TvTarekat | RUQYAH, KIFARAH DAN PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI


PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI

DALAM menghadapi bencana yang ditu­runkan oleh Allah, seseorang hamba itu perlu ada sifat redha terhadap qadak dan qadar tersebut. Percaya kepada qadak dan qadar adalah salah satu daripada Rukun Iman.
Pegangan ini selain dapat memenuhi tuntutan Rukun Iman, ia juga boleh menjadikan seseorang itu merasa tenang serta yakin pada diri sendiri dalam menghadapi sesuatu.
Tidak kira apa bentuk bencana sekalipun, sama ada kematian orang yang dikasihi, kerosakan harta benda, kehilangan sesuatu, penyakit atau sebagainya, segala galanya ini biarpun ia memang tidak disukai oleh manusia, Allah menjadikannya itu disertai dengan muslihat yang hanya diketahui oleh-Nya.
Di antara muslihat tersebut ialah:
● Allah S.W.T apabila Ia mengasihi seseorang hamba-Nya, maka ada kalanya Ia memberi ujian kepada hamba itu dengan menurunkan bencana. Dalam masa yang sama Allah memberinya kesabaran. Seseorang lelaki telah bertemu Rasulullah dan mengadu bahawa harta bendanya telah habis dan badannya merasa sakit Mendengarkannya Baginda menjawab:
"Pada seorang hamba itu tidak baik kalau tidak hilang hartanya dan tidak sakit badannya. Bahawasanya Allah apabila Ia mengasihi seorang hambanya, Ia mengujinya, apabila Ia telah mengujinya maka diberi kesabaran akan dia."
● Ada kalanya Allah telah meletakkan seseo­rang itu pada satu martabat tertentu di sisi-Nya, namun demikian segala amalan yang dilakukan olehnya selama ini tidak membolehkannya menca­pai martabat tadi kecuali dengan ujian. Ujian tersebut mungkin merupakan satu bencana yang akan ditanggung olehnya. Dalam masa yang sama Allah memberikannya kesabaran menghadapi ben­cana tadi.
Akibat kemungkaran
Rasulullah ï·º ada bersabda:
"Bahawasanya ada kalanya Allah menyediakan bagi seorang lelaki itu darjat di sisi-Nya, yang tidak dicapai olehnya akan dia dengan amalannya, sehingga ia diuji dengan bala pada dirinya, maka dengan itu tercapailah akan dia."
● Diriwayatkan bahawa apabila turun firman Allah bermaksud:
" (Sesiapa melakukan keja­hatan nescaya dibalas dengannya), Sayidina Abu Bakar berkata, "Wahai Rasulullah, bagaimana dapat bergembira setelah (turun) ayat ini?"
Baginda menjawab, ''semoga Allah mengam­punkanmu wahai Abu Bakar. Tidakkah kau sakit? Tidakkah kau menderita gangguan? Tidakkah kau lelaki? Tidakkah kau berdukacita? Semuanya ini adalah dari apa yang dibalas oleh Allah, iaitu apa yang mengenaimu adalah merupakan kifarah (penebus dosa bagi dosa-dosanya)."
Di antara malapetaka yang diturunkan oleh Allah itu ada kalanya merupakan balasan di dunia akibat kemungkaran yang dilakukan oleh seseorang. Rasulullah ï·º apabila diturunkan ayat itu telah berkata,
"Telah turun padaku satu ayat di mana ayat itu bagi umatku adalah lebih baik dari­pada dunia dan kandungannya."
Baginda pun membaca ayat itu. Kemudian ia menyambung: "Sesungguhnya hamba itu apabila ia melakukan satu dosa, lalu kena kesusahan atau bala di dunia, maka Allah tidak menyeksanya kali keduanya."
Menurut hadith ini, adalah jelas bahawa bala itu diturunkan ke atas seseorang ada kalanya merupakan kifarah (balasan dosa di dunia) daripada Allah. Kifarah ini menjadikan seseorang yang melakukan dosa tidak diazab di akhirat kerana dosanya telah dibalas di dunia.
Itulah di antara muslihat-muslihat diturunkan malapetaka ke atas manusia. Begitu juga dengan penyakit yang juga merupakan bencana ke atas manusia, yang diturunkan oleh Allah mungkin untuk meninggikan martabat seseorang itu di sisi­Nya, kerana kifarah, atau semata-mata dugaan ke atasnya, untuk menduga setakat mana kekuatan iman seseorang.
Sakit yang dideritai oleh seseorang bertahun­ tahun itu mungkin boleh menjadikannya insaf dan kembali ke jalan Allah setelah ia sesat selama ini.
Dalam keadaan demikian seseorang itu, iaitu bagi orang awam ia mesti berikhtiar untuk men­gubati penyakitnya. Setip penyakit itu ada ubat­nya. Masalahnya ialah sama ada penyakit itu bertemu dengan ubat yang serasi dengannya atau tidak.
Bagi penyakit yang sembuhnya dengan cara berdoa, kesembuhan tersebut sebenarnya telah wujud tersedia, hanya menunggukan ubat yang serasi, iaitu doa yang dikabulkan oleh Allah.
Mengenai pembicaraan tentang doa, sebenarnya tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah, hanya sama ada doa itu dikabulkan cepat atau lambat, semuanya ini pula bergantung kepada orang yang memohon doa tersebut, juga faktor ­faktor lain yang berkaitan dengan doa.
Pada satu ketika pada zaman sahabat, ada seo­rang pesakit yang telah puas berikhtiar dan telah diubat oleh ramai pengubat, termasuk sahabat­ sahabat yang terkenal tetapi tidak sembuh, men­jadikannya begitu putus asa.
Pada satu hari ia telah diziarahi oleh seorang alim sufi yang mengetahui ilmu perubatan. Apabila diberitahu mengenai dirinya, ahli sufi itu berkata: "Di manakah kamu tentang ayat-ayat Syifa dalam al-Quran."
Lalu diajar pesakit tadi akan ayat-ayat Syifa yang akhirnya ia sembuh apabila diubati dengan doa tadi.

Bersempena dengan peristiwa tersebut doa ini digunakan bagi mengubati sakit tertentu iaitu pada pesakit teruk yang begitu sukar untuk sem­buh setelah melalui beberapa rawatan. Kerana itu ayat ini tidak boleh digunakan untuk mengubati semua pesakit selagi seseorang itu meyakini bahawa kombinasi doa lain boleh digunakan untuk tujuan ini.
Ayat ini digunakan sebagai ikhtiar terakhir untuk mengubati seseorang. Mungkin setelah seo­rang doktor mengatakan bahawa si pesakit tidak ada harapan untuk sembuh dan akan mati sehari dua lagi.
Apabila didapati pesakit dalam keadaan tenat dan setelah puas berubat tetapi tidak sembuh, ketika inilah seseorang itu pertu menyediakan diri untuk mengubatinya dengan penuh khusyuk dan tawaduk serta keyakinan kepada Allah S.W.T. Susunan doa yang diperlukan ialah:
● Bacaan al-Fatihah dengan tujuh kali berhenti. Ada hadis menyebutkan bahawa pada setiap kali berhenti itu Allah akan menjawab bacaan hamba­Nya. Kemudian tiup pesakit tadi. Ulangi bacaan ini sebanyak tujuh kaki dengan tujuh kali tiup yang didahului dengan Bismillah sebelum setiap al-Fatihah.
● Baca ayat Syifa kemudian tiup pada pesakit dan pada air. Kalau rasa tidak puas hati ulangi bacaan tadi, iaitu tujuh kali al-Fatihah dan tujuh kaki ayat Syifa dengan kaedah yang sama seperti yang dijelaskan.
Doa ayat Syifa tidak memerlukan kombinasi doa-doa lain. Pesakit tenat yang tidak mengalami perubahan setelah rawatan melalui kaedah di atas digunakan, memerlukan bacaan Yasin sebagai ikhtiar terakhir.
( PONDOK HABIB )
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan