL. Tidak perlu kepada sebab. Macam mana??? Macam ini... bangun daripada TIDUR "WAFI ANFUSIKUM AFALA TUBSIRUN" TIDAKKAH KAMU TILIK PADA DIRI KAMU SENDIRI???

Buat apa hendak cari jauh2 ALLAH??? ALLAH bukan berada di gua sahaja. ALLAH bukan berada di tanah JAWA sahaja. ALLAH bukan berada di tanah MESIR sahaja. Tidak perlu kamu pergi jauh2. TILIK KEPADA DIRI KAMU SENDIRI. Macam mana???

Baik... apabila kita pejam MATA, kita bangun daripada TIDUR. Kita pun terjaga kita buka MATA. BASAR erti apa??? MELIHAT... MELIHAT itu sifat siapa??? ALLAH... Sifat kita??? BUTA... Saya tanya. Nampakkah botol ini??? Nampak... Tadi tuan2 kata BUTA??? Kenapa nampak botol???

Inilah makanya cara orang belajar MAKRIFAT macam ini. Senang sahaja hendak INGAT ALLAH. Mudah sahaja hendak LIHAT ALLAH. Baik... BASAR ertinya MELIHAT. MELIHAT sifat siapa??? MELIHAT itu sifat ALLAH. Sifat aku??? Sifat aku BUTA. Kenapa aku MELIHAT??? Sesungguhnya MELIHAT itulah ALLAH.

Tulis... MELIHAT ITULAH ALLAH.

Aku BUTA. Ini kaedah orang mengaji SIFAT 20. Jangan baca sahaja. Ini kaedah orang mengaji SIFAT 20. Siapa yang bersifat MELIHAT??? Cuba cakap... ALLAH... Kita??? BUTA... Kenapa nampak??? Sebab MELIHAT itulah. Itu makanya tidak perlu tuan2 cari jauh2 ALLAH SWT.

Buka sahaja MATA. MELIHAT itu siapa??? ALLAH... Aku??? Aku BUTA... Aku MATI... Aku tidak ada YA ALLAH. Kan, kita sudah mengaji TIDUR. Kita mengaji MATI. Kita mengaji MENGENAL DIRI. Orang MENGENAL DIRI itu apa??? Setelah tidak lagi MENGENAL DIRI SENDIRI.

Orang MENGENAL DIRI apa??? Setelah tidak lagi MENGENAL DIRI SENDIRI. Apabila sudah tidak KENAL DIRI. Apabila sudah tidak ada DIRI. Siapa yang ada??? ALLAH... Siapa yang MELIHAT??? ALLAH... Haaa... payahkah untuk INGAT kepada ALLAH??? Payahkah tidak??? Tidak...

Begitu senang untuk INGAT kepada ALLAH. MELIHAT itu AKU... SAMA' erti apa??? MENDENGAR... Sifat siapa??? ALLAH... Sifat kita??? TULI... Kenapa kita MENDENGAR ceramah??? Sebab MENDENGAR itu AKU.

Jikalau kamu MELIHAT, ALLAH MELIHAT. Jikalau kamu MENDENGAR, ALLAH MENDENGAR. Apa erti??? Dua... Apa dua??? SYIRIK... Haaa... jangan main2. Aku MELIHAT, ALLAH MELIHAT. Aku MENDENGAR, ALLAH MENDENGAR. SYIRIK kepada ALLAH, pada malam ini, pada jam ini, pada saat ini.

DOSA SYIRIK ini tuan2 tidak perasan. Sampai terlampau HALUSnya DOSA SYIRIK ini. Seumpama semut hitam. Berjalan di atas batu hitam. Di malam gelap gelita. Nampakkah tidak??? Bermakna tuan2 tidak sedar yang tuan2 SYIRIK sebelum berSOLAT. SYIRIK didalam SOLAT. SYIRIK juga sesudah SOLAT.

Sedar itu!!! Sebab apa??? Masih menduakan ALLAH. Aku BERDIRI, ALLAH BERDIRI. SYIRIKkah tidak??? Yang BERDIRI itu siapa??? BERDIRI itu ALLAH. Baik... BASAR, SAMA', KALAM. Siapa BERKATA2??? ALLAH... Kita BISU. Kenapa kita boleh BERKATA2??? BERKATA2 itu AKU wahai INSAN.

Itu yang dikatakan "ANA SIRRI WA ANA SIRRUHU" Apa ertinya??? SESUNGGUHNYA KENYATAAN AKU ITU PADA-MU SETELAH KAMU BINASA. AKU RAHSIA KAMU, KAMU RAHSIA AKU. Apa ertinya??? Ertinya Kita inilah menanggung KENYATAAN ALLAH.

Tetapi kita sudah tidak pandai MENGENAL DIRI. Tidak pandai berSERAH DIRI. Tidak pandai meMATIkan DIRI. Asyik nampak aku. Aku MELIHAT. Aku MENDENGAR. Aku BERKATA2. Sudah menduakan ALLAH.

Orang yang tidak SYIRIK kepada ALLAH... Siapa sifat MELIHAT??? ALLAH... Aku??? Aku TETAP BUTA selama2nya. Jikalau orang mengaji lagi tinggi bukan sahaja aku BUTA. Aku langsung TIDAK ADA. Ada lagikah DIRI??? Tidak ada...

Haaa... mana MATAnya??? Baik... Saya tanya lagi, HAYAT ertinya apa??? HIDUP... Siapa yang bersifat HIDUP??? ALLAH... Kita??? MATI... Kenapa duduk di dalam dewan, tidak duduk di dalam kubur kalau MATI??? Kenapa duduk dalam dewan??? Biasanya orang MATI, duduk dalam kubur. Kenapa tidak duduk didalam kubur???

Sebab HIDUP. HIDUP itu sifat siapa??? Sifat ALLAH... Bila aku HIDUP, ALLAH HIDUP. SYIRIK!!! Lagi saya tanya penghabisan. WUJUD erti apa??? ADA... Sifat siapa WUJUD??? Sifat ALLAH. Itu TOK KENALI katakan barangsiapa mengaji satu sahaja SIFAT 20, iaitu sifat NABSIAH WUJUD. Pasti yang 19 lagi tidak payah belajar. Buang didalam tong sampah sahaja.

"Kamu buang dalam tong sampah sahaja, tidak payah belajar yang 19 lagi. Cukup dengan satu WUJUD sahaja kamu sudah MENGENAL ALLAH SWT". Apa tidaknya saya tanya. WUJUD erti apa??? ADA... Sifat siapa yang WUJUD??? ALLAH... Sifat kita WUJUDkah tidak??? Apabila kita tidak WUJUD. Siapa yang WUJUD??? ALLAH...

Kenapa kamu tidak nampak ALLAH??? MELIHAT itu AKU. MENDENGAR itu AKU. BERKATA2 itu AKU. HIDUP itu AKU. ADA itu AKU. BERILMU itu AKU. Kenapa kamu tidak nampak??? Melangkah sahaja, KUDRAT siapa??? ALLAH... Mana KUDRAT kita??? Melangkah sahaja KUDRAT siapa??? ALLAH...

Haaa... mana KUDRAT kita??? Macam mana kita tidak boleh nampak ALLAH??? Itu makanya saya ulang lagi sekali. ALLAH itu terlampau terang. ALLAH itu terlampau dekat. ALLAH itu terlampau jelas. ALLAH itu terlampau NYATA. Tidak ada HIJAB, tidak ada DINDING, tidak adaTEMBOK.

Kenapa tidak nampak??? Sebab... sebab... belum MATIkan DIRI. Sekarang ini kita sudah belajar MATI. Aku TIDAK ADA. Aku apa??? Aku TIDAK ADA. Bila aku TIDAK ADA. Siapa yang ADA??? ALLAH... ALLAH... ALLAH... TANGAN ALLAH... MATA ALLAH... SEMUA ALLAH... ALLAH... ALLAH...

Tapi INGAT!!! Tapi INGAT!!! Apabila semuanya ALLAH. Tidak boleh mengaku aku ALLAH!!! Tidak pernah saya mengajar aku ALLAH!!! Sebab apa??? Jikalau kita TIDAK ADA. Bolehkah lagi kata aku??? Jikalau orang mengatakan aku ALLAH.

Orang yang belum berSERAH DIRI kepada ALLAH. Orang yang belum belajar tahap MENGENAL DIRI. Orang yang belajar MENGENAL DIRI, ada lagikah aku??? Tidak ada... Tidak ada aku, bolehkah lagi mengaku aku ALLAH??? Tidak boleh... ADA siapa??? ALLAH...

Haaa... mana ada DIRI lagi. Mana ada aku lagi... Kalau ada aku, ada ALLAH. Berapa WUJUD??? SYIRIK!!! Haaa... ini makanya baca secara perlahan2... ya... Baca teliti. Tapi tidak mengapa. Sebab itu KEFAHAMAN... ya... sila telefon saya. Kalau ada masalah telefon saya supaya tidak timbul FITNAH.

Aku TIDAK ADA. Macam mana hendak kata aku ALLAH. Tidak boleh!!! Jadi MELIHAT ALLAH. BERKATA2 ALLAH. MENDENGAR ALLAH. BERGERAK ALLAH. ALLAH... ALLAH... ALLAH... Betulkah kita menTAUHIDkan ALLAH??? Baru kita mengESAkan ALLAH.

Inilah dikatakan AWALUDIN MAKRIFATULLAH. AWAL BERAGAMA ITU MENGENAL ALLAH. Itu makanya yang dikatakan ILMU MAKRIFAT ini, ILMU yang paling mudah. Tengok BAGINDA RASULULLAH daripada KOTA MEKAH ke KOTA MADINAH. Berpindahnya daripada KOTA MEKAH ke KOTA MADINAH.

Selama 13 tahun BAGINDA mengajar ILMU apa??? Iaitu ILMU mengESAkan ALLAH, TAUHID. TAUHID mengESAkan ALLAH. MengESAkan ALLAH itu MENGENAL ALLAHlah!!!

Ini pelajaran yang mula2 BAGINDA RASULULLAH mengajar. Iaitu MENGENAL ALLAH SWT. Barulah diturunnya SEMBAHYANG, PUASA, ZAKAT. Selepas berapa tahun??? Selepas 13 tahun baru turun SEMBAHYANG. Itu SEMBAHYANG payah. PUASA payah.

Tapi MENGENAL ALLAH, payahkah tidak??? Senang... Itu pelajaran yang turun mula2 sekali. Pelajaran mula2 ini untuk orang yang BODOH. Untuk orang budak tadika. Haaa... itu makanya pelajaran yang mula2, inilah. Pelajaran MENGENAL ALLAH SWT.

Jadi INGAT!!! Orang yang MENGENAL ALLAH itu setelah tidak lagi MENGENAL DIRI SENDIRI. Kan, kita sudah MATI. Kita kuburkan DIRI kita ke dalam kubur. Sekarang siapa yang ADA??? ALLAH... Makanya betulkah ayat QURAN mengatakan "FAINAMA TUWALLU FATSAMMA WAJHULLAH". Betulkah tidak??? Baru sekarang betul...

Tadi kenapa tidak cakap betul??? Sebab makhluk sudah TIDAK ADA. Kalau ADA makhluk, ADA ALLAH. SYIRIK... Sekarang kita tidak SYIRIKkan ALLAH. Kita benar2 menTAUHIDkan ALLAH. Sebagaimana BILAL BIN RABAH. Hanya aku tahu AHAD... AHAD... AHAD... ALLAH pun dia tidak sebut. Kerana ALLAH itu NAMA.

Yang aku tahu siapa??? AHAD... AHAD... AHAD... ESAnya ENGKAU YA ALLAH. Segala2nya ENGKAU itu ESA. Sebut apa sahaja. Empat perkara. ZAT, SIFAT, AF'AL, ASMA'. Sifat siapa??? Semuanya ALLAH. Mana aku??? Aku TIDAK ADA.

HABISLAH PELAJARAN MENGENAL ALLAH SWT.

KENALkah ALLAH??? KENAL... Senang'kan, bukankah??? Senang... Payahkah MENGENAL ALLAH??? Itu makanya ALLAH itu terang lebih terang dari CAHAYA MATAHARI. Sekarang ini, baliklah tuan2 dan sahabat2 selepas ini... ya... INSAFlah... JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI.

Tulis perkataan saya ini. Tampal dikereta. Tampal di meja kerja, tampal buat HARTA kepada anak. Apa TOK KENALI kata??? HARTA yang diberi kepada MOHD YUSOF CHE WOOK. HARTA satu2nya HARTA yang tertulis oleh TOK KENALI kepada MOHD YUSOF CHE WOOK.

Apa dia kata. MAMAT JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA KAMU. Dia tulis MAMAT, ayah saya bernama MOHD YUSOF CHE WOOK. Orang KELANTAN panggil MAMAT. MAMAT JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI. Buatlah apa sahaja kamu hendak buat. BerIBADAHlah apa sahaja IBADAH pun. JANGAN SAMPAI TERLIHAT ADANYA DIRI.

Jikalau kita sudah TIDAK TERLIHAT ADANYA DIRI. Siapa yang BERDIRI??? ALLAH... Betul'kan SIFAT 20, BERDIRI itu sifat ALLAH??? Siapa yang BERKATA2??? ALLAH... Betul''kan SIFAT 20, KALAM itu sifat ALLAH??? Semuanya betul.

Maka betullah pengajian kita sekarang ini Baik... selepas ini biar pun kita buka MATA, kita pejam MATA. Yang kita nampak hanya ALLAH... ALLAH... ALLAH...

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Amin drpd Tuan Guru Haji Shaari Yusof.

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

1 comments: