Sembilan Ulama' Wanita Nusantara. Alim pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu falak.
Sebenarnya agak sukar untuk kita menjumpai ulama' wanita tanah air yang datang dari latar belakang pengajian pondok. 9 tokoh ini adalah yang telah berjaya diasuh dan dididik dengan sistem pondok. Mereka bertalaqi kitab dengan tok² guru pondok berpuluh tahun lamanya. Akhirnya mereka berjaya dan kuasai pelbagai bidang.
Misalnya :
1. Hajah Fatimah Binti Syeikh Wan Ali Kutan - Penyambung sanad amalan Lum'atul Aurad
2. Hajah Khadijah Binti Tok Selehor - Pengarang Kitab Risalah dan Syarat-Syarat Rukun Sembahyang, Risalah Sifat Dua Puluh, Risalah Ringkasan Rukun Iman, Kitab Pengenalan Ringkasan Kata-Kata Orang Tasawuf, Ringkasan Sejarah Rasulallah s.a.w dan Ringkasan Sifat-Sifat Mahmudah dan Sifat-Sifat Mazmumah
4. Tok Limah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.
5. Hajah Che Salamah Binti Hassan
- Wanita Kelantan pertama memasuki Universiti al-Azhar & Pengetua pertama Sekolah Naim Lilbanat
- Wanita Kelantan pertama memasuki Universiti al-Azhar & Pengetua pertama Sekolah Naim Lilbanat
6. Hajah Sofiah @ Mak Long Piah - Mengaji bertalaqqi berpuluh tahun dengan Tuan Guru Haji Man Guar Kepayang.
7. Hajah Zabidah @ Mak Cik Bedah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.
8. Hajah Khamudah Binti Tuan Guru Haji Ghazali - Diantara pemegang sanad hadis tertinggi di Malaysia, alim ilmu falak dan alim majmuk.
9. Hajah Juwairiyah - Mengaji bertalaqqi kitab dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi selama puluhan tahun.
Moga pengorbanan mereka dalam memartabatkan hukum syarak dan mengajar khususnya buat kaum hawa diterima Allah Taala. Amin
0 comments:
Catat Ulasan