RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA




RASUL ITU ADA BERSAMA ANDA……DIDALAM DIRI ANDA !! RASUL ANDA BERKATA-KATA DALAM BAHASA MELAYU???
Anda memerlukan dalil dalilNya ? Hendakkan Pedoman Al-Quran ?
Memang semua yang dipinta jawapan boleh aku huraikan.
Firman Firman Allah : Dari pelbagai Surah & Ayat Ayat : Yang Bermaksud :-
Dan pada Diri kamu , mengapa tidak kamu perhatikan ?
Kami mengutusnya menjadi Rasul kepada segenap manusia
Kami tidak mengutus saorang Rasul pun melainkan dengan BAHASA KAUM-nya supaya ia dapat memberi PENJELASAN dengan terang kepada mereka ( Ibrahim : 04 )
Nabi Muhammad itu ikhtibar Rasul Yang Zahir yang mempunyai Budi Pekerti Yang Tinggi sebagai contoh manusia untuk mendalami Ilmu Ketuhanan.
Rasul itu zahir di Mekah dalam Negeri Arab. Maka wujudlah Al-Quran didalam Bahasa Arab. Ini adalah Hikmah Allah untuk mewujudkan Rasul di Mekah kerana menunaikan Doa Nabi Ibrahim a.s
Bagaimana pula memahamkan makna Ayat 04 Surah Ibrahim yang mengatakan rasul diutus didalam bahasa kaumnya ?
Adapun Ayat ini jelas lagi terang sehingga berkilauan. Kerana kilauannya memanah MATA, maka mata terus gelap dan berpinarlah mata Penggubal Hukum Syariat / Feqah.
Gelap mata zahir ..tidaklah mengapa asalkan Mata Hati terang benderang.
Janganlah pula kita mengikut Ulamak Syariat penggubal hukum itu kerana Ayat Ibrahim 04 ini terang dan jelas. Maka janganlah diubah-ubah , dikurang atau ditokok tambah.
Kalau penulisan ini dapat difahami oleh anda sebagai orang Melayu, maka ini adalah kerana aku ini menjalankan KALAM RASULKU yang bahasanya Bahasa Melayu dan bukannya bahasa Arab.
Istilahnya aku ini, Orang Melayu, kaum kerabatku juga orang Melayu, maka Yang Mengajar ILMULLAH kepada aku adalah RASUL MELAYU. ( Maksudnya Rasulku juga Melayu sebab aku ini berbangsa Melayu )
Kalau Rasulku orang Arab, maka mungkin Bahasa Arab yang diajarnya kepadaku yang melayu ini, maka setakat dengar sajalah nampaknya.
Bila tidak faham bagaimanakah aku boleh dapat Mengenal Al-Quran, Mengenal Allah dan mendapat RahsiaNya.

Ini adalah HIKMAH Mengenal Rasul Yang Sejati.
Datangnya dari NURULLAH. Terbitnya dari air mani lelaki. Suara itulah RAHSIA DIRI. NAFAS itulah Rahsia Malaikat. NYAWA itulah RAHSIA RASUL.
Eloklah kita tumpukan kepada NAMA RASUL kita itu. Kenapakah ianya bernama MUHAMMAD ( eja Mim – Ha – Mim – Dal )
Sesungguhnya Muhammad itu ialah IBU SEGALA ILMU DUNIA (LADUNI) kerana Allah jadikan Dunia dan segala isinya untuk MUHAMMAD.
SIAPAKAH RASUL ANDA ITU ?
Firman Allah : Yunus : 47 bermaksud :-
Dan tiap tiap umat mempunyai Rasul ( nya )
Firman Allah : Al-Baqarah : 213 yang bermaksud :-
Manusia itu umat yang satu.
Firman Allah : Ali-Imran : 144 yang bermaksud :-
Muhammad itu tidak lain hanyalah saorang Rasul.
Firman Allah yang terdapat didalam Al-Quran telah menerangkan bahawa tiap tiap umat yang dalam ertikata lebih jelas TIAP TIAP ORANG mempunyai Rasulnya sendiri.
Maka Firman Allah ini manusia percaya . TETAPI ulamak Syariat tetap tidak menerimanya. Kerana apa ? Mereka kata itu DAHULU, sekarang mana ada lagi Rasul ? Bukankah Rasul sudah wafat ?
Maka janganlah kita pertikaikan pendapat mereka itu. Ini adalah kerana bagi orang yang belajar SEJARAH NABI sememangnya Nabi Muhammad ibni Abdullah itu sudah wafat tetapi bagi orang YANG MENGKAJI AL-QURAN dari aspek KEIMANAN akan mendapat Petunjuk HAQ untuk mengenal akan NABI MUHAMMAD yang dikatakan telah wafat itu.
Maka setiap yang Allah wujudkan dimuka bumi ini siap BERPASANGAN. Ada Dunia ada Akhirat. Pahala pasangannya Dosa, Loh pasangannya Kalam, Syurga pasangannya Neraka dan sebagainya.
SIAPA PULA PASANGAN NABI MUHAMMAD ibni ABDULLAH ?
Isterinyakah ? Ya kata Ilmu Syariat. BUKAN kata Ilmu Hakikat.
Adapun yang disebut PASANGAN itu adalah KEMBARNYA seperti Dosa & Pahala. Maka jika dikatakan pasangan Nabi Muhammad adalah SITI KHADIJAH, maka ini amatlah tidak adil kepada isteri isteri baginda yang lain.
JAWAPAN SEBENAR ialah :-
RASUL ZAHIR = Muhammad ibni Abdullah (lahir lebih 1400thn lalu)
RASUL BATIN = Muhammad Mustaffa Rasullullah
Diatas Kebijaksanaan Allah Yang Maha Mengetahui, jika dihidupkan Nabi Muhammad tanpa wafat, nescaya umatnya TIDAK AKAN MENGENAL DIRINYA ALLAH itu. Maka Amanat Allah kepada rasul agar Rasul mengajar umatnya MENGESAKAN ALLAH semata-mata dalam segala Amal Ibadahnya.
Firman Allah : Saba’ : 46 yang bermaksud :-
Katakanlah sesungguhnya Aku hendak memperingati kepadamu SUATU HAL SAHAJA iaitu SUPAYA KAMU MENGADAP ALLAH berdua-dua atau SENDIRI SENDIRI. Kemudian kamu fikirkan ( lah )
Allah Berfirman kepada Rasul, maka Rasul sampaikan kepada umatnya. Bagi umat YANG MAHU BERFIKIR dalam Hal Ketuhanan akan dapat jawapannya. Bagi umat PAK TURUT yang hanya mengikut-ngikut akan dalam KERUGIAN. Kerugian bagaimanakah itu ?
Pertama : Ikut Hukum Allah tetapi TIDAK KENAL siapakah Allah itu !. Kenal atau tidak dengan Allah ? ENTAH jawabnya, guru kata berfikir dalam dalam tentang Allah itu hukumnya HARAM. Maka haramlah Ilmu Ketuhanan itu. Kenapakah berfikir tentang Allah itu dikatakan haram ?
Kalau kita tidak tahu akan Allah maka nyatalah hanya takut pada Hukum tetapi tidak takut akan Allah. Kalau kita takut akan Allah kenapakah kita tidak merapatkan diri kita kepada RasulNya dan bertanya kepada Rasul itu siapa itu Allah ?
Tentu Syariat akan menjawab : Bukankah Rasul sudah wafat ?
Balik balik wafat, wafat, wafat. Apakah wafat itu ? Wafai itu mati. Apakah mati itu ? Entah.
Kalau hendak juga jawapannya akan aku terangkan tetapi dengarkanlah lafaz kita ikut Firman Allah :-
Al-An Am : 163 yang bermaksud :-
Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah Yang Diperentahkan Kepadaku
Manusia tahu bahawa Allah itu tidak boleh dipersekutukan, tetapi mereka tidak sedar bangun sahaja dari tidur mereka mulalah sekutukan Allah , ambil wudhu ( subuh ) sekutukan Allah, berjalan sekutukan Allah dan yang lebih berat bila Sembahyang, Puasa, Berzakat dan Menunaikan Fardhu Haji pun sekutukan Allah. Nauzubillahiminazalik !!!
Ikut Hukum, tunaikan Rukun Islam tetapi semuanya MENYENGUTUKAN ALLAH. Bagaimanakah ini boleh terjadi ?
ZAHIRnya manusia ikut hukum dan menunaikan Rukun Islam. Tetapi BATIN-nya bergelar SYIRIK KHAFI. Kerana apa ? Kerana manusia yang MENGATAKAN MEREKA-lah YANG BERBUAT segala Ibadah itu….kerana mengharapkan balasan PAHALA dan ganjaran SYURGA.
RASUL lagi...
Cuba anda tulis sendiri Nama Muhammad didalam tulisan Jawi : Tulis dua nama Muhammad kerana sebenarnya ada dua Muhammad , satu Zahir dan satu lagi Batin.
MIM PERTAMA = Kepalanya manusia
HA = Tangannya manusia
MIM KEDUA = Pusatnya manusia
DAL = Kedua kaki manusia.
Cantumkan kedua Ejaan
Muhammad anda itu. Bukankah sudah lengkap GAMBAR MANUSIA yang mempunyai satu kepala, dua tangan, satu pusat dan dua kaki ?
Daripada Nukilan Dua Muhammad itu maka TERCIPTALAH bentuk manusia yang lengkap bukankah begitu ?
Cuba anda eja dan tulis nama anda seperti anda lakukan kepada nama Muhammad tadi ..adakah ia merupakan gambar manusia ?
Ini adalah SATU MUKJIZAT.
Ada berbillion nama didunia ini dulu, kini dan selamanya..bila ditulis dalam huruf huruf Al-Quran …tidak akan jadi gambar manusia melainkan NAMA MUHAMMAD !!!!!.
Maka nyatalah Muhammad itu adalah SIFAT bagi manusia jua yang ZAHIR. Maka pasangannya adalah BATIN.
Yang Batin ialah yang bernama SUARA bagi Diri Zahir. Ini dinamakan sebagai NYAWA. Ianya BERSUARA tetapi suara itu sebenarnya adalah satu RAHSIA atau SIRR.
Kalau dipanggil ianya MENYAHUT tetapi jika hendak dipegang atau dijamah TIDAK DAPAT. Kerana apa ?
Kerana MUHAMMAD MUSTAFFA RASULLILLAH itu ialah NUR atau CAHAYA. Kejadian yang terjadi dengan sendirinya.
MUSTAFA itu YATIM PIATU maksudnya tiada berayah dan tiada beribu. Jika tiada ibu maka tiadalah ia diperanakkan.
RASUL ITU ADALAH NYAWA ATAU NAFAS ANDA
Rasul itu adalah Nyawa Manusia yang bermaksud MENYAMPAIKAN.
NYAWA & NAFAS
Adapun Nyawa itu terbahagi kepada 4 ( Empat ) Nama Nama iaitu :-
NAFAS MULUT
ANPAS HIDUNG
TANAPAS ANTARA 2 TELINGA
NUPUS JANTUNG
Hidupnya Nafas kerana Anpas. Hidupnya Anpas kerana Tanapas. Dan hidupnya Tanapas kerana Nupus. Hidupnya Nupus kerana HIDUPNYA ZAT YANG MELIPUTI sekalian Alam Badan dan juga Alam Mayapada ini.
Nukilan perkataan RASUL yang dieja dalam huruf Jawi iaitu RA – SHIN – WAU – LAM
RA = Nafas
SHIN = Anpas
WAU = Tanapas
LAM = Nupus
Nyatalah Muhammad itu SIFAT bagi Jasad dan SESIFAT dengan RUH atau Muhammad Mustaffa Rasullullah.
Nyata Rasul adalah NUR atau ANGIN pada zahirnya yang TIDAK NAMPAK dilihat tetapi ADA dan Memberikan kita Hidup. Inilah Nyawa manusia yang keluar masuk 24,000 kali sehari semalam dengan gelaran NADI manusia.
Manusia yang TIDAK BERNAFAS tiada lagi denyutan nadinya, maka itulah MATI namanya.
Kalaulah kita tidur nadi kita terus juga berdenyut. Tetapi jika tidur diangkat orang keluar, kita terus juga tidur ini namanya TIDUR MATI. Ingatlah biarlah kita Tidur Mati asalkan kita jangan jadi HIDUP TETAPI MATI.
Apakah yang dikatakan Hidup Tetapi Mati itu ?
Firman Allah :-
Allah telah mengunci MATA HATI dan pandangan mereka dan penglihatan mereka ditutup.
Yang dimaksudkan Ayat diatas ialah manusia yang telah DISERU KEJALAN MENGESAKAN ALLAH namun mereka masih INGKAR dan masih menyatakan bahawa Syariat yang mereka ikuti itulah yang betul.
Kerana apa ?
Kerana Allah telah MENGUNCI MATI hati mereka. Maka hiduplah mereka secara terus menerus mensyirikkan Allah. Hidup dengan PERASAN dan bukan dengan PERASAAN.
Sesungguhnya Rasul hanya menyampaikan HAQ DIRI ALLAH yang ada kepada manusia dan terpulanglah kepada manusia itu sendiri menerimanya.
Kalau betul betul ikhlas mengerjakan Rukun , maka ini ada sedikit PANDUAN untuk mendapatkan PETUNJUK SIRATAL MUSTAQIM.
Buat SOLAT HAJAT waktu tengah malam . Mohon buka pintu Makrifah kepada Allah.
PERSEDIAAN SEBELUM BERAMAL
*ISTINJAK*
Sedia maklum
*BERWUDHUK*
1. Sila berwuduk nafi isbat dahulu. a. Basuh muka kali pertama sebut yg hidup..Allah. b. Basuh muka kali kedua sebut yg melihat.. Allah c. Basuh muka kali ketiga sebut yg bercakap..Allah d. Basuh tangan sebut yg bergerak..Allah e. Basuh kepala sebut yg berilmu..Allah f. Basuh telinga sebut yg mendengar.. Allah g.Basuh kaki sebut yg berkehendak ..Allah
baca syahadah dgn iqtikad yg wujud hanya Allah.
LAA MAUJUDAN ILALLAH
*PEMBUKAAN AMAL*
Buat pembukaan amal dgn bacakan fatihah (21x) untuk diri kamu sendiri. Selawat keatas Muhammad (7x)
(Jangan baca dengan tergopoh2, dengarkan suarahati kamu membacanya kemudian ikutlah baca apa yg dibacakan kepada kamu)
a. Untuk Baginda Rasul Nabi Muhammad Mustaffa saw. b. Untuk semua para rasul, para nabi,sahabat2 nabi, para wali, rijalul ghaib, malaikat2, para guru, khususan guru kita (sipolan bin sipolan), ibu bapa, keluarga, muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat dan pada diri sendiri.
*PERSEDIAAN TAFAKUR GERAK:*
a.. Duduk bersila mengadap kiblat ( jika boleh )
letakkan tangan kiri diatas kepala lutut secara terbuka ( bukan tertangkup ) dan tangan kanan pegang kunci ( spt dlm tahiyyat dgn jari telunjuk menegak ) diatas lutut kanan menghadap tepat arah kaabah di mekah dan bayangkan kamu sudah berada dpn kaabah sambil lidah ditongkat ke langit2.
b. Tundukkan kepala ...tutup mata fokus satu titik Nur ditengah2 dada
c. Tenang kosongkan fikiran
d. Baca password slps suarahati yg didalam membacanya
i . Baca Bismillah sekali
ii. Syahadah 3 kali
e. Baca Asalku Allah kembaliku Allah 7 kali
Laa maujudan bil haqqi ilallah
f. Lafazkan niat....yg ini
*Wahai Zatku Allah Maha Diriku Yang Berdiri Pada Diriku Sendiri Pada Tubuh Badan Ini...........*
(Sambil itu tundukkan kepala dan fokus ditengah2 dada)
Apabila telah dapat rasa getaran di jari2, ikutlah gerak tangan secara otomatik
Dan sepanjang gerak dalam keadaan duduk seperti dlm solat semasa tahiyyat awal sambil jari telunjuk dan jari2 pada kedua belah kaki menghadap kiblat, zikirlah dalam hati...ALLAH sebanyak2nya( hingga selesai gerak )
Insyaallah akan dipertemukan dengan Muhammad Mustafa Rasulullah
*TUTUP GERAK*
a. Sebut Alhamdulillah 3x
b. Syahadah 3x
c. Alfatihah sekali
Beri salam kekanan ucapkan Ya Allah
Beri salam kekiri ucapkan Ya Muhammad
Usap muka
*****
InsyaAllah wahai orang orang yang beriman, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar sekalipun tersedik dihati.
Tetapi janganlah buat sekali sahaja kalau kita sakit, kalau makan ubat bukan terus sembuh. Hilangnya sakit bukan kerana ubat tetapi kerana Keizinan Allah. Ubat itu penyebabnya sahaja.
Sama juga dengan Ilmullah, Solat Hajat, Solat Tahajud dan Zikir itu, Hanya Penyebabnya. Kalau tidak buat pun jika Allah nak beri IlmuNya siapa yang dapat menghalang ?
Firman Allah :-
Akan tetapi Allah berbuat apa yang di-KehendakkiNya.
Tetapi ADAB-nya ada. Kalau manusia berkehendakkan sesuatu ada dua jalan pertama meminta, kedua mencuri.
Contohnya kita hendakkan burung merbuk yang merdu suaranya. Diminta tuannya tidak hendak memberi, hendak dibeli tidak dijual. Jika hendak sangat terpaksalah di-CURI. Barulah sampai hajat dihati.
Sama jugalah dengan
Wahdaniatullah ini. Untuk Mengenal Allah perlu mendalami Sifat Tuhan. Untuk mendapat Rahsia Tuhan perlulah Mengenal Rasul.
Tetapi satelah belajar Mengenal Rasul masih lagi tidak dapat berjumpa dengan Rasul. Belajar Ilmu Ketuhanan masih lagi belum dapat berjumpa Tuhan.
Maka jalan yang akhir barangkali ialah Mengaku Jadi Tuhan. Kalau kafir kata manusia, biarlah dia kata asalkan jangan Allah yang kata.
Lama kelamaan akan datanglah Rahsia Tuhan itu sendiri dan barulah manusia itu tahu ERTI ESA Tuhan itu bagaimana.
Namun janganlah berputus asa, kerana putus asa itu orang yang tidak beriman. Allah ciptakan Rasul sebagai Pemberi Ingatan agar manusia jangan
Menyengutukan Allah. Huraian demi huraian, Firman demi Firman, maka kalau masih tidak dapat banyak, dapat sedikit pun jadilah. Maka yang SULIT itulah yang dapat mengingatkan manusia.
Adalah menjadi SATU AMANAT kepada Umat Islam agar Menemukan Diri mereka kepada Tuhannya. Salah satu caranya melalui Rasul. Yang telah kita tahu ialah rasul itu ialah NAFAS atau NYAWA atau RUH yang SESIFAT dengan NABI MUHAMMAD MUSTAFA RASULLILLAHI TAALA.

( Awalludin Makrifatullah )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan