TvTarekat | Siapakah Al Allimah Wali Allah Ma'mah@Rabiatul Adawiyah Pulau Pinang?


Al Allimah Wali Allah Ma'mah @ Rabiatul Adawiyah Pulau Pinang 


Al Allimah Wali Allah Ma'mah @ Rabiatul Adawiyah Pulau Pinang ( Meninggal dunia pada kurun ke 19 )
Ma'Mah atau nama sebenarnya Tengku Wan Maheran adalah merupakan seorang puteri kerajaan Negeri Kedah ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1803-1843).
Tengku Wan Maheran memang terkenal dizamannya kerana beliau seorang yang amat cantik lagi rupawan sehingga Raja Siam ketika itu berhasrat mengahwini beliau tetapi Tengku Wan Maheran menolak kerana Raja Siam tadi bukan Islam. Penolakan perkahwinan ini juga telah menjadi salah satu sebab terjadinya peristiwa besar di dalam negeri Kedah iaitu Peperangan Siam Kedah pada tahun 1821.
Tengku Wan Maheran atau Ma'mah telah berhijrah ke Pulau Pinang setelah terjadinya peperangan. Beliau menetap di Jalan Carnavon di Kampung Kolam yang kini dijadikan makamnya. Tengku Wan Maheran seorang yang amat warak dan ahli ibadat. Setiap hari beliau berpuasa dan memberi makan serta bersedekah kepada orang miskin pada setiap hari Jumaat tetapi wangnya tidak pernah habis disedekahkan. Tengku Wan Maheran juga merupakan guru agama kepada masyarakat setempat. Setiap hari beliau mengajar al-Quran dan oleh sebab itu, beliau dinamakan sebagai Ma'mah yang bermaksud emak.
Sifatnya yang amat baik itu telah menarik minat Kapten Kelling untuk menjadikan beliau sebagai isterinya. Kapten Kelling telah bertolak ke Kota Kuala Muda untuk berjumpa dengan Sultan Kedah supaya hasrat beliau untuk mengahwini Tengku Wan Maheran tercapai. Akhirnya beliau mendapat persetujuan dari Sultan Kedah dan berkahwin dengan Tengku Wan Maheran lalu menjadi isteri ketiganya.
Tetapi perkahwinan ini hanya pada nama sahaja kerana Tengku Wan Maheran tidak membenarkan Kapten Kelling menyentuhnya kerana beliau mendapati suaminya ini tidak bersih. Maka Tengku Wan Maheran memohon kepada Kapten Kelling supaya mencarikan kepadanya seorang suami yang warak dan taat pada Allah. Permintaan itu ditunaikan oleh Kapten Kelling dengan hati yang berat maka Tengku Wan Maheran diceraikan dan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang warak serta taat kepada Allah seperti mana permintaan Tengku Wan Maheran. Maka dari sinilah timbul nama Tengku Wan Maheran sebagai Rabiatul Adawiyah Pulau Pinang.
Beliau dimakamkan di Jalan Carnavon, Kampung Kolam, Pulau Pinang.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Sidi Syimir Alif
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan