Apabila kita berGuru, fahamilah aturannya bukan membabi buta, kita bukanlah hanya belajar Kitab sahaja dengan dia.
Murid ni, kita juga berSuhbah dengan dia, kita berMusafir dengan dia, kita berKhidmat dengan dia. Angkat barang dia, jaga keperluan dia, jangan tunggu disuruh. Khidmat adalah pembuka kepada Ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid.
Kalau Alim sahaja, ilmu ada tapi khidmat tidak ada, akhirnya lahirlah Ulama yang tak berADAB. Khidmat ini penting, belajar Adab.
Kalau kamu boleh berkhidmat, khidmatlah habis-habisan. Suhbah dengan Guru, dan hendaklah kamu bersama dengan orang-orang Siddiqin.
Ada satu kisah...
Di sebuah pondok pengajian. Ada seorang Guru Mursyid yang alim, tetapi sudah tua. Dihujung hayatnya, dia inginkan seseorang pengganti dirinya, daripada kalangan anak muridnya. Agar, boleh menggantikannya mengajar dan membimbing anak muridnya yang lain.
Syeh itu belum nampak lagi ada dikalangan anak muridnya yang boleh mengantikannya.
Ada sebatang pen yang amat disayangi oleh Syeh tersebut. Suatu hari, pen itu dicampakkan kedalam jamban di tempat pengajian tersebut.
Kemudian, didalam pengajian Syeh berkata kepada anak muridnya;
"Pen yang amat saya sukai telah terjatuh didalam jamban. Adakah ada di antara kamu yang boleh ambilkannya untukku?"
Yang seorang, selalu duduk depan, anak muridnya buat tak tahu apa yang dikatakan Syeh.
Yang seorang, buat-buat baca kitab.
Yang seorang lagi, buat-buat menghafal ayat.
Diulang sampai tiga kali oleh Syeh;
"Ada sesiapa yang boleh ambilkan?"
Tiba-tiba, ada seorang yang menyahut daripada luar,
"Syeh, saya boleh Syeh"
Dia ini, selalu berkhidmat, selalu sapu sampah, selalu susun selipar pelajar, bersihkan madrasah, khidmat tanpa disuruh.
Kalau datang pengajian pun, dibelakang sekali. Kemudian, anak murid yang selalu berkhidmat ini terjun kedalam jamban.
Dicari nyalah sampai jumpa pen Syeh itu. Kemudian, dibersihkan dan dicuci lalu diberi minyak wangi untuk wangikan pen tersebut.
Keesokannya, pen itu pun dipulangkanlah kepada Syeh itu.
Syeh berkata;
"Kau yang ambilkan pen ini?"
Kata pemuda yang selalu berkhidmat itu;
"Ya, Syeh !"
Lalu mengalirlah airmata Syeh itu.
Masya Allah !!!
Kemudian, dia berkata;
"Kemarilah, Dekat kepadaku"
Dan didoakanlah oleh Syeh itu;
"Ya Allah, aku redha dia, sebagai anak muridku. Ya Allah, Ya Allah, kau turunkanlah ilmu yang Kau berikan kepadaku, mengalirlah kepadanya"
Terus kabul doa Syeh, pemuda itu menjadi penggantinya.
Begitulah, Berkat berkhidmat dengan orang-orang yang Soleh. Khidmat adalah pembuka kepada ilmu, khidmat itu pembuka pintu kepada murid.
Jika kamu dapat mentaati Guru, samalah kamu dapat mentaati TUHAN. Jika kamu gagal mentaati Guru bagaimana kamu akan dapat mentaati TUHAN.
Semoga bermanfaat...
( Sumber dari FB )
0 comments:
Catat Ulasan