BERSULUK*


BERSULUK*

Bersuluk itu bukan bertapa. Bertapa seorang diri manakala bersuluk itu haruslah dipimpin oleh Guru Mursyid, Kerana Guru Mursyid lah yang menjadi Wasitah bagi menyampaikan salik itu kepada Allah swt. Guru Mursyid yang akan memantau dan bimbing para salik kerana dialah yang lebih memahami proses dan perubahan seseorang salik. Para salik juga wajib solat berjemaah selama bersuluk.

Bersuluk ni adalah gabungan Khalwah dan Uzlah (Khalwah Fil Uzlah) dimana seorang salik akan meninggalkan kampung halamanNya dan menuju ke suatu tempat, Di mana dia tidak akan berhenti Berzikir dan bertaubat selama 40 hari 40 malam ataupun 10 hari 10 malam. Sehinggalah Allah swt kurniakan Warid dan Tarqiyah iaitu sesuatu rasa seperti baru dilahirkan semula, Barulah RASA "ALLAH" itu ada yang bukan setakat tahu Allah swt itu ada.

Maka cairlah hati seorang salik pada masa itu dalam mujahadah dengan taubat dan zikrullah secara berterusan. (Itupun kalau niatNya ikhlas semata-mata kerana Allah swt, hati sanubariNya bersih dan tidak melanggar adab bersuluk, serta tidak banyak bercakap, berfikir dan tidak melanggar adab).

Kenapa bersuluk kena tinggalkan kediamanNya???
Bersuluk ini seperti suatu jihad dimana salik akan meninggalkan
segala kelaziman dalam kehidupanNya, dia tinggalkan segala keseronokan, tinggalkan kemewahan dan segala perbuatan rutin seharian semata-mata untuk berzikir dan bertaubat kepada Allah swt dalam satu jangka masa yang tertentu.

Di mana tempat Bersuluk???
Tempat bersuluk itu ada berbagai, ada yang di surau, ada yang dibuat di
rumah Syeikh atau Guru jika murid yang bersuluk itu tidak ramai. Kalau duluNya Rasullulah saw beriktikaf di Gua Hira’ dan sekarang ibadat itu kebanyakanNya dibuat di surau atau madrasah khas atau lazimNya dipanggil rumah suluk.

Ada sesetengah rumah suluk itu menyediakan bilik-bilik kecil yang hanya muat seorang sahaja sebagai tempat berzikir tetapi ia terhadkan bilangan murid yang ingin bersuluk. Oleh kerana murid yang bersuluk saban tahun makin bertambah, Para Syeikh memikirkan menyediakan kelambu kecil yang digantung di dalam surau atau rumah suluk untuk menghindarkan gangguan seperti nyamuk ketika bersuluk.

Bersuluk ni adalah satu proses secara intensif dengan melakukan zikrullah dengan berbilang sehinggalah berzikir sampai tidak terbilang seperti air yang mengalir. Maka dengan itu mudah dan cepatlah hati sanubari itu menerima Tarqiyah dari Allah swt, dibukakan tutupan hati untuk melangkah dari Alam Nasut (Alam sifat kemanusiaan) ke Alam Malakut (Aam lakaran) kemudian ke Alam Jabarut (Alam sifat) seterusNya ke Alam Lahut (Kesedaran sifat ketuhanan).

Kita menunaikan haji dengan tubuh yang zahir menziarahi Kaabah, Manakala
bersuluk pula pergi menemui Tuan Kaabah secara rohaniah. Salik akan berzikir, dengan zikir Ismu Dzat, yakni zikir yang membolehkan salik itu mendapat tarikan (Jazbah) kepada Allah swt.

Apabila salik telah mendapat tarikan yang kuat kepada Allah swt,
si salik ini akan dapat memulakan semula kata-kata yang pernah manusia ucapkan suatu ketika dahulu di alam roh iaitu;

"Alastu birobbikum qooluu balaa syahidna "

(Al A'raf ayat 172)

Imam Ghazali pernah berkata; “ Ketahuilah bahawa berjalan menuju kepada Allah Taala untuk menghampiriNya sebenarNya adalah hati bukan badanNya. Maksudku ,bukan hati yang berdaging ini bahkan ia adalah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Allah Azzawajalla yang tidak difahami oleh deria zahir.”

Hati itu tempat simpanNya iman, wadah berbagai rahasia ghaib dan juga punca terpancarNya berbagai nur. Hati itu perlu digilap, perlu dihidupkan agar tidak akan menjadi membeku, gelap dan tidak telus. Dan cara menggilapNya adalah dengan berzikrullah secara khusus, istiqamah dan terpimpin. Harus diingat penyakit jiwa dan hati lebih berbahaya dari penyakit yang lain. Maka itu kita haruslah berusaha menjernihkan hati dan latihan jiwa seperti bersuluk.

Zikrullah dan khalwat ini adalah sunnah Nabi yang Terawal semenjak di Gua Hira' lagi. Baginda Nabi Muhammad saw juga telah pergi berkhalwah di Jabal Thur bahkan Nabi Musa a.s juga berkhalwah di Bukit Tursina seperti

Firman Allah;

“Dan telah Kami janjikan kepada Musa (Memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (Malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhan-Nya empat puluh malam.. ".
(AL A’Raf ayat 142.)

Apa yang kita dapat selepas bersuluk itu???

Setiap mereka yang bersuluk itu yang datang dengan niat yang ikhlas semata-mata erana Allah swt; Mudah-mudahan mereka itu nanti akan;

1) Bertambah keyakinan mereka tentang wujud Allah swt, lebih kenal dan lebih tahu tentangNya.

2) Merasai atau melalui pengalaman Dzauki dan Fana'fillah, faham apa yang dinamakan Ma'rifah, tahu dimana berlakuNya Musyahadah, faham apa itu Baqo’billah dan istilah-istilah seumpamaNya.

3) Menyakini kepentingan Bertawassul dan Berabitah.

4) Mempraktikkan adab-adab berzikir dan adab-adab bersama Guru atau orang yang alim.

5) Istiqamah dalam solat taubat.

6) Lebih memahami apa yang dikatakan oleh Ibn Atho'illah dalam Kitab Hikam.

7) Memahami kepentingan Ilmu Tasawuf (Ilmu Hakikat) dan kepentingan beramal denganNya.

8) Rasa rendah diri, tidak lagi mudah menilai orang lain berdasarkan kepada pakaian atau pangkat.

9) Faham apa yang dikatakan Ilmu Laduni dan mudah mendapat Natijah
zikir.

10) Mantap pegangan kepada Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah.

11) Menyembah Allah yang sudah dikenal seperti umpama bercakap dengan orang yang kita kenal, dengan orang yang tidak kita kenal.

12) HatiNya benar-benar yakin apa yang wajib di imani.

13) Dengan bersuluk, kita dapat sebahagian walaupun tidak sepenuhnNya sifat-sifat orang Ulul Abab.

Demikianlah sedikit sebanyak penjelasan dan pengertian "Bersuluk"

"Berpanjangan lah (Budiyah zahir dan batin serta berkekalan lah hadir hati serta Allah swt walau berada dalam masyarakat.

( Sumber dari FB Syed Haqtullah )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan