HAKIKAT KEDATANGAN IMAM MAHADI





HAKIKAT KEDATANGAN IMAM MAHADI
Dari perspektif etmologi (asal usul) bahasa, perkataan IMAM bermaksud KETUA manakala perkataan Mahdi berasal dari perkataan Hada/Hadi yang bermaksud PETUNJUK. Makanya, perkataan IMAM MAHADI bermaksud KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK.
Dalam perspektif pengertian ILMU HAKIKAT (Spiritual) Kedatangan Imam Mahadi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada lahirnya KESEDARAN DIRI tentang NUR MUHAMMAD.
Nur Muhammad ?
Nur itu maksudnya CAHAYA, manakala MUHAMMAD itu merujuk kepada DIRI YANG TERPUJI. Makanya, maksud Nur Muhammad itu adalah CAHAYA DARI DIRI YANG TERPUJI.
Cahaya dari Diri Yang Terpuji itu adalah ROH atau DIRI BATIN kita sendiri. Roh itu perkataan Arab yang berakar umbi dari perkataan Hebrew (Ibrani) RUACH. Perkataan RUACH ini seerti dengan perkataan Hebrew NAPESH. Dalam bahasa Arab NAPESH disebut Nafs (Nafas).
Makanya, Kedatangan Imam Mahadi itu merujuk kepada bangkitnya KESEDARAN DIRI TENTANG ROH. Roh atau nama panggilan lainnya, Nur Muhammad inilah PETUNJUK (Mahdi) yang dimaksudkan.
Roh itu ada dalam jasad dan di luar jasad kerana Roh itu adalah NUR atau CAHAYA yang MELIPUTI seluruh alam. Roh inilah CAHAYA TERPUJI (Nur Muhammad) yang menghidupkan segala sesuatu. Tanpa CAHAYA, seluruh alam ini akan MATI atau TIDAK WUJUD. Ibarat Matahari yang memberi cahaya, tanpa cahaya matahari, seluruh alam ini akan mati dan tidak wujud kerana seluruh makhluk bergantung kepada cahaya matahari untuk hidup.
Dalam bahasa Latin SOL (Soul) itu maksudnya MATAHARI. Dalam bahasa Sanskrit OM itu maksudnya MATAHARI.
Dalam bahasa Aramaic ( bahasa Mesir Purba) ON itu maksudnya MATAHARI.
Kesemua bahasa purba merujuk Roh itu sebagai MATAHARI dan sebab itu MANU-SIA paling bijak bernama SOL-OM-ON. Arab memanggilnya SULAIMAN.
Kenapa?
Sebab ROH itu adalah penzahiran CAHAYA langit dan bumi. Bila CAHAYA ini difahami dan DIKENALI, makanya DIRI itu akan menjadi MAHA BIJAKSANA
1. Allah cahaya langit dan bumi ( Quran/An-Nur 35)
2. Aku cahaya yang menyinari alam ( Bible/John 8:12)
3. Akulah cahaya seluruh alam ( Torah/Mattityahu 5:14)
Untuk memahami Roh bermakna kita harus memahami Nafas kerana Roh itu menzahirkan DiriNya melalui Nafas. Bila kita belajar ilmu PERNAFASAN yang betul, nantinya jasad akan mula menyerlahkan AURA (sinaran cahaya). Aura ini nantinya akan mengaktifkan SISTEM KELENJAR ( Endocrine System). Sistem Kelenjar yang ada dalam badan inilah yang dimaksudkan TUJUH CAKERA oleh ajaran Yoga. Bila Sistem Kelenjar atau Cakera ini telah diaktifkan, maka seluruh sistem DNA akan mula beroperasi dengan maksima. Tika ini 99% bangsa MANU-SIA hanya mengaktifkan hanya 2% sistem DNA mereka. Walaupun hanya 2% keaktifan, manusia telah banyak melahirkan pelbagai kepandaian dan kehebatan. Bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh setiap Diri MANU-SIA jika mereka boleh mengaktifkan 50% atau 100% sistem DNA mereka ini.
Bila Sistem DNA ini dapat diaktifkan, barulah kita mudah memahami Diri Batin yang bernama Roh itu kerana pemahaman Roh itu tidak dapat difahami oleh sistem OTAK (akal) tetapi ia hanya dapat difahami melalui sistem JANTUNG (hati).
Kenapa ?
Kerana Jantung itulah MATAHARI (NARR) bagi jasad. Jantung inilah yang dikatakan NUR yang menghidupkan seluruh alam jasad. Tanpa jantung, seluruh sistem dan anggota jasad tidak akan berfungsi. Jika jantung itu MATAHARI ( cahaya) maka barulah ia boleh mengenal Roh ( cahaya). Hanya MATAHARI yang boleh Mengenal MATAHARI. Hanya Cahaya mengenal Cahaya !
Kenapa ?
Kerana pada jantung itu ada 5,000 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKROMAGNET dan ada 500 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKTRIK berbanding kekuatan gelombang otak. Sebanyak 2/3 darah BEROKSIGEN (nafas) dipam oleh jantung ke otak bagi membolehkan otak berfungsi. Maksudnya, jantung lebih banyak berkomunikasi dengan otak berbanding dengan anggota jasad yang lain. Maksudnya, tanpa jantung, otak tidak boleh berfungsi. Maksudnya semua KESEDARAN bermula di Jantung kemudian dizahirkan oleh Otak sebagai FIKIRAN.
Sebab itu dalam Sistem Biologi kejadian MANU-SIA, selepas NAFAS (Roh) ditiup masuk, hal kedua yang berlaku adalah pembentukan JANTUNG. Sebab itu Jantung merupakan Rahsia nyata yang tersembunyi. Di dalamnya ada DUA (Hukum Berpasangan/Duality) Lautan yang bertemu (satu pembuluh darah yang membolehkan darah masuk dan keluar dari tempat yang sama).
Gelombang Elektromagnetik dan gelombang Elektrik yang ada pada jantung dan yang ada pada Otak ini bila BERPADU, ianya akan meletuskan suatu FREKUENSI yang jika kita tahu DECODE (mentafsir) kita akan mula KENAL ( Makrifah) kepada DIRI kita sendiri.
Justeru itu, kita perlu belajar untuk sentiasa SEJAHTERAKAN jasad. Perlu sihat ! Untuk sihat kita perlu JAGA MAKANAN, perlu JAGA RIADAH dan perlu JAGA REHAT. Bila ini semua terjaga barulah diri kita dikatakan ISLAM kerana Islam itu bermaksud SELAMAT. Bagaimana engkau bisa mengatakan engkau itu ISLAM ( Selamat) jika badan engkau gemuk dan banyak penyakit? Selamatkah engkau ? Engkau bercakap tentang ISLAM (Selamat) sedangkan engkau sendiri TIDAK ISLAM ! (Tidak Selamat).
Bila jasad kita SELAMAT, maka barulah kita boleh belajar untuk memahami bahasa JANTUNG (bahasa hati). Bahasa jantung inilah yang dikatakan ilmu TELEPATHY yang ada FREKUENSI tersendiri. Inilah Ilmu Rasa tanpa Kata atau KARAMAH yang ada dalam setiap diri MANU-SIA yang jika kita KENAL FrekuensiNya, kita akan KENAL Diri kita sendiri. Bagaimana kita bisa mengenal Diri kita sendiri andai jasad sakit ?
Orang yang sudah KENAL DIRI adalah orang yang tidak lagi berkehendakkan apa apa pun kerana DIRI itu adalah perbendaharaan tersembunyi (Kanzun Mahfiyyan) yang Maha Kaya yang tidak lagi memerlukan apa apa. Selagi engkau masih mahu itu dan ini, itu tanda engkau masih MISKIN dan belum KENAL DIRI. Makanya, AWAS, jangan engkau hanya mudah berkata kata. Setiap kata engkau itu dipertanggungjawapkan ke atas engkau dan engkau bertanggungjawap terhadap Diri engkau sendiri atas apa yang engkau perkatakan.
Ada masanya lebih baik diam dari berkata-kata !
KESIMPULANNYA ...
Kedatangan Imam Mahadi itu bermaksud :
Bangkitnya Kesedaran Diri tentang Roh !
Kebangkitan itu kemudiannya akan membawa KESEDARAN (PURE CONCIOUSNESS ) menyeluruh tentang Hakikat Diri kita yang Maha Hebat ini. Bila sudah tahu kehebatan Diri, engkau akan MERDEKA dan tidak lagi BERTAKLID BUTA dalam AQIDAH dan tidak lagi membuta tuli ikut ajaran orang tanpa usul periksa. Engkau tidak bisa lagi ditindas dan ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Engkaulah Imam Mahadi bagi Diri engkau sendiri !
Bangkitlah wahai Mahadi !
Merdekakanlah Dirimu!
Untuk merdeka, maka engkau perlu .....
Hidup dalam IHSAN dengan KECINTAAN yang IKHLAS !!
IHSAN
CINTA
IKHLAS
J A N T U N G !!
Itulah IMAM MAHADI mu !
J A N T U N G !!
Itulah KETUA PETUNJUKNYA 
( Sumber dari FB Shahibul Karib )

Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan