Cahaya Sufi Cahaya Akal (نور العقل)

Cahaya Sufi
Cahaya Akal (نور العقل)

Asy-Syaikhul Al-Akbar Al-Arifbiilah Al-Imam Muhyiddin ibn Arabi Qaddasallahu Sirrahu menjelaskakan
قال الشيخ أكبر العارف بالله الإمام مححي الدين ابن عربي قدس الله سره
للعقل نور يدرك به أمور مخصوصة، وللايمان نور به يدرك كل شيء مالم يقم مانح فينور العقل تصل إلى معرفة الالوهة وما يجب لها ويستحيل وما يجوز منها فلا يستحيل ولا يجب وبنور الإيمان يدرك العقل معرفة الذات وما نسب الحق إلى نفسه من النعوت.
Akal memiliki sebuah cahaya yg melaluinya perkara-perkara tertentu dapat di fahami, sementara iman memiliki sebuah cahaya yg melaluinya segala sesuatu dapat di fahami selama tiada hijab (penghalang). Dengan cahaya akal, engkau akan sampai pada Makrifat Uluhiyah (pengetahuan ketuhanan), apa yg wajib bagiNya dan apa yg mustahil bagi Nya, Sera apa yg jaiz dariNya dan tidak mustahil. Melalui cahaya iman, akal memahami ilmu tentang Dzat dan Sifat-Sifat Allah yg dinisbatkan oleh Al-Haqq baginya
(Kitab Al-Futuhat Al-Makkiyah Juz I, Dar Ihya Al-Thorast Al-Arabi, Beirut hal 92).
Tarekat dalam berperspektif Sufi adalah cahaya akal dan cahaya iman sedangkan yg dikatakatan tauhid adalah hakikat. Untuk memahami hakikat maka kita harus dapat memperoleh limpahan cahaya akal dan cahaya iman yg menyinari hati mu. Dengan cahaya itu engkau dapat merasai (dzauq) melalui bathin mu segara makrifatullah baik perbuatanNya, Sifat Nya dan DzatNya yg menyebabkan engkau fana kepadaNya hilang segala bentuk keakuan dirimu, lantaran telah mengenal dan merasai siapa yg Wajib Dikenal
Tanpa cahaya Iman dan cahaya akal maka tauhid seseorang hanya sebatas ikhtiqadi (kepercayaan) saja. Mengenal Allah hanya sebatas dalil tanpa merasai hakikat dibalik makrifatullah itu.
Maka masuklah Tarekat sufi dan carilah mursyid Arif Billah lagi Kamil mukamil supaya engkau dapat memperoleh cahaya akal dan cahaya Iman.
 ( Sumber dari FB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Komen