Di mana Rasulullah di hati kita?
Mengapa semua ini melibatkan soal hati? Kerana yang paling berkuasa dalam diri manusia ialah hati. Hati umpama raja yang paling berkuasa dalam diri manusia. Pancaindera dan segala anggota badan bagaikan rakyat yang tunduk dan patuh kepada perintah hati.Hati adalah tempat cinta bertakhta. Cinta itu yang mengawal hati. Jika seseorang mencintai sesuatu, seluruh tenaga, upaya dan fokus dalam hidupnya akan ditumpukan kepada apa-apa yang dicintai.
Oleh kerana itu kita perlu berhati-hati apabila mencintai dan dicintai. Kita perlu berhati-hati memilih “siapa” dan “apa” yang hendak kita cintai.
Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya “Seseorang akan menjadi hamba kepada apa-apa yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari)
Syukur jika hati mencintai Allah, kita akan menjadi hamba kepada Allah dan seluruh hidup kita akan terfokus kepada iman dan Islam. Syukur jika hati mencintai Rasulullah, kita akan mencontohi teladan nya yang baik.
Alangkah ruginya jika di hati kita bertakhta kejahatan dan kemungkaran kerana kita akan menjadi hamba kepada kejahatan dan kemungkaran itu.
0 comments:
Catat Ulasan