TvTarekat | Syeikh Mustafa Wali ( Hidup sekitar kurun ke 18 )


Syeikh Mustafa Wali ( Hidup sekitar kurun ke 18 )

Beliau berasal dari Afghanistan dan kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang awal sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786. Diriwayatkan bahawa Syeikh Mustafa Wali telah berdakwah sedari usianya 16 tahun.
Di Pulau Pinanag, beliau menetap di Pitt Street yang kini dikenali sebagai Jalan Kapitan Keling. Syeikh Mustafa Wali sejak zaman mudanya lagi dikatakan seorang yang mempunyai perilaku yang warak, taat dan takut kepada Allah Taala. Sifatnya itu menyebabkan masyarakat begitu menghormatinya walaupun ketika umurnya masih muda.
Syeikh Mustafa Wali seorang yang aktif menyampaikan dakwah dan tidak pernah berkahwin serta hidup bersendirian. Beliau meninggal dunia pada akhir tahun kurun ke 18 dan di makamkan di Perkuburan Hutan Mayat yang dikenali kini sebagai Pasar Campbell Street / Pasar Central.
Makamnya telah dibina oleh Kerajaan British selepas berlakunya sebuah kisah. Ratusan mayat di kawasan tersebut telah di pindahkan ke Tanah Perkuburan Perak Road tetapi Kubur Syeikh Mustafa Wali tidak dapat diubah atau dipindahkan. Beberapa perkara pelik dan ajaib telah berlaku menyebabkan mereka gagal mengubah kedudukan makamnya sehingga ada pekerja yang kemalangan dan ada yang sakit.
Maka pihak British mengarahkan pemberhentian kerja pemindahan makamnya dan mengekalkan ia di tempat yang sama hingga ke hari ini. Pihak British membina tembok selebar 40 kaki dan panjang 120 kaki serta tinggi 7 kaki untuk menjaga makam Syeikh Mustafa Wali.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Sidi Syimir Alif
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan