Fana fillah dan Baqa Billah.
Firman Allah SWT :
"Dan ingatlah, sesungguhnya para Wali-Wali Allah itu tidak ada kekuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati".
(Surah Yunus ayat # 62).
1. Maqam Fana'
a) Tauhidul Sifat.
b) Tauhidul Asma'.
c) Tauhidul Af'al.
d) Tauhidudz Dzat.
2. Maqam Baqa'.
Ianya terdiri dari kata² "Syuhudul kasrah fil wahdah", yakni memandang/menyaksikan (makhluk) kedalam/didalam yang Satu (ESA). Dan Syuhudul wahdah fil kasrah, yakni memandang/menyaksikan yang Satu (ESA) kedalam/didalam yang banyak/ramai.
Sesungguhnya, maqam Baqa' lebih tinggi dan lebih mulia daripada maqam Fana', kerana maqam Fana' akan binasa dan lenyap dibawah naungan Sifat Ahdiyyah Allah Ta'ala. Sedangkan Maqam Baqa' adalah merupakan maqam yang bersifat tetap dan kekal didalam naungan Wahdiyyah Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Selain dari itu, maqam Fana' adalah maqam dari pandangan/penyaksian oleh mata dzahir dan batin, yakni bahawa tiada yang Maujud Hakiki melainkan Dzat Mutlak Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Sementara pada maqam Baqa' adalah maqam dari pandangan/penyaksian dan pengalaman mengalami sendiri bahawa Allah SWT dan Qayyumiyah Nya sentiasa menyertai setiap Zarratul Wujud (bahagian terkecil/terhapus dari wujud), yang bererti ia Qaim (berdiri) diatas segala wujud. Maka Maqam Baqa' dinamakan juga sebagai Maqam Tajalillah dan Maqam Dhuhur (Penampakan).
Aku tidak melihat akan sesuatu melainkan aku melihat Allah didalamnya.
Aku tidak melihat akan sesuatu melainkan aku melihat Allah bersamanya.
Aku tidak melihat akan sesuatu melainkan aku melihat Allah sebelumnya.
Aku tidak melihat akan sesuatu melainkan aku melihat Allah sesudahnya.
Aku tidak melihat akan sesuatu melainkan aku melihat Allah : Dahulu, Kini dan Selama²nya.
Dalam Syarah Ward Sahr, Maulana Syeikh Abdullah ibnu Hijazi Asy Syarqawi Al Misri ra mengatakan :
"Biasanya, tidaklah mungkin dapat memperolehi/dikurniakan Maqam Baqa' Billah, melainkan terlebih dahulu berhasil menemukan/meRASAi/mencapai Maqam Fana' Fillah.
Kedudukan mujahadah dalam tasauf seperti kedudukan istinjak dalam berwudhu', Sepertimana tiada sah wudhu mereka yang tiada beristinjak maka begitulah tiada sah suluk bagi mereka yang tiada mujahadah (ijtihad). Manakala bandingan kedudukan suluk daripada As sair pula ialah seperti kedudukan wudhuk daripada solat, sesiapa yang tiada mempunyai wudhuk maka tiada sah solat yang ditunaikannya.
Maka begitulah barang siapa yang tiada baginya suluk maka tiada baginya as sair dan selepasnya ialah at tair (terbang) iaitu wusul ke hadrat Allah...
Raudhat At Tolibin Wa Umdat As Salikin
Imam Al Ghazali q.s
( Sumber dari Dasuki PakChu )
0 comments:
Catat Ulasan