PENGENALAN ORGANISASI
G-Tariq adalah kelahiran daripada muafakat tariqat berdaftar yang telah wujud bermula tahun 2014 dan diperbaharui dengan nama, keahlian, pendaftaran, arah tuju dan aktiviti yang lebih tersusun untuk disebarkan kepada setiap pelusuk masyarakat.Pelbagai pendekatan akan diterapkan agar slogan visi 'Mengarusperdanakan Tariqat Dalam Masyarakat' berjaya memperbetulkan stigma negatif dan jurang faham yang batil tentang tariqat yang menjadi salah faham segelintir golongan masyarakat.
LATARBELAKANG PENUBUHAN G-TARIQ
Senario semasa kini yang saban hari terisi berbagai isu dan fitnah memerlukan jamaah tariqat yang telah berdaftar dengan Enakmen Tariqat Tasauwuf Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan terkehadapan dan memberi respon seiring keperluan masyarakat awam dan para penggerak tariqat itu sendiri.Tariqat bukan sekadar dicemburui tetapi disalah tafsir dengan label, teori, watak dan tuduhan melampau lalu menatijahkan permusuhan dalam kalangan intelektual dan masyarakat Islam itu sendiri.
JUSTIFIKASI PENUBUHAN G-TARIQ
1. Kemajuan media dan ICT dalam menghadapi isu dan fitnah perlu dijawab dengan kadar segera, sahih dan mendahului respon pihak yang tersasar pandangannya berkenaan tariqat tasauwuf2. Ketiadaan NGO tariqat tasauwuf yang berautoriti untuk menjawab sebarang isu berkenaan tareqat tasauwuf hanya menambah fitnah dan salah faham orang awam
3. Silaturrahim semakin erat atas jalinan ta'arruf, ziarah, minda terbuka dan meraikan kepelbagaian pengamalan dan keilmuan sesama tariqat tasauwuf yang berdaftar di bawah Enakmen Tariqat Tasauwuf Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
4. Kewujudan G-Tariq perlu bagi mengimbangi kewujudan NGO berasaskan agama yang secara tidak langsung mewakili pengamal tariqat dalam memberikan pandangan mahupun menjayakan aktiviti perdana
KEBERSAMAAN AGENDA G-TARIQ DI BAWAH ENAKMEN TARIQAT TASAUWUF JABATAN MUFTI KERAJAAN NS
Arah tuju dan fungsi G-Tariq adalah selari dengan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMKNS) yang terbentuk di bawah Enakmen Tariqat Tasauwuf dan fatwa semasa.Setiap isu dan permasalahan besar yang berlaku akan dibawa kepada pengetahuan JMKNS supaya agenda yang dijalankan dimaklumi awal dan direstui oleh Penaung dan Penasihat G-Tariq.
Secara tidak langsung, G-Tariq akan menjadi mata, telinga dan suara JMKNS dalam mendepani apa jua masalah mahupun dalam melaksana aktiviti yang dirancang.
G-Tariq akan berusaha agar suara, ruang dan peluang yang tidak dapat ditembusi oleh JMKNS akan dijayakan oleh pimpinan, jawatankuasa berkaitan serta ahli G-Tariq sebagai perkongsian maklumat yang berautoriti ke dalam masyarakat.
( Sumber dari G-Tariq جيل الطريق )
0 comments:
Catat Ulasan