TvTarekat | Dato Koyah @ Keramat Fakir ( Meninggal 1840 )


Dato Koyah @ Keramat Fakir ( Meninggal 1840 )

Nama sebenarnya ialah Syed Mustapha Idris dan beliau merupakan seorang ahlu’ bait yang berasal dari Malabari, India. Beliau kemudiannya berhijrah ke Pulau Pinang pada awal Kurun ke 18 setelah dihukum buang negeri kerana didapati bersalah mengebumikan satu jenazah yang ditemuinya mati di bunuh di dalam Parit.
Dato Koyah pernah dipenjarakan di Pulau Pinang oleh pihak British selama 7 tahun kerana mempertahankan hak masyarakat Islam. Sepanjang waktu didalam penjara British, beliau sering hilang dari penjara dan solat di masjid-masjid yang berhampiran dan kembali semula ke dalam penjara setelah selesai solat. Kisah ini amat digeruni oleh pihak British. Setelah dibebaskan secara rasmi, Dato Koyah telah menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalan raya yang diusahakan oleh pihak British dan akhirnya British menghargai usaha beliau. Sebagai memberi penghormatan kepada beliau, British telah menamakan jalan tersebut dengan nama Jalan Dato Koyah.
Dikisahkan beliau pernah memberi makan kepada orang ramai yang membuat jalan dengan bubur yang dimasak didalam sebuah periuk kecil. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang mencarik adat berlaku kepadanya yang membuktikan bahawa beliau seorang yang dekat dengan Allah, bahkan bergelar mastur.
Setelah Dato Kayoh meninggal dunia, British telah membina sebuah makam bersaiz 25 kaki panjang dan 25 kaki lebar. Kedudukkan makamnya terletak di tengah tengah bangunan.
Antaranya peristiwa pelik yang berlaku setelah di makamkan Dato Koyah, orang ramai mendengar akan bacaan Quran dan zikir dari kuburnya serta didapati kuburnya makin memanjang. Disitu juga terdapat tempat beliau menghabiskan masa dengan solat, baca Quran dan berzikir sepanjang hayatnya.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1840 dan dimakamkan dibawah pokok tempat beliau tinggal iaitu di Transfer Road, Pulau Pinang.
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin
*Sumber - Sidi Ridhwan Jalaludin
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan