BUTA HATI, BUTA DI AKHIRAT*


BUTA HATI, BUTA DI AKHIRAT*


Apakah maksud ayat Qur'an yang menyebut siapa yang buta didalam dunia nanti di hari akhirat juga buta dan sesat?
Jawapan;
Ayat yang tuan maksudkan ini ialah firman Allah swt;
وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلا
Ertinya : “Barang siapa yang adalah dia di dunia ini buta maka dia di akhirat nanti juga buta dan terlebih sesat lagi jalannya.”
(Al-Isra’ : 72)
Buta yang didalam dunia pada ayat ini bukannya buta mata tetapi buta hatinya seperti yang disebut oleh ulamak tafsir yang muktabar.
Berkata Imam Al-Qurtubi;
ومن كان في هذه أعمى أي في الدنيا عن الاعتبار وإبصار الحق
Ertinya : “Dan siapa yang adalah dia di dunia ini buta artinya di dalam dunia dia buta dari mengambil iktibar dan buta dari melihat kebenaran.”
(Tafsir Al-Qurtubi)
Berkata Imam Ibnu Kathir;
( ومن كان في هذه ) أي في الحياة الدنيا ( أعمى ) عن حجج الله وآياته وبيناته
Ertinya : “Dan siapa yang di dalam kehidupan dunia ini buta dari segala bukti kebesaran Allah dan ayat-ayat-Nya dan keterangan-Nya.”
(Tafsir Ibnu Kathir)
Berkata Imam At-Tabari;
معنى ذلك: ومن كان في هذه الدنيا أعمى عن حجج الله على أنه المنفرد بخلقها وتدبيرها، وتصريف ما فيها
Ertinya : “Makna yang demikian itu ialah dan siapa yang di dalam dunia ini dia buta dari segala bukti kebesaran Allah atas bahawasanya Dia yang maha esa dengan menciptakan alam dan mentadbirnya dan menguruskan di dalamnya.”
(Tafsir At-Tabari)
Dan berkata Imam Al-Baghawi;
من كان منكم في هذه النعم التي قد عاين أعمى
Ertinya : “Siapa yang adalah dari kalangan kamu sekelian pada segala nikmat ini yang sangat nyata dia telah buta.”
(Tafsir Al-Baghawi)
Maka jadilah maksud ayat ini barang siapa yang ketika hidup di dalam dunia ini tidak menerima Allah sebagai Tuhannya sedangkan terlalu nyata segala bukti tentang keesaan Allah dan tidak bersyukur kepada Allah sedangkan terlalu banyak nikmat yang telah dia perolehi dan tidak mengambil pengajaran dari pelbagai kejadian supaya kembali ia kepada mentaati Allah nescaya di akhirat nanti dia akan dibangkitkan oleh Allah seperti orang yang buta yang sesat tidak dapat melihat suatu bahkan lebih sesat lagi.
Berkata Syeikh Athiyah Saqar;
إن الذين لا يشكرون هذه النعم المحسوسة التى لا تحتاج إلى نظر دقيق أو عقل واسع قد عميت بصائرهم عن الحق، وغفلت عنه قلوبهم كالذين فقدوا أبصارهم فلا يرون شيئا من المحسوسات، بل هم أضل من الأنعام التى تسيرها الغرائز، لأنها معذورة حيث لا يوجد لها عقل كعقل بنى آدم. أما من له عقل وعطله فهو متعمد للضلال فكان أضل من الأنعام
Ertinya : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak bersyukur akan segala nikmat Allah yang terang nyata yang tidak memerlukan tilikan yang halus atau fikiran yang mendalam, sesungguhnya telah buta segala mata hati mereka dari kebenaran dan telah lalai daripadanya segala hati mereka seperti orang yang kehilangan penglihatan maka tidak dapat lagi melihat apa suatu dari yang ada dihadapan mata bahkan mereka ini lebih sesat dari binatang yang mempunyai naluri kerana sungguhnya binatang itu diberi uzur dari kerana binatang tidak mempunyai akal seperti mana akal manusia. Maka ada pun manusia yang berakal tapi tidak menggunakan akal hanya semata-mata mengikut akan kesesatan nescaya adalah dia lebih sesat dari binatang.”
(Majlis Fatwa Negeri Mesir)
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan