HIDUP
Wahai insan sebagai seorang makhluk yang bernama manusia kita diciptakan oleh Pencipta kita yang SATU. Oleh yang sedemikian kita sepatutnya HIDUP dengan mengikuti jalan yang lurus tanpa dakwa dakwi.
Wahai insan dek kerana HIDUPlah kita dapat melihat, kita dapat mendengar, kita dapat bernafas, kita dapat berkata2, kita berqudrat dapat mengerakkan tangan dan kaki. Tanpa HIDUP kita bukanlah siapa2.
Wahai insan sesungguhnya diri kita ini hanyalah sekadar bayangan gambar diri kita didalam cermin sahaja. Bayangan gambar yang tidak dapat merasakan apa2 walau pun kita menampar muka kita sendiri yang didalam cermin.
Wahai insan oleh yang demikian apalah ertinya jasad kita ini tanpa HIDUP??? Jasad yang tidak berharga walau pun kita ingin menjualkannya tidak ada sesiapa pun yang mahu membelinya. Jasad mati yang langsung tidak dapat bergerak walau pun sedikit. Sebegitulah keadaannya jasad kita itu tanpa HIDUP.
Wahai insan itulah makanya bilamana kita ditimpa dengan sesuatu musibah janganlah kita menyalahkan bagi pihak yang lain. Ingatlah yang bahawasanya siapakah kita dan siapakah dia untuk kita mempersalahkannya. Bolehkah jasad yang mati mempersalahkan yang HIDUP??? Tidak boleh bukan???
Wahai insan itulah makanya siapalah kita untuk menyombongkan diri, menjadi seorang yang kikir, menjadi seorang yang angkuh dan menjadi seorang yang meninggikan diri.
Wahai insan itulah makanya jalanilah HIDUP kita diatas muka bumi ini didalam keadaan yang aman, tenang dan damai. Bilamana keadaan tersebut kita dapatkan makanya itulah yang dikatakan mengikuti jalan yang lurus.
Wahai insan namun bukannya mudah untuk kita memahami sesuatu ilmu itu. Itulah makanya kita perlu mencari dan menemui para guru yang berperilaku sama dengan tutur katanya. Kita perlu mengaji, mempelajari dan menuntut ilmu dengan beliau. Walau bagaimana pun hanya yang bertuah mendapatkan cabutan bertuah. Moga kita akan menjadi salah seorang daripada yang bertuah itu.
Wahai insan semoga dengan kalam ini dapatlah memberikan sedikit Manfaat buat diri saya sendiri dan bagi semua yang membacanya
( Sumber dari FB Hayati Realiti )
0 comments:
Catat Ulasan