MENCARI MURSYID
Wahai sahabat-sahabatku! Sesungguhnya, telah lama hamba mengembara mencari Mursyid; ke utara, ke selatan, ke barat dan ke timur, kesemuanya telah hamba jelajahi. Khabarnya, Mursyid ada di sini, di bumi bertuah ini.
Hamba faham bahawa Mursyid itu adalah seorang hamba Allah yang boleh membimbing dan menunjuki hamba kepada Allah dengan kesempurnaan kenal. Tapi..., di mana dia ye?
Saban hari, air mata ini menitis berderai dalam pencarian. Tidak ada guna rasanya hamba hidup dan dijadikan, sekiranya hamba tidak dapat mengenal Allah, Tuhan yang menjadikan hamba dan alam ini dengan segala isinya. Hamba ingin kenal Dia dengan sebenar-benar kenal. Maka, menjadi wajiblah hamba mencari seorang mursyid untuk menyampaikan hajat hamba ini.
Guru-guru pembimbing telah ramai hamba temui. Menadah kitab-kitab bersama ustaz, ustazah, tok imam, cikgu, orang-orang 'alim seperti Tok Syeikh, Tok Ayah dan tidak kurang juga yang bergelar Tuan Guru, bahkan Tok Wali sekalipun. Hebat-hebat mereka itu dengan pelbagai penampilan, watak dan gaya berpakaian orang-orang soleh.
Huh! Tak payahlah hamba sebutkan di sini tentang mereka itu. Masing-masing mereka mengajar ilmu yang sungguh bermanfaat untuk hamba. Tatkala hamba menuntut ilmu Tasawuf, kisah para wali Allah tidak lekang dalam penceritaan.
Emm... Hamba ini hanya mampu melopong mulut mendengar tentang kehebatan dan kehampiran mereka itu di sisi Allah Ta'ala. Itu mereka... Tetapi, apahalnya dengan diri hamba ini? Apa hendak jadi? Buta tidak kenal Allah. Takkan selama-lamanya begini sehingga akhir hayat hamba???
Persoalan demi persoalan bermain di benak fikiran hamba. Tidak sekali-kali hamba berhasrat hendak jadi wali Allah. Sekurang-kurangnya, hamba kenal Allah pun cukuplah. Ia termasuk perkara fardhu 'ain untuk hamba.
Wahai sahabat-sahabatku! Kisah di atas itu merupakan salah satu contoh luahan hati seorang hamba Allah yang ingin mencari seorang Guru Mursyid, agar dirinya dapat mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal.
Sebagai hamba Allah yang prihatin, engkau sepatutnya bersikap sepertinya juga. Engkau mesti mempunyai kesedaran dan azam untuk mengenal Allah kerana ia adalah ilmu fardhu 'ain terpenting yang wajib engkau tuntut.
Ketahuilah oleh engkau, bahawa sesungguhnya, seorang mursyid itu tidak semestinya hebat dalam penampilan. Watak beliau tidak seperti watak guru-guru pembimbing yang engkau lihat sangat warak dengan berjubah, berserban, bertasbih, 'alim dan sebagainya.
Beliau juga tidak memiliki tauliah mengajar kitab-kitab agama sebagaimana kebanyakan guru-guru pembimbing miliki, kerana beliau mengajar tanpa merujuk kepada sebarang kitab.
Namun begitu, setiap ajaran beliau amat secocok dan tepat dengan ilmu yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi. Sesungguhnya, kitab seorang Mursyid itu ada dalam dada beliau.
Inilah kitab asal dimana, jika dibakar, ia tidak hangus dan jika direndam dalam air, ia tidak basah. Kitab ini bersumber daripada pancaran nur cahaya Allah. Oleh sebab itu, engkau akan dapati bahawa kaedah pengajaran dan hujah seorang Guru Mursyid itu mantap dan segar.
Jika beliau menulis, ia memberi kesan yang mendalam sehingga meresap ia ke dalam hati pembaca. Setiap ilmu yang disampaikan oleh beliau, ada nur yang terpancar.
Ini kerana, ilmu drp seorang Guru Mursyid itu bukannya ilmu copy paste daripada mana-mana sumber atau kitab-kitab karangan orang lain. Kecuali, ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sahaja disalin semula oleh beliau untuk dijadikan rujukan orang ramai.
Oleh sbb beliau mengajar tanpa rujukan kitab di tangan, seorang Mursyid itu selalu sahaja dituduh membawa ajaran sesat oleh orang-orang yang buta mata hatinya. Walhal, apa yang diajarkan oleh beliau itu jelas kebenarannya menurut ajaran Nabi sejak zaman berzaman lagi. Bersalasilah ilmu yang dibawa oleh beliau itu sampai sanadnya kepada Nabi Muhammad saw.
Nabi mengajar tanpa kitab di tangan. Bahkan, para sahabat Nabi pun mengajar tanpa merujuk kepada sebarang kitab. Sandaran para sahabat hanyalah kepada kitab suci Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sahaja. Adakah mereka itu sesat ?
Masyarakat kini memang ramai yang gelap hati. Mereka takut untuk berhadapan dan berhujah dengan Mursyid yang mereka tohmah itu. Namun, mereka sanggup mengada-ngadakan cerita yang tidak ada bagi memburukkan nama si Mursyid tadi. Namun, si Mursyid hanya tersenyum. Fitnah itu, tidak sedikitpun memberi bekas kepada beliau.
Sesungguhnya, orang-orang yang membuat firnah itu, sebenarnya sedang membinasakan diri mereka sendiri. Allah Ta'ala pasti akan melaknat dan memerangi mereka itu, samada mereka menyedarinya ataupun tidak.
Wahai para pemfitnah! Insaflah dan bertaubatlah... Atau, nantikan sahaja azab drp Allah Ta'ala untuk kalian. Ia pasti akan terjadi kerana itu adalah janji Allah.
Wahai sahabat-sahabatku! Sesungguhnya, seorang Guru Mursyid itu memang khasyaf orangnya dan banyak perkara-perkara ghaib berkenaan rahsia dirinya yang disembunyikan olehnya daripada pengetahuan umum. Beliau selalu sahaja bersikap merendah diri, dan tidak gemar mempamerkan kebolehan luar biasa yang beliau miliki itu. Beliau tidak akan membuka keaiban engkau.
Malahan , seorang Mursyid itu tidak akan sekali-kali menghina engkau walau siapapun engkau. Walaupun melalui khasyaf, beliau nampak engkau itu seorang pendosa, pemabuk, penzina, penjudi dan sebagainya.
Beliau berdakwah dengan jiwa penuh kasih sayang. Beliau tetap mendampingi engkau untuk membawa engkau pulang ke jalan yang lurus. Ringkasnya, beliau mendidik dengan cara berhikmah.
Seorang Mursyid tidak akan mencari murid, tetapi muridlah yg mesti bersungguh-sungguh mencari beliau untuk berguru. Dalam ertikata lain, seorang Mursyid tidak akan mempelawa engkau untuk menjadi murid beliau.
Namun begitu , engkau pasti akan diuji secara langsung atau tidak, bagi memastikan kelayakan engkau untuk menjadi murid beliau. Ramai yang gagal semasa diuji. Malah, tidak kurang juga yang berjaya.
Tahniah ! kepada yang berjaya kerana engkau sudah termasuk dlm golongan orang-orang pilihan Allah. Bagi mereka yang gagal, janganlah engkau berputus asa. Berlaku ikhlaslah tatkala ingin berguru dengan seorang Mursyid. Insyaa Allah, jika benar engkau ikhlas, engkau pasti akan dapat berguru dengannya.
Wahai sahabat-sahabatku! Sesungguhnya, untuk mengenali seorang Guru Mursyid itu amatlah sukar sekali kerana beliau ditutupi oleh sifat-sifat kemanusiaan.
* Kadang-kadang, rakan seharian engkau itu seorang Mursyid, tetapi engkau tidak menyedarinya.
* Kadang-kadang, salah seorang daripada ahli keluarga engkau itu adalah seorang Mursyid.
* Kadang-kadang, salah seorang daripada ahli keluarga engkau itu adalah seorang Mursyid.
Namun demikian , orang jauh juga yang engkau kejar untuk berguru, walaupun orang tersebut bukannya bertaraf Mursyid. Kadang-kadang, bapanya seorang Mursyid, tetapi anak-anaknya tidak mahu berguru dengannya kerana pada pandangan mereka, bapanya itu orang biasa-biasa sahaja.
Sebaliknya, orang jauh pula bersungguh-sungguh datang untuk berguru dengan bapa mereka. Ini adalah suatu keajaiban. Lihatlah! Betapa terlindungnya seorang Mursyid itu pada pandangan mata kasar kita. Beliau diibaratkan seperti sebiji berlian yang tersembunyi di dalam longgokan batu yg banyak.
Kaedah yang paling mudah untuk engkau mengesan sama ada seseorang itu bertaraf Guru Mursyid ataupun tidak, ialah dengan melihat kepada cara kematian murid-murid beliau dan keadaan mayat mereka. Sudah pasti kebanyakan daripada murid-murid beliau itu akan mati dalam keadaan husnul khatimah kerana berkat syafaat Mursyid mereka dan pegangan tauhid mereka yang benar.
Engkau akan nampak cahaya kekuningan putih (pamor) pada mayat mereka.
* Kadang-kadang, cahaya putih cerah berseri.
* Ada juga yang mayatnya tersenyum.
* Ada juga mayat yang berbau harum semerbak bauan kasturi.
* Bahkan, ada juga tubuh murid mereka mengeluarkan cahaya seperti lampu yang bersinar cerah tatkala hampir mati dan setelah mati.
* Ada juga yang mayatnya tersenyum.
* Ada juga mayat yang berbau harum semerbak bauan kasturi.
* Bahkan, ada juga tubuh murid mereka mengeluarkan cahaya seperti lampu yang bersinar cerah tatkala hampir mati dan setelah mati.
Ini fakta yang benar dan bukannya fantasi atau cakap-cakap kosong. Keadaan mayat mereka itu lain daripada keadaan mayat kematian bagi orang awam lainnya. Orang awam, mayatnya kelihatan biasa-biasa sahaja.
Inilah sebaik-baik kematian yang dijanjikan oleh Allah Ta'ala untuk golongan orang-orang Mukmin. Kematian yang mendapat keredhaan dan rahmat drp-Nya.
Jarang sekali terdapat murid-murid beliau yang matinya dalam keadaan su'ul khatimah yg mana, kematian ini adalah kematian murid yang derhaka sehingga mereka tidak mendapat syafaat Mursyid.
Kesimpulannya, seorang Mursyid itu identitinya sangat tersembunyi. Amat sukar untuk engkau mengenalinya. Beliau selalu sahaja menyembunyikan kelebihan yang ada pada diri beliau. Oleh sbb itu, cara mudah untuk mengenali beliau ialah dengan melihat kepada kematian murid-murid beliau. Terdapat di sana, tanda jelas Kemursyidan seorang guru.
Tetapi awas, jangan sesekali engkau terpedaya dengan penampilan karomah untuk menentukan Kemursyidan seseorang guru itu. Boleh jadi, ia adalah karomah yang palsu, berupa istidraj ataupun sihir. Oleh sbb itulah , ada pepatah Melayu mengatakan : "Hanya jauhari juga yang mengenal ma'nikam.".
Sesungguhnya, seorang Mursyid itu tidak pernah mencari murid. Oleh hal yang demikian, bertabahlah engkau apabila diuji, tatkala ingin berguru dengannya. Bak kata bidalan orang tua-tua; "Kalau hendak seribu daya, dan kalau tidak hendak seribu dalih."
Di sini ana tambahkan sedikit lagi bagi menyokong penjelasan di atas tadi. Utk memasti n meyakinkan seseorang itu Guru Mursyid, pastikan beliau bersedia menjawab, mengakui , memastikan n mengesahkan empat perkara berikut :
Pertama : Menunjukkan bukti sanad silsilah Guru Mursyid beliau , rantaiannya sampai kpd Rasulullah SAW
Kedua : Beliau bersedia bertanggungjawab n menjamin si Muridnya di Padang Mahsyar
Ketiga : Mampu menyampaikan si Muridnya wushul kpd Allah n Rasul-Nya
Keempat : Mampu melimpahkan Nur Muhammad kpd si Muridnya dgn barakah Rasulullah SAW.
--------------------------------------------------------------
FIRMAN ALLAH TA'ALA;
"Wahai orang-orang beriman, apabila dikatakan kepadamu; "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan; "Berdirilah kamu", maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
[ Al-Quran; Al-Mujaadalah : 11 ]
--------
"Demikian itulah termasuk ayat-ayat Allah, siapa yang Allah menyukainya, maka dia mendapat petunjuk, siapa yang Allah sesatkan, maka engkau (Muhammad) tidak akan mendapatkan untuknya seseorang yang wali yang mendidik ( Guru Mursyid )."
[ Al-Quran; Al-Kahfi : Sebahagian ayat 17 ]
--‐---------------
HADIS NABI MUHAMMAD SAW;
Dari Anas bin Malik ra., Rasulullah saw. bersabda;
طَلَبُ اْلعِلْمْ فَرِثْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
"Menuntut ilmu adalah kewajiban bagi setiap individu muslim."
[ H.R. Ibnu Majah ]
---------
Rasulullah SAW bersabda;
تَعَلَّمُوْاوَعَلِّمُوْاوَتَوَاضَعُوْالِمُعَلِّمِيْكُمْ وَلَيَلَوْا لِمُعَلِّمِيْكُمْ ( رَواهُ الطَّبْرَانِيْ)
Ertinya :
"Belajarlah kamu semua, dan mengajarlah kamu semua, dan hormatilah guru-gurumu, serta berlaku baiklah terhadap orang yang mengajarkanmu."
"Belajarlah kamu semua, dan mengajarlah kamu semua, dan hormatilah guru-gurumu, serta berlaku baiklah terhadap orang yang mengajarkanmu."
[ H.R. Tabrani ]
------------------
HADIS QUDSI;
Allah Ta’ala berfirman;
"Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang kepadanya. Dan apabila hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan suatu amalan yang lebih Aku cintai dari hanya sekadar mengamalkan apa-apa yang telah Ku-wajibkan atasnya, kemudian dia terus menerus mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan amalan-amalan yang nawafil (yang baik-baik), hingga Aku mencintainya.
Maka, apabila dia telah Ku-cintai, adalah Aku pendengarannya, bila dia mendengar; Dan Aku-lah penglihatannya, bila dia melihat; Dan Aku-lah tangannya, bila dia mengambil (melakukan sesuatu); Dan Aku-lah kakinya, bila dia berjalan.
Demi sesungguhnya, jika dia memohon kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan permohonannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku, pastilah Aku lindungi dia."
[ H.R. Bukhori dari Abu Hurairah ra. ]
----------------------------------‐------------------------‐‐--
ALLAHU AKBAR
cc ustaz ismai
cc ustaz ismai
0 comments:
Catat Ulasan