IMAM MAHDI



IMAM MAHDI yang dikenali di seluruh dunia seperti yang selalu disebut-sebutkan itu adalah Imam Mahdi bagi para ulama hadis atau Imam Mahdi bagi ulama ahli kalam ini disebabkan sifat-sifat, keadaan, kemunculan dan pemerintahannya kita ketahui melalui hadis-hadis Nabi SAW dan juga huraian para ulama ilmu kalam dalam kitab-kitab tauhid mereka. Imam Mahdi ini mereka huraikan menurut fahaman dan dari sudut pandangan mereka itu. Maka kita pun turut memahaminya menurut sudut pandangan yang telah ditumpukan oleh mereka itu. Dan itulah juga Imam Mahdi bagi orang awam yang sebenarnya.
Sebab itulah, apabila ada orang lain menceritakan mengenai Imam Mahdi menggunakan sudut pandangan yang berbeda daripada apa yang kita sedia fahami itu, maka ramailah bingkas menentangnya. Seolah-olah apa jua pandangan yang bertentangan dengan apa yang kita sedia fahami itu salah belaka, bidaah belaka dan bohong belaka. Hanya pandangan kita sahaja yang betul dan benar. Karena kononnya pandangan kita berdasarkan ayat al-Quran dan hadis. Pendapat orang lain semuanya salah. Maka berlakulah perbedaan yang lebih besar dan merumitkan lagi keadaan, walhal mereka hanya menyatakan pandangannya, yang sebenarnya tidak salah, hanya berbeda sedikit daripada kita sahaja.
Umpamanya, kita selama ini disogokkan dengan cerita orang yang melihat Imam Mahdi itu dari arah hadapan sahaja. Maka pandangan dari hadapan itulah yang kita terima dan anggap benar. Apabila ada orang lain yang melihat Imam Mahdi itu dari arah belakang dan menyatakan apa yang dia sedang lihat, maka kita pun marah kepadanya karena dia melihat dari belakang. Kita tidak sepatutnya memarahi dia sedangkan yang dilihatnya itu adalah Imam Mahdi yang itu juga, cuma dia melihat dari tempat yang lain dari tempat kita melihatnya. Maka berbedalah pandangan dia daripada kita, disebabkan berbeda tempat dia memandang itu.
Dalam hal ini, para ahli sufi turut menjelaskan sifat, keadaan dan pemerintahan Imam Mahdi, menurut pandangan mereka pula, dengan sumber yang berbeda pula. Pandangan dan sumber mereka itu tidak pernah dipakai oleh ahli hadis dan ahli ilmu kalam. Malah sumber mereka itu dilihat sekali imbas, bagaikan tidak pernah digunakan oleh Nabi SAW sendiri dan para sahabat RA. Para ahli sufi ini melihat dari sudut kesufian mereka, dan sumber mereka adalah ilmu laduni, kasyaf dan berita ghaib yang mereka terima.
Ahli sufi atau dikenali juga dengan nama ahli tasawuf adalah golongan yang berusaha menghampirkan diri dengan Allah SWT, dengan amalan zahir dan batin. Keutamaan mereka adalah pada amalan batinnya, karena yang itulah yang dinilai oleh Allah SWT dan juga merupakan tempat jatuhnya pandangan Rabbul Izzati kepada mereka. Mereka tidak berapa menghiraukan kepentingan duniawi karena matlamat utama mereka adalah satu, yaitu Allah SWT sahaja. Disebabkan itu, pandangan dan matlamat hidup mereka jauh berbeda daripada manusia biasa, termasuk para ulama yang banyak kedapatan pada setiap ketika.
Bagi golongan ahli sufi atau tasawuf ini, Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang merdeka, seorang yang bertaraf wali, malah wali yang terbesar pernah dilahirkan ke dunia ini (selepas zaman sahabat RA). Beliau juga adalah ketua bagi sekalian wali dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatamul Auliak (Penutup Sekalian Wali). Sesuai dengan gelaran dan kedudukan itu, tiada lagi ketua wali yang lebih utama daripada beliau, sama ada sebelum atau selepasnya. Keadaannya sama dengan Rasulullah SAW yang merupakan penutup bagi sekalian rasul dan terakhir keluar, digelar sebagai Khatamul Anbiak (Penutup Sekalian Nabi).
Peranan Imam Mahdi ini disamakan dengan peranan Nabi Muhammad SAW yang menjadi batu terakhir untuk menyiapkan sebuah binaan. Dengan peletakan batu yang terakhir itu ke tempatnya, maka siaplah pembinaan rumah itu keseluruhannya. Sehubungan itu, sejak diutuskan Nabi Adam AS hinggalah akhirnya, Nabi Muhammad SAW adalah pelengkap bagi para rasul yang diutus itu. Addinul Islam yang dibawanya adalah penamat bagi sekalian agama berdasarkan pemikiran yang pernah disyariatkan, dan terlengkap di antara semua agama.
Sabda Rasulullah SAW,
“Diriku dibanding dengan para anbiak sebelumku adalah seperti seorang lelaki yang membina rumah dan menyempurnakan pembinaannya hinggalah tinggal satu tempat untuk diisi dengan seketul batu. Maka akulah batu itu.”(Imam a-Bukhari)
Berdasarkan hadis inilah ahli-ahli tasawuf membuat perbandingan peranan Imam Mahdi dengan peranan Rasulullah SAW. Imam Mahyuddin Ibnu Arabi al-Hatimi, seorang Wali Qutub yang cukup terkenal, di dalam kitab termasyhurnya Fathul Makkiyah, menulis kira-kira begini:
Al-Mahdi yang ditunggu-tunggu itu berperanan sebagai penyempurna tugas sekalian aulia. Beliau adalah umpama seketul batu binaan yang akan menutup ruang yang kosong bagi menyempurnakan binaan itu seluruhnya.
Maknanya, apabila Imam Mahdi yang Muntazar itu muncul kelak, sempurnalah binaan itu keseluruhannya dan menutup peranan sekalian Wali Qutub. Imam Mahdi itulah yang menyempurnakan peranan ketua-ketua wali yang sebelumnya. Jika ada ketua wali selepasnya pun, hanyalah bertaraf wali biasa sahaja, bukan bertaraf ketua wali lagi karena pada ketika itu sudah tiada lagi orang yang akan dilantik sebagai ketua wali.
Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga membedakan taraf Rasulullah SAW sebagai ketua sekalian anbiak dengan Imam Mahdi sebagai ketua sekalian auliak, hanyalah dari segi mutunya sahaja. Rasulullah SAW sebagai seorang rasul diumpamakan seperti nilai emas, manakala Imam Mahdi sebagai seorang wali diumpamakan seperti nilai perak. Oleh itu, setinggi-tinggi taraf Imam Mahdi, tetaplah beliau itu seorang wali sahaja, tidak akan sampai melebihi taraf seorang nabi atau rasul. Cuma, di kalangan para wali yang ada, sama ada yang hidup pada zamannya ataupun sebelum itu, beliau nyatalah lebih tinggi martabatnya daripada sekalian mereka itu.
Apabila muncul kelak, beliau akan menunaikan solat secara berjemaah dengan sekalian kaum muslimin di Masjidil Haram, akan menyampaikan khutbah yang panjang kepada seluruh umat manusia, akan berjuang menegakkan sunnah Rasulullah SAW, mengembalikan keadilan di kalangan manusia, memulihkan berkat, menentang kezaliman dan bidaah, diakui sebagai raja yang sangat adil, dan membawa Islam ke puncak kemuliaan seperti yang sepatutnya diterima oleh Islam itu sendiri.
Imam Mahyuddin Ibnu Arabi juga menyatakan di dalam kitabnya itu bahwa Imam Mahdi akan muncul pada akhir kurun ketujuh Hijrah. Ijtihadnya ini dibuat memandangkan bahwa tiada sebuah hadis pun yang menyatakan dengan jelas bila Imam Mahdi itu akan muncul. Oleh karena pada akhir kurun ketujuh Hijrah Imam Mahdi yang dimaksudkan tidak juga muncul-muncul, maka ijtihad beliau itu dianggap batal. Namun, beliau tetap mendapat satu pahala karena telah berijtihad berdasarkan ilmu yang ada pada beliau, di samping ilmu yang ada padanya membolehkan beliau mengeluarkan ijtihadnya sendiri.
Golongan sufi juga menyatakan pendirian yang tegas bahwa masalah Imam Mahdi adalah masalah khilafiah dan hanyalah furuk dalam ilmu tauhid. Karena itu jugalah masalah Imam Mahdi ini pada peringkat awal Islam dahulu, tidak begitu diambil perhatian oleh golongan sufi ini. Hanya pada sekitar tahun 300 Hijrah sahaja masalah ini mula diambil berat oleh mereka, dengan membawa satu cerita baru, yang jauh berbeda daripada cerita yang didapati di kalangan ahli hadis dan ahli tauhid. Hal ini bukanlah bidaah, cuma perspektif yang mereka gunakan berlainan daripada perspektif yang lazim kita gunakan. Itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang. Huraian mereka ini lebih bersifat memperlengkapkan lagi ilmu bagi sekalian umat Islam.
HAKIKAT KEDATANGAN IMAM MAHADI
Dari perspektif etmologi (asal usul) bahasa, perkataan IMAM bermaksud KETUA manakala perkataan Mahdi berasal dari perkataan Hada/Hadi yang bermaksud PETUNJUK. Makanya, perkataan IMAM MAHADI bermaksud KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK.
Dalam perspektif pengertian ILMU HAKIKAT (Spiritual) Kedatangan Imam Mahadi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada lahirnya KESEDARAN DIRI tentang NUR MUHAMMAD.
Nur Muhammad ?
Nur itu maksudnya CAHAYA, manakala MUHAMMAD itu merujuk kepada DIRI YANG TERPUJI. Makanya, maksud Nur Muhammad itu adalah CAHAYA DARI DIRI YANG TERPUJI.
Cahaya dari Diri Yang Terpuji itu adalah ROH atau DIRI BATIN kita sendiri. Roh itu perkataan Arab yang berakar umbi dari perkataan Hebrew (Ibrani) RUACH. Perkataan RUACH ini seerti dengan perkataan Hebrew NAPESH. Dalam bahasa Arab NAPESH disebut Nafs (Nafas).
Makanya, Kedatangan Imam Mahadi itu merujuk kepada bangkitnya KESEDARAN DIRI TENTANG ROH. Roh atau nama panggilan lainnya, Nur Muhammad inilah PETUNJUK (Mahdi) yang dimaksudkan.
Roh itu ada dalam jasad dan di luar jasad kerana Roh itu adalah NUR atau CAHAYA yang MELIPUTI seluruh alam. Roh inilah CAHAYA TERPUJI (Nur Muhammad) yang menghidupkan segala sesuatu. Tanpa CAHAYA, seluruh alam ini akan MATI atau TIDAK WUJUD. Ibarat Matahari yang memberi cahaya, tanpa cahaya matahari, seluruh alam ini akan mati dan tidak wujud kerana seluruh makhluk bergantung kepada cahaya matahari untuk hidup.
Dalam bahasa Latin SOL (Soul) itu maksudnya MATAHARI. Dalam bahasa Sanskrit OM itu maksudnya MATAHARI.
Dalam bahasa Aramaic ( bahasa Mesir Purba) ON itu maksudnya MATAHARI.
Kesemua bahasa purba merujuk Roh itu sebagai MATAHARI dan sebab itu MANU-SIA paling bijak bernama SOL-OM-ON. Arab memanggilnya SULAIMAN.
Kenapa?
Sebab ROH itu adalah penzahiran CAHAYA langit dan bumi. Bila CAHAYA ini difahami dan DIKENALI, makanya DIRI itu akan menjadi MAHA BIJAKSANA
1. Allah cahaya langit dan bumi ( Quran/An-Nur 35)
2. Aku cahaya yang menyinari alam ( Bible/John 8:12)
3. Akulah cahaya seluruh alam ( Torah/Mattityahu 5:14)
Untuk memahami Roh bermakna kita harus memahami Nafas kerana Roh itu menzahirkan DiriNya melalui Nafas. Bila kita belajar ilmu PERNAFASAN yang betul, nantinya jasad akan mula menyerlahkan AURA (sinaran cahaya). Aura ini nantinya akan mengaktifkan SISTEM KELENJAR ( Endocrine System). Sistem Kelenjar yang ada dalam badan inilah yang dimaksudkan TUJUH CAKERA oleh ajaran Yoga. Bila Sistem Kelenjar atau Cakera ini telah diaktifkan, maka seluruh sistem DNA akan mula beroperasi dengan maksima. Tika ini 99% bangsa MANU-SIA hanya mengaktifkan hanya 2% sistem DNA mereka. Walaupun hanya 2% keaktifan, manusia telah banyak melahirkan pelbagai kepandaian dan kehebatan. Bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh setiap Diri MANU-SIA jika mereka boleh mengaktifkan 50% atau 100% sistem DNA mereka ini.
Bila Sistem DNA ini dapat diaktifkan, barulah kita mudah memahami Diri Batin yang bernama Roh itu kerana pemahaman Roh itu tidak dapat difahami oleh sistem OTAK (akal) tetapi ia hanya dapat difahami melalui sistem JANTUNG (hati).
Kenapa ?
Kerana Jantung itulah MATAHARI bagi jasad. Jantung inilah yang dikatakan NUR yang menghidupkan seluruh alam jasad. Tanpa jantung, seluruh sistem dan anggota jasad tidak akan berfungsi. Jika jantung itu MATAHARI ( cahaya) maka barulah ia boleh mengenal Roh ( cahaya). Hanya MATAHARI yang boleh Mengenal MATAHARI. Hanya Cahaya mengenal Cahaya !
Kenapa ?
Kerana pada jantung itu ada 5,000 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKROMAGNET dan ada 500 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKTRIK berbanding kekuatan gelombang otak. Sebanyak 2/3 darah BEROKSIGEN (nafas) dipam oleh jantung ke otak bagi membolehkan otak berfungsi. Maksudnya, jantung lebih banyak berkomunikasi dengan otak berbanding dengan anggota jasad yang lain. Maksudnya, tanpa jantung, otak tidak boleh berfungsi. Maksudnya semua KESEDARAN bermula di Jantung kemudian dizahirkan oleh Otak sebagai FIKIRAN.
Sebab itu dalam Sistem Biologi kejadian MANU-SIA, selepas NAFAS (Roh) ditiup masuk, hal kedua yang berlaku adalah pembentukan JANTUNG. Sebab itu Jantung merupakan Rahsia nyata yang tersembunyi. Di dalamnya ada DUA (Hukum Berpasangan/Duality) Lautan yang bertemu (satu pembuluh darah yang membolehkan darah masuk dan keluar dari tempat yang sama).
Gelombang Elektromagnetik dan gelombang Elektrik yang ada pada jantung dan yang ada pada Otak ini bila BERPADU, ianya akan meletuskan suatu FREKUENSI yang jika kita tahu DECODE (mentafsir) kita akan mula KENAL ( Makrifah) kepada DIRI kita sendiri.
Justeru itu, kita perlu belajar untuk sentiasa SEJAHTERAKAN jasad. Perlu sihat ! Untuk sihat kita perlu JAGA MAKANAN, perlu JAGA RIADAH dan perlu JAGA REHAT. Bila ini semua terjaga barulah diri kita dikatakan ISLAM kerana Islam itu bermaksud SELAMAT. Bagaimana engkau bisa mengatakan engkau itu ISLAM ( Selamat) jika badan engkau gemuk dan banyak penyakit? Selamatkah engkau ? Engkau bercakap tentang ISLAM (Selamat) sedangkan engkau sendiri TIDAK ISLAM ! (Tidak Selamat).
Bila jasad kita SELAMAT, maka barulah kita boleh belajar untuk memahami bahasa JANTUNG (bahasa hati). Bahasa jantung inilah yang dikatakan ilmu TELEPATHY yang ada FREKUENSI tersendiri. Inilah Ilmu Rasa tanpa Kata atau KARAMAH yang ada dalam setiap diri MANU-SIA yang jika kita KENAL FrekuensiNya, kita akan KENAL Diri kita sendiri. Bagaimana kita bisa mengenal Diri kita sendiri andai jasad sakit ?
Orang yang sudah KENAL DIRI adalah orang yang tidak lagi berkehendakkan apa apa pun kerana DIRI itu adalah perbendaharaan tersembunyi yang Maha Kaya yang tidak lagi memerlukan apa apa. Selagi engkau masih mahu itu dan ini, itu tanda engkau masih MISKIN dan belum KENAL DIRI. Makanya, AWAS, jangan engkau hanya mudah berkata kata. Setiap kata engkau itu dipertanggung jawapkan ke atas engkau dan engkau bertanggung jawap terhadap Diri engkau sendiri atas apa yang engkau perkatakan.
Ada masanya lebih baik diam dari berkata-kata !
KESIMPULANNYA
Kedatangan Imam Mahadi itu bermaksud :
Bangkitnya Kesedaran Diri tentang Roh !
Kebangkitan itu kemudiannya akan membawa KESEDARAN menyeluruh tentang Hakikat Diri kita yang Maha Hebat ini. Bila sudah tahu kehebatan Diri, engkau akan MEDEKA dan tidak lagi BERTAKLID buta dalam akidah dan tidak lagi membuta tuli ikut ajaran orang tanpa usul periksa. Engkau tidak bisa lagi ditindas dan ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Engkaulah Imam Mahadi bagi Diri engkau sendiri !
Bangkitlah wahai Mahadi !
Merdekakanlah Dirimu!
Untuk merdeka, maka engkau perlu .....
Hidup dalam IHSAN dengan KECINTAAN yang IKHLAS !!
IHSAN
CINTA
IKHLAS
J A N T U N G !!
Itulah IMAM MAHADI mu !
J A N T U N G !!
Itulah KETUA PETUNJUKNYA !
Tahun 2020 adalah tahun perubahan drastik dalam ideologi (kefahaman) manusia. Ini adalah tahun berlakunya kiamat terhadap dunia kefahaman lama dan munculnya dunia kefahaman baru yang lebih realistik.
Semua kefahaman lama manusia dalam pelbagai bidang seperti sains, sejarah, perniagaan, politik, seni termasuk AGAMA akan mengalami perubahan drastik. Ini adalah era KUN-FAYAKUN atau ABRA-CADABRA atau ALAKAZAM atau HOCUS POCUS. Ini adalah era AQUARIUS. Semua maklumat melimpah ruah bagai air yang membawa banjir besar. Maklumat diperolehi dihujung jari. Maklumat apa yang engkau mahu akan engkau dapat jika engkau mencarinya. Bahkan sesetengah maklumat telah lama tercengok di depan mata tanpa engkau cari.
Sekarang adalah era Performansi Maklumat.
Era Reformasi dan era Transformasi maklumat telah menjadi sejarah. Dalam era performansi maklumat, segala ilmu yang terhasil dari pemecahan maklumat harus dipraktiskan. Zaman teori reform dan transform telah berlalu. Sekarang adalah era MANU-SIA berada dalam zaman realiti yang serba tahu. Maklumat bukan lagi rahsia dan makin tidak dapat dirahsiakan. Maklumat bersepah-sepah dan terdapat di mana-mana.
2020 adalah tahun perubahan radikal dalam pemikiran manusia. Ini adalah zaman kegemilangan MANU-SIA untuk kembali mengenal dan menjadi Diri sebenar mereka tanpa perlu bergantung kepada apa-apa kepercayaan dari luar Diri mereka. Kini, makin ramai MANU-SIA ingin membebaskan Diri mereka dari dogma dan doktrin lama. MANU-SIA makin merasakan dan memahami bahawa Diri mereka adalah sumber ilmu yang tidak terbatas dan mempunyai kebijaksanaan tersendiri. MANU-SIA makin mengerti bahawa segala hal tentang kehidupan itu adalah berkaitan dengan HAKIKAT DIRI mereka sendiri.
Proses performansi ilmu itu membuatkan manusia menjadi PEMIMPIN (Imam) yang dapat BIMBINGAN (Mahdi) dari ilmu yang mereka benar-benar fahami dan amalkan (Makrifah). Makanya MANU-SIA akan menjadi lebih cakna dan bijaksana. MANU-SIA makin sukar untuk dijadikan lembu (Baqarah) yang dicucuk hidung. Kebijaksanaan mereka akan membunuh segala KEPALSUAN (Dajjal) yang ribuan tahun telah mendominasi kehidupan mereka.
Maka benarlah, dunia akan kiamat. ‘Dunia’ atau ‘Dunya’ itu maksudnya ‘Sesuatu Yang Dekat’. Sesuatu yang dekat dan sentiasa dekat itu adalah DIRIMU sendiri. Makanya, dunia diri lamamu akan kiamat dan digantikan dengan dunia baru Dirimu. Dunia lama dirimu yang penuh dengan kepalsuan (Dajjal) akan kiamat.
Bagi mereka yang rajin memecahkan maklumat, mereka akan beroleh ilmu. Ilmu itu akan menjadikan mereka bijaksana. Diri yang bijaksana akan jadi pemimpin (Imam) yang dibimbing (Mahdi) oleh Ilmu yang mereka praktiskan. Maka berkekalanlah hidup mereka dalam dunia (Diri) yang aman sentosa (syurga) yang ada Vidhyadhari (bidadari). Vidhya itu adalah bahasa sanskrit yang maksudnya pengetahuan. Dhari itu maksudnya pemilik.
RENUNG-RENUNGKAN...
MANU-SIA yang bijaksana adalah manusia yang menjadi PEMIMPIN (Imam) yang DIBIMBING (Mahdi) oleh ilmunya sendiri. Kebijaksanaan MANU-SIA itu akan menghapuskan dan membunuh segala KEPALSUAN (Dajjal) dan membuatkan diri mereka sentiasa berada dalam alam SEJAHTERA yang berkekalan (syurga). Syurga itu suasananya penuh dengan kesejahteraan, ketenangan, kedamaian keamanan, kemakmuran, kenikmatan, kebahagian dan ditemani oleh Wah-NEE-Tah (Rabb Yang Maha Pemurah) yang menjadi PEMILIK segala PENGETAHUAN (vidhyadhari/bidadari).
( Sumber dari FB MahaDiri )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan