MANUSIA YANG TIDAK KENAL TUHAN*


MANUSIA YANG TIDAK KENAL TUHAN*

Manusia yang tidak di didik secara Tuhan,
Kenalkan Tuhan,
Cintakan Tuhan,
Takutkan Tuhan.

Ertinya Rohnya terbiar,
Nafsunya terbiar,
Akal fikirannya terbiar bersendirian,
Sungguh malang.

Kemanusiaannya gersang,
Nafsunya akan melulu,
Kehendaknya terlalu,
Halal haram dia tidak peduli.

Yang penting kehendaknya lulus,
kemahuannya tembus,
Rohnya juga terbiar,
Akibatnya perasaannya di ikutkan sahaja.

Kalau dia benci sampai mati,
kalau dia rasa marah sampai ke sudah,
Berdendam tidak sudah-sudah,
Sakit hatinya membawa mati.

Berfikir untuk tuntunan nafsu jahatnya,
Bagaimana hendak menjayakannya,
Berfikir hendak melepaskan dendamnya,
Bagaimana hendak melakukannya.

Berfikir bagaimana hendak meluah rasa marahnya,
Bagaimana hendak menjayakannya hingga puas hati,
Apa hendak jadi itu lain kira,
Yang penting berjaya.

Puas hati masuk penjara pun tidak mengapa,
Sungguh dahsyat manusia yang tidak di didik secara Tuhan,
Nafsunya rakus gelojoh,
Hatinya hitam oleh mazmumah.

Hatinya pun keras,
Akal fikiran tunduk kepada nafsu jahat,
Kalau manusia semacam ini ramai di dunia,
Dunia sudah jadi neraka sebelum Neraka.

Air pasang telan ke insang,
Air surut telan ke perut,
Renggutlah !

Biar putus....

‘Keatas tak menyampai,
Kebawah tak jejak’
‘Bual tak berpangkal,
Cakap tak berhujung’
‘Akal tak sampai sejengkal,

Bual berapi,
Kepala tak berisi’
‘Bercakap patah lidah,
Berjalan mati langkah’
‘Ke laut hanyut,
Ke darat sesat’
‘Bodoh tak masuk tunjuk,
Cerdik tak masuk ajar

 ( Sumber dari Syeh Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan