PENJELASAN LAFAZ ZIKIR ( هُوَ )

PENJELASAN LAFAZ ZIKIR ( هُوَ )

Zikir (هُوَ)
Ketahuilah bahawa zikir terbahagi kepada tiga bahagian[1]:
Pertama: Nafi dan Ithbat (نفى وإثبات).
Pada perkataan kamu (لا اله إلا الله), maka padanya penafian yang batil disembah iaitu (لا اله) kemudian diithbatkan dengan yang berhak disembah iaitu perkataan ( إلا الله).
Kedua: Ithbat tanpa Nafi (إثبات بغير نفى ).
Iaitu nama Allah taala (الله), padanya Ithbat sesungguhnya Dialah wajib al-Wujud dan merupakan nama Allah yang paling agung di sisi kebanyakan ulamak. Oleh itu sebahagian daripada mereka berkata,
اسم إذا قرع القلوب تمايلت طربا وتمت بالنفى أسرارها
وإذا ابتدأت بذكره فى حضرة حضر السرور بها وطاب مزارها
Ketiga: Ithbat tanpa dinyatakan Nafi dan Ithbat (إثبات بغير تعرض لنفى ولا إثبات).
Ia merupakan zikir secara Isyari (ذكر الإشارة) dengan namaNya (هُوَ). Oleh kerana sentiasa berzikir al-Jalalah (lafaz الله) menyebabkan hati tersedar (اليقظة), pembaharuan iman dan mengilatkan hati. Nama taala (الله) menyebabkan seseorang itu keluar daripada darjat hati tersedar kepada hadir bersama Allah. Zikir (هُوَ) menyebabkan dia menghilangkan/membuang selain daripada Allah (makhluk) ketika berzikir.
Justeru, hendaklah seorang murid menyucikan hati dan tangannya ketika berzikir supaya jauh daripada kesibukan-kesibukan makhluk, bertawajjuh sepenuh hati kepada yang diingatkan serta menjaga diri daripada riak.
Menurut al-Imam Abdul Halim Mahmud[2], lafaz (هُوَ) merupakan sebahagian daripada nama Allah Taala yang warid secara tulen lagi jelas.
Beribadah dengan lafaz ini dengan menggambarkan (niat) hal keadaan dirinya yang tiada kemampuan dan berada dalam kekuasaan Allah serta keagunganNya. Dia merasa ketakutan kepada Allah sehingga tidak mampu menyebut namaNya dan yang hanya mampu disebut olehnya ialah lafaz (هُوَ) iaitu ganti nama (الضمير) sebagai isyarat dan bukan secara jelas (menyebut nama Allah). Lafaz (هُوَ) seandainya bukan daripada nama-nama Allah tetapi ianya pada fikiran ‘Abid dan pada lubuk hatinya, ia ditujukan dan dimaksudkan adalah Allah SWT. Hal ini berlaku disebabkan ketakutan (الخشية) yang menyelubungi seseorang ‘Abid pada suatu tempoh waktu di mana dia tidak mampu untuk menyebut nama Allah secara jelas (الصريح). Sesungguhnya ini adalah sebahagian daripada asas perasaan (iaitu perasaan takut) dalam agama, maka tidak sepatutnya kita mengharamkannya.
Berkata Imam al-Qusyairi dalam tafsirnya[3]:
ويقال: كاشف الأسرار بقوله: (هو). وكاشف الأرواح بقوله: (الله) وكاشف القلوب بقوله: (أحد) وكاشف نفوس المؤمنين بباقى السورة.
ويقال: كاشف الوالهين بقوله: (هو)، والمحدين بقوله: (الله)، والعارفين بقوله: (أحد)، والعلماء بقوله: (الصمد)، والعقلاء بقوله: (لم يلد ولم يولد) … إلى آخره.
ويقال: خاطب الذين هم خاص الخواص بقوله: (هو) فاستقلوا، ثم زاد لمن نزل عنهم فقال: (الله) ثم زاد فى البيان لمن نزل عنهم. فقال: (أحد) ثم لمن نزل عنهم فقال: (الصمد).
Yang bermaksud: Dikatakan: Penyingkap Asrar dengan firmanNya: (هو). Penyingkap Ruh dengan firmanNya: (الله). Penyingkap Hati dengan firmanNya: (أحد). Dan Penyingkap diri orang mukmin ialah ayat selebihnya daripada surah ( الأخلاص ).
Penyingkap bagi orang yang tersangat kasih (pada Allah) adalah dengan firmanNya: (هو), bagi orang yang mengesakan Allah ialah dengan firmanNya:(الله), bagi ‘ariffin dengan firmanNya:(أحد), bagi ulamak dengan firmanNya: (الصمد), dan bagi ‘uqala’ ialah dengan ayat selebihnya daripada surah ( الأخلاص ).
Dikatakan: Bagi orang khawwas al-Khawwas, mereka menyebut dengan firmanNya: (هو), memadailah bagi mereka. Sekiranya kurang sedikit kedudukannya maka ditambah (الله), sekiranya kurang sedikit kedudukannya dari yang tadi maka ditambah perkataannya (أحد), kemudian kurang lagi maka ditambah perkataannya (الصمد).
Menurut beliau lagi dalam kitab al-Tahbir fi ‘Ilmi al-Tazkir[4],
Maka ketahuilah, bahawa kata nama ini bermaksud Isyarat dan (هُوَ) di sisi golongan ahli tareqat bermaksud penamat haqiqat, manakala lafaz (هُوَ) kepada ahli zahir berhajat kepada sifat selepasnya supaya ia menjadi satu perkataan yang sempurna. Ini kerana sekiranya kamu berkata ‘dia’ (هُوَ) kemudian kamu diam maka ia tidak menjadi satu perkataan yang lengkap sehinggalah kamu selepas itu perkataan berdiri atau duduk atau hidup dan seumpamanya. Tetapi bagi ahli tareqat sekiranya mereka berkata (هُوَ) maka tidak didahulukan dalam hati mereka selain daripada mengingati Allah Azza wa Jalla…
Di dalam kitab Nawadhir al-Usul menyebut[5],
ثم قال: (هو) فهو اسم لا صفة له، ومن الهوية خرجت الصفات، وإلى هو إشارة القلب إلى المعروف الموصوف.
ألا ترى إلى قوله: هو، ثم قال: (اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ) (الحشر: 22) ثم قال: (هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ) ثم قال: هو، ثم قال: (الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ) ثم قال: هو، ثم قال: (الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ) (الحشر: 23) فهو أصل الأسماء، وإليه يشير القلب، لأنه الباطن الذى لا يدرى كيف،
Yang bermaksud, Kemudian disebut (هُوَ): Maka (هُوَ) adalah nama bukannya sifat bagiNya. Daripada (هُوَ) inilah terbit sifat-sifat dan melalui (هُوَ) hati diisyarat kepada yang dikenali yang disifatkan (Allah).
Tidakkah kamu lihat pada firmanNya: (هُوَ) kemudian diikuti
(اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ)
Kemudian,
(هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ)
Kemudian firmanNya: (هُوَ) diikuti
(الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ)
Kemudian firmanNya: (هُوَ) diikuti
(الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ)
Maka (هُوَ) asal segala nama, melaluinya hati diisyaratkan. Ini kerana Dia (Allah) adalah batin yang tidak diketahui bagaimana (haqiqatNya).
Dr. Ibrahim Taufiq Abu Bakar al-Dib[6], di dalam kitabnya Ittihaf al-Jinan fi Tafsir Ummi al-Quran[7] menyatakan, antara khususiyyat lafaz ( الله ),
(جـ) وأنه لو حذفت الهمزة من أوّله صار اللفظ هكذا (لله) ومنه قوله تعالى (لِلَّهِ مَا فِى السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ) الآية، ولو حذفت الهمزة واللام الأولى صار اللفظ هكذا (له) ومنه قوله تعالى (لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ)، ولو حذفت الهمزة واللام الأولى والثانية صار اللفظ هكذا (ه) ومنه قوله تعالى (هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ)، والواو فى (هو) زائدة بدليل عدم ذكرها فى حالتى التثنية والجمع والحلول غيرها محلها كقولك: هما، هم، هن.
Yang bermaksud, Sesungguhnya, andai kamu buang huruf hamzah di awalnya maka jadilah seperti lafaz ini (لله), ini sebagaimana firman Allah,
(لِلَّهِ مَا فِى السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ)
seterusnya andai kamu buang huruf hamzah dan huruf lam yang pertama maka jadilah seperti lafaz ini (له), ini sebagaimana firman Allah ,
(لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ)
dan seterusnya andai kamu buang huruf hamzah dan huruf lam yang pertama serta yang kedua maka jadilah seperti lafaz ini (هُ), ini sebagaimana firman Allah,
(هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ)
Huruf (و) pada (هو) adalah tambahan sebagai tanda membezakan sebutan pada hal tathniah dan jamak atau pada tempat-tempat yang boleh diisi padanya seperti kamu berkata: هما، هم، هن.
Imam al-Nabulsiy berkata[8]:
Ketahuilah, sesunguhnya kalimah (هُوَ) menunjukkan al-Wujud (الوجود) iaitu Allah. Kalaulah bukan kerana orang yang menyebut diberikan sebahagian untuk wujud yang bukan wujud mutlaq, nescaya dia tidak mampu menyebut dengan lafaz yang menunjukkan al-wujud (Allah) maka itu hanyalah sekadar pengkhabaran sahaja. Seandai dia menyebutnya secara seiringan (اضطراراَ) seperti bergeraknya bayang-bayang bila mana bergeraknya batang tubuh, maka akan hilang yang tersurat, seperti yang dinakalkan daripada Abu al-Hasan al-Nawawi, tatkala satu hari di rumahnya, beliau menyebut (هُوهُوَ) lalu masuk kepadanya al-Junaid r.a lalu beliau berkata: Sekiranya engkau menyebutnya dengan merasa engkau yang menyebutnya maka engkau bersama diri engkau sahaja, tetapi sekiranya engkau menyebutnya dengan tuhan engkau (iaitu bukan daya dan kekuatan engkau tetapi semuanya dengan anugerah daya dan kekuatan Allah) maka bukanlah engkau yang berkata.
PENGITHBATAN ALLAH PADA LAFAZ (هُوَ).
Allah mengkhabarkan kepada kita sifat-sifatNya dengan makna Qadim yang ada pada zatNya dengan bahasa Arab melalui kalamNya yang Qadim (al-Quran) serta disampaikan melalui lisan RasulNya SAW. Sesungguhnya semua lafaz bahasa Arab yang diterjemahkan kepada kita tentang sifat Allah, nisbah kepada Allah, adalah hakikat ma’ani (المعانى) dan bukannya majazat (مجازات). Manakala kefahaman kita tentang Allah daripada lafaz-lafaz bahasa Arab tadi adalah majaz (مجاز) iaitu kata pinjaman dalam bahasa Arab yang kita sama sekali tidak memahami hakikat sebenarnya sifat-sifat Allah tersebut.
Sebagai contoh, lafaz berkuasa (القدرة), makna hakikinya dalam bahasa Arab yang diturunkanNya pada al-Quran adalah apa yang Allah sifatkan sendiri tentang diriNya. Manakala berkuasa (القدرة) yang diciptakan pada kita adalah makhluk yang baharu (الحديث) dalam sesetengah keadaan, maka kita memahami makna berkuasa (القدرة) pada Allah sekadar makna majazi (مجازى) dengan lafaz bahasa Arab[9].
Justeru dari segi ma’ani (المعانى) sifat yang disifatkan oleh Allah pada diriNya adalah hakikat melalui kalamNya yang diturunkan kepada RasulNya saw. Adapun dijadikan kita dengan sifat yang seumpama itu adalah majaz (مجاز) dan bukannya hakikat (الحقيقة). Kemudian Allah memberi pengetahuan kepada kita makna majazi tentang sifat yang dijadikan kepada kita dan tidak memberi makna hakiki lafaz-lafaz bahasa Arab yang menyifatkan diriNya kerana ketidak mampuan kita memahaminya. Allah berfirman,
وَاللهُ يَعْـلَمُ وَأَنْـتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Yang bermaksud, Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya [10]
Oleh itu lafaz (هُوَ) itu diisyaratkan kepada Allah SWT, bermaksud dan menyerahkan hakikat Dia sebagaimana Dia (mensifatkan diriNya) (فالله هوهو).
[1] Al-Syeikh Hasan Muhammad Said al-Shinawi, Kertas Kerja “Zikir Dalam Tarekat Tasawuf: Antara Sunnah dan Bid‘ah”, Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tarekat Tasawuf, 17hb-19hb Ogos 2002, di Hotel Hilton Seremban, anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
[2] Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud, Dar al-Ma‘arif, Fi al-Zikr bi Lafz ‘Ah’ wa bi Lafz ‘Hu’, Jld 1, hlmn 331.
[3] Tafsir al-Qusyairi, Imam Abdul Karim bin Hawazin bin Abdul Malik, Surah al-Ikhlas, al-Maktabah al-Taufiqiah, jld 5-6, hlmn 320.
[4] Dinamakan juga, Syarh Asma’ Allah al-Husna, li Imam al-Tasauwuf Abi al-Qasim Abdul Karim al-Qusyairi, Fi Ma’ani (هُوَ), Dar Aazali, 1986, halaman 71.
[5] Nawadhir al-Usul Min Ahadith al-Rasul, al-Hakim al-Timizi, al-Aslu al-Sabi‘ wa al-Sittun wa al-Mi’atain, Maktabah al-Imam al-Bukhari, 2008, halaman 1134.
[6] Seorang pensyarah Tafsir dan Ulum al-Quran, Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar cawangan al-Mansurah.
[7] Cetakan 1981, hlmn 27.
[8] Haqaiq al-Islam wa Asraruhu, Al-Imam al-Muhaqqiq Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy, Dar al-Turath al-Arabiy, bab Hal al-Taubah bi Hasbi al-Haqiqah, hlmn 69
[9] Haqaiq al-Islam wa Asraruhu, Al-Imam al- Muhaqqiq Abdul Ghani bin Ismail al-Nabulsiy, Dar al-Turath al-Arabiy, bab al-Haqiqah wa al-Majaz fi Alfaz al-Sifat, hlmn 93.
[10] (Al-Baqarah 216 )
# Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Oleh: Syaiful Nizam Bin Md Jan,
Penolong Mufti Bahagian Tariqat Tasauwuf / Pendaftar Tariqat Negeri Sembilan
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan