NUR MUHAMMAD S.A.W. NURUL MUBIN


               
                    NUR MUHAMMAD S.A.W. NURUL MUBIN
                              
                             

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan Kitab yang nyata"
Rasulullah s.a.w ialah cahaya dari Allah s.w.t., adalah sesuatu yang seseorang beriman boleh perkatakan kerana Al-Quran menjelaskannya pada ayat:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nur dari Allah, dan Kitab yang nyata"
Di mana, perkataan Nur pada ayat di atas telah dijelaskan pada beberapa ahli tafsir Al-Quran seperti berikut:
Jalal al-Din al-Suyuti (Tafsir al-Jalalayn, 139): "Ia adalah Rasullullah s.a.w" Ibn Jarir al-Tabari(Jami al-bayan, 6.161): " Dengan cahaya, Dia memaksudkan Rasullullah s.a.w, melaluinya Allah s.w.t telah menyinari kebenaran, menampakkan Islam, dan memusnahkan penyembahan berhala; memandangkan baginda adalah suatu cahaya bagi sesiapa yang mencari penjelasan daripada baginda, akan nampak jelas kebenaran tersebut."
Fakhr al-Razi(al-Tafsir al-kabir, 11:194): "Terdapat beberapa pendirian berkenaan ayat ini, yang pertama ialah Nur ialah Muhammad, dan kitab yang nyata itu adalah Al-Quran"
al-Baghawi (Maalam al-Tanzil, 2.228): " Ia bermaksud Muhammad s.a.w atau mengikut pendirian yang lebih lemah, Islam " dan Qurtubi (Ahkam al-Quran , 6.118) berpendapat seperti di atas dan Mawardi (al-Nukat wa al-uyun, 2.22) menyebut bahawa tafsiran Nur sebagai "Muhammad" begitu juga pendirian Imam bahasa Arab Ibrahim ibn Muhammad, al-Zajjaj (m. 311H). Qadi `Iyad berkata: " Dia (Muhammad s.a.w) dinamakan cahaya kerana ketelusan kedudukan baginda dan kerana kenabiannya telah dizahirkan, dan juga kerana baginda telah menerangi hati-hati mereka yang beriman dan yang mereka yang mengetahui Allah s.w.t. dengan apa yang baginda bawa."
al-Qari berkata dalam Sharh al-shifa' (1:505, edisi Mecca): " Ia telah dikatakan bahawa Cahaya dan Kitab adalah kedua-duanya dimaksudkan kepada Muhammad s.a.w kerana baginda bukan saja suatu cahaya yang amat sangat dan juga adalah sumber semua cahaya, malah baginda juga adalah sebuah kitab yang mengumpulkan dan yang menjelaskan semua rahsia.
Beliau juga mengatakan (1:114, edisi Madina): "Dan apakah sangkalan yang ada untuk menolak kedua-dua perkara terhadap baginda, memandangkan baginda adalah suatu cahaya yang amat sangat, berdasarkan kesempurnaan rupa baginda berbanding semua cahaya yang lain, dan beginda adalah satu kitab yang zahir memandangkan baginda adalah kumpulan rahsia-rahsia secara keseluruhannya dan baginda mendapat bukti semua undang-undang, semua keadaan dan semua pilihan."
Semua menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w. adalah cahaya dari Allah, mengikut Al-Quran. Ini adalah pendirian para ahli tafsir yang awal khasnya, sementara yang menunjukkan bahawa Nur sebagai "Islam" ialah satu tafsiran yang datang kemudian ataupun yang lemah.
Penjelasan terhadap Rasullullah s.a.w sebagai yang pertama dijadikan, antara ulama Islam yang mengumpul usaha berkenaan keperibadian baginda ialah ulama' hadith (hafiz hadith) Jalal al-Din al-Suyuti dalam dua jilid al-Khasais al-kubra, pada bab pertama , hadith pertama beliau telah dilaporkan oleh Ibn Abi Hatim dalam Tafsir [tafsir Al-Quran] , dan oleh Abu Nuaym dalam Dalail al-nabuwwa , dengan beberapa rantaian perawian daripada Qatada yang melaporkannya daripada Hasan al-Basri, daripada Abu Huraira r.a, berhubung dengan ayat Al-Quran
"Ketika Kami mengambil dari Nabi-nabi : perjanjian setia mereka, dan dari engkau sendiri (wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh, dan Nabi Ibrahim, dan Nabi Musa, serta Nabi Isa ibni Maryam; dan Kami telah mengambil dari mereka: perjanjian setia yang teguh ;" (Surah 33:7) Bahawa Rasullullah s.a.w. berkata, "Aku adalah yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan." (al-Khasais al-kubra, ms. 3).
Perbezaan temporal(masa) adalah relatif dan ini adalah jelas jika dilihat pada hadith berikut:
Sahih Bukhari : Jld. 4, Bk. 55, # 621:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasullullah s.a.w berkata, "Adam dan Musa bertelagah diantara satu dengan yang lain. " Engkau adalah Adam yang atas kesilapanmu mengeluarkan kamu dari Syurga." Adam berkata kepada nya, "Engkau adalah Musa yang Allah telah pilih sebagai PesuruhNya dan seorang yang Dia berfirman terus; akan tetapi engkau menyalahi aku bagi perkara yang telah tertulis di dalam ketetapan terhadapku sebelum kejadian ku?" Rasullullah s.a.w berkata dua kali, " Maka, Adam menguasai Musa."
Penjelasan bagi Ayat 26:217-219
"Wa tawakkal `ala al-`azizi-r-rahim al-ladhi yaraka hina taqum wa taqallubaka fi-s-sajidin" (al-Shu`araa 26:217-219)
"Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, Yang melihatmu semasa engkau berdiri, Dan gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud. "
Terjemaham secara zahir ayat ini ialah Tuhan melihat Rasullullah s.a.w berada dalam beberapa pergerakan sembahyang semasa baginda sembahyang berjemaah;
Ibn `Abbas ibn `Abd al-Muttalib r.a. dan beberapa jumlah ulasan selepas beliau melihat ayat ini sebagai merujuk kepada Rasulullah s.a.w 'turun' menerusi keturunan baginda yang semua mereka tekun beribadat dan dari kalangan para ambia'.(lihat Qadi `Iyad di bawah)
Firman Allah s.w.t:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah 24:35)
Suyuti berkata dalam al-Riyad al-aniqa: Ibn Jubayr dan Ka`b al-Ahbar berkata: "Apa yang dimaksudkan bagi cahaya yang kedua itu ialah Rasullullah s.a.w kerana baginda adalah PesuruhNya dan Pendedah dan Penyampai dari Allah s.w.t terhadap apa yang menerangi dan terdzahir." Ka`b berkata: " Minyaknya bersinar akan berkilauan kerana Rasullullah s.a.w bersinar akan diketahui kepada orang ramai walaupun jika baginda tidak mengakui bahawa baginda adalah seorang nabi, sama seperti minyak itu bersinar berkilauan walaupun tanpa dinyalakan.
Tafsir untuk ayat ini daripada kitab-kitab tafsir seperti Ibn Juzayy (at-Tashil fi 'ulum al-Qur'an); Jalalayn (Tafsir al-Jalalayn ); As-Sawi: (Hashiya); Ibn Kathir (Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir); Al-Qurtubi (Jam' li-Ahkam al-Qur'an ); dan Al-Burusawi (Tafsir Ruh al-Bayan)
Firman Allah s.w.t:
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi, dan pembawa berita gembira serta pemberi amaran. Dan juga sebagai penyeru kepada Agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.(Surah 33:45-46) Qadi al-Baydawi berkata dalam tafsir beliau: "Ia adalah matahari kerana firmanNya: Dan Kami jadikan matahari sebagai lampu; atau ia mungkin bermaksud lampu."
Ibn Kathir menyatakan dalam tafsir beliau: "FirmanNya: dan sebagai lampu yang menerangi ia itu: kedudukan kamu nampak dalam kebenaran yang kamu telah bawa, sama seperti matahari itu menampakkan dalam terbitnya dan sinarannya, yang tidak siapa menolak melainkan ......"
Raghib al-Asfahani dalam al-Mufradat (1:147) berkata: " Perkataan (lampu) digunakan untuk semua yang menyinari."
al-Zarqani dalam Sharh al-mawahib (3:171) berkata: "Baginda dinamakan lampu kerana daripada satu lampu mengambilnya banyak lampu, dan cahayanya tidak berkurangan langsung."
ASAS DARI HADITH
Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa 'Nur'nya 'turun' menerusi keturunan beliau dalam 3 hadith berikut:
Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka.
Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757
Aku telah dimasukkan ke dalam tanah pada Adam dan adalah yang dijanjikan kepada ayahandaku Ibrahim dan khabaran gembira kepada Isa ibn Maryam
beberapa rantai dalam Ahmad 4:127-128,
Bayhaqi dalam Shu'ab #1385 dan,
dalam Dala'il al-nubuwwa 1:83, 2:130
dan Hakim.
Bila Tuhan menjadikan Adam, Dia menurunkan aku dalam dirinya(Adam). Dia meletakkan aku dalam Nuh semasa di dalam bahtera dan mencampakkan aku ke dalam api dalam diri Ibrahim. Kemudian meletakkan aku dalam diri yang mulia-mulia dan memasukkan aku ke dalam rahim yang suci sehingga Dia mengeluarkan aku dari kedua ibu-bapa ku. Tiada pun dari mereka yang terkeluar.
Ibn Abi `Umar al-`Adani meriwayatkan dalam 'Musnad' dan,
al-Tilimsani Jabir ibn `Abd Allah berkata kepada Rasullullah s.a.w: "Wahai Rasullullah, biarkan kedua ibubapa ku dikorban untuk mengkhabarkan perkara yang pertama Allah jadikan sebelum semua benda." Baginda berkata: "Wahai Jabir, perkara yang pertama yang Allah jadikan ialah cahaya Rasulmu daripada cahayaNya, dan cahaya itu tetap seperti itu di dalam KekuasaanNya selama KehendakNya, dan tiada apa, pada masa itu, dan ........."
`Abd al-Hayy al-Lucknawi menyebutnya dalam al-Athar al-marfu`a fi al-akhbar al-mawdu`a (ms. 33-34 , edisi Lahore dan berkata: "Keawalan (awwaliyya) cahaya Muhammadan (al-nur al-muhammadi) telah perkukuhkan melalui perawian `Abd al-Razzaq, sebagai tetap mendahului semua kejadian."
`Ajluni (Isma`il ibn Muhammad) dalam Kashf al-khafa' (1:265 Maktabat al-Ghazali edisi Beirut) meriwayatkan keseluruhan hadith ini daripada Qastallani iaitu penulisan beliau Mawahib .
Mengikut Qastallani dalam al-Mawahib al-laduniyya (1:55)
`Abd al-Razzaq (d. 211) meriwayatkannya dalam Musannafnya dan Zarqani dalam Sharh al-mawahib beliau (1:56 Matba`a al-`amira edisi Cairo) menjelaskan tiada kesangsian berhubung dengan kewibawaan `Abd al-Razzaq sebagai perawi. Bukhari mengambil 120 perawian daripada beliau dan Muslim 400.
`Abd al-Haqq al-Dihlawi menyebut hadith di atas sebagai bukti dalam Madarij al-nubuwwa (dalam bahasa Parsi 2:2 Maktaba al-nuriyya edisi Sakhore) dan mengatakan ia sahih.
`Abidin (Ahmad al-Shami), menyebut hadith berkenaan sebagai komentari terhadap puisi Ibn Hajar al-Haytami al-Ni`mat al-kubra `ala al-`alamin.
Nabahani menyebut dalam Jawahir al-bihar (3:354).
Alusi (al-Sayyid Mahmud) dalam tafsir Al-Qur'an bertajuk Ruh al-ma`ani (17:105 edisi Beirut ) juga menyentuh berkenaan hadith ini yang dikaitkan dengan hadith yang lain, jiga lihat al-Qasim #261.)
Sayuti mencatitkan sembilan hadith yang lain yang menunjukkan bahawa Rasullullah s.a.w adalah yang pertama dijadikan , antara nya dilaporkan oleh Bukhari dalam Tarikh , dan juga oleh Ahmad, Tabarani, Hakim, dan Bayhaqi, bahawa Maysara al-Fajr r.a. berkata, " Aku bertanya, " Ya Rasullullah, bilakah engkau seorang nabi?, dan baginda berkata, "Sementara Adam diantara roh dan jasad."(al-Khasa’is al-kubra, ms. 3-4).
Ali ibn al-Husayn daripada bapanya daripada datuknya berkata bahawa Rasullullah s.a.w berkata: "Aku adalah cahaya dihadapan Tuhanku selama empat belas ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s.
Imam Ahmad dalam Fada'il al-sahaba (2:663 #1130),
Dhahabi dalam Mizan al-i`tidal (1:235), dan
al-Tabari dalam al-Riyad al-nadira (2:164, 3:154).
Sebalik itu pula terdapat satu hadith dalam Tirmidhi yang menyatakan bahawa kesemua para nabi dijadikan daripada Nur dari Allah dan Muhammad s.a.w adalah yang pertama daripada mereka, dengan rantaian yang munasabah, tetapi tidak pula disebut oleh Suyuti. Ini adalah agak menghairankan yang Sayuti boleh tertinggal hadith yang berkenaan memandangkan bahawa beliau adalah seorang hafiz dalam hadith dan kitab beliau al-Khasais al-kubra mengkhusus kepada hadith yang sedemikian rupa. Pun bagitu memadailah ulasan di atas dan Al-Quran berkenaan Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah.
ASAS DARI SAHABAT r.a., TABI'EN DAN TABI'ET TABI'EN
Qadi `Iyad menyatakan, selepas merujuk kepada 3 hadith yang pertama di atas:
" Inilah apa yang dimaksudkan oleh al-`Abbas ibn `Abd al-Muttalib apabila beliau berkata:
.......Sebelum engkau datang ke dunia ini engkau lah yang tebaik di sebalik bayang bayangan dan di dalam diri semasa mereka menutup diri mereka dengan daun-daun Kemudian engkau turun melalui masa Semasa engkau dilahirkan, dunia menyinar dan ufuk dicahayai oleh cahaya mu. Kami berjalan ini dalam sinaran itu dan dalam cahaya dan laluan petunjuk yang benar "
Ali al-Qari dalam 'Sharh al-Shifa'(1:364) mengatakan ia diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Shafi`i dan Tabarani, dan
juga disebut oleh Ibn `Abd al-Barr dalam 'al-Isti`ab' dan,
Ibn al-Qayyim dalam 'Huda Nabiyy Allah (s.a.w)'.
Ibn `Abbas berkata ruh Nabi Muhammad s.a.w adalah cahaya dihadapan Allah dua ribu tahun sebelum Dia menjadikan Adam a.s. Bahawa Nur itu memuji Dia dan para malaikat memuji dengan puji-pujian yang Nur itu memuji. Apabila Allah menjadikan Adam, Dia meletakkan Nur itu ke dalam Adam a.s.
Ibn `Abbas menjelaskan taqallubak -- "terjemahan engkau" -- dalam surah (26:218-219) di atas, sebagai " engkau turun melalui diri keturunan engkau."
al-Shifa oleh Qadi `Iyad.
Lain-lain rujukan sila lihat berhubung dengan tafsiran ayat terutamanya perkataan 'taqallubaka' dan 'sajidin' serta 'Lam azal unqal...' pada hadith ke 3 diatas daripada:
Suyuti dalam 'Masaalik al-Hunafa' fi waalidayy al-Mustafa ',
Fakhr al-Din Razi dalam 'Asrar al-Tanzil'(ms 39-40.),
Imam Shahrastani dalam 'al-milal wal-niHal'(ms 64),
Imam Abul Hasan al-Mawardi dalam 'A`lam al-nubuwwa' (ms 67-68) dan, Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan'
Allama Shabbir Ahmad Uthmani, Tafsir Uthmani, terj. Muhammad Ashfaq Ahmad (Bombay: Taj Publishers, 1992) Jld. 2, ms. 1657.
Abu Ja`far al-Nahhas dalam 'Ma`aani al-Qur'aan' menyentuh penjelasan Ibn `Abbas dan menambah:
"Betapa baik penjelasan Shams al-Din ibn Nasir al-Din al-Dimashqi apabila beliau berkata:
"Ahmad maju sebagai satu cahaya yang besar yang menyinari pada dahi-dahi mereka yang sujud. Baginda silih berganti di dalam mereka abad ke abad sehingga baginda menjelma sebagai terbaik dari para utusan."
Sebagai satu pendirian bahawa Rasullullah s.a.w adalah bashar atau manusia, tiada kesangsian disini, kerana ia adalah Al-Quran dan Aqidah. Pun bagitu Al-Quran tidak cuma menjelaskan bahawa baginda adalah cuma seorang manusia, padahal lebih dari itu. Sebagai al-Busayri nukilkan dalam Qasida al-Burda :
Muhammad adalah seorang manusia, tetapi tidak seperti kemanusiaan Baginda adalah permata, sementara manusia adalah batu.
Walaupun Rasullullah s.a.w adalah cahaya dari Allah s.w.t, baginda adalah cahaya yang dijadikan. Baginda tidak harus disamakan dengan bagaimana Kristian melihat 'Jesus' atau Hindu dengan Avatar mereka. Mungkin itulah antara sebab Allah mengantikannya dengan Islam yang tulin kembali.
Penambahan seperti Nur Allah tidak seharusnya difahamkan sebagai sifat kepada Allah akan tetapi ia adalah satu contoh idafa tashrif seperti Baitullah bagi Kaabah di Mekah. Ia adalah satu sandaran pengiktirafan kemuliaan terhadap sesuatu itu DARI Allah dan bukan TERHADAP Allah. Pendirian ini adalah tidak keterlaluan dan tidak pula bertentangan kerana istilah seperti ini juga digunakan dalam Al-Quran, yang antara lainnya ialah seperti unta betina kaum Thamud yang dikenali dalam Al-Quran sebagai Naqat Allah. Nur Allah tidak seharusnya dilihat seperti Baitullah itu sebagai tempat tinggal Allah ataupun Naqat Allah adalah unta betina tunggangan Allah, nauzubillah.
Sebaliknya jika ada golongan yang cuba membolak-balikkan kedudukan ini, maka pendirian mereka adalah keterlaluan dan jelas dari segi pemahaman, kematangan, tujuan dan motif.
RUMUSAN
Ketara pada penjelasan di atas, ulama-ulama tafsir dan hadith(hafiz) pada genarasi sahabat, tabien, tabiet-tabien atau lebih dikenali sebagai Salaf as-salihin dan kemudiannya generasi Khalaf as-sadiqin, telah masak dengan "Awaluddin Makrifatullah' masing-masing sebelum diiktiraf sebagai ulama' dalam bidang-bidang tersendiri. Justeru mempunyai asas yang kukuh untuk mempersoalkan aspek-aspek tasawwuf.
Agak menghairankan ada golongan yang boleh mempersoalkan perkara ini tanpa mempunyai asas langsung dalam bidang tasawwuf tetapi sebaliknya cuma mempunyai asas fekah sahaja. Adakah cuma untuk memperkatakan kepada AWAM apa yang mereka tidak tahu itu adalah suatu perkara yang tiada ataupun salah disisi Islam? Adakah ini usul? Adakah mereka itu ISLAM? Atau cuma satu golongan muslim yang sama-sama meraba-raba mencari ISLAM seperti orang lain juga? Islam dan muslim adalah dua perkara yang berbeza.
'Abdullah b. al-Mubarak (m. 181 H), salah seorang daripada guru-guru Imam al-Bukhari yang masyhur berkata, "Isnad adalah sebahagian daripada Agama, jika tidak kerana isnad, sesiapa saja yang berkehendak boleh perkata apa saja yang mereka suka." (diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Pengenalan kepada Sahih beliau). Ibn Sirin (m. 110H),
seorang Tabi'en, berkata, "Mereka tidak akan bertanya berkenaan isnad. Apabila fitnah timbul, mereka berkata, "Namakan orang kamu." (Perlunya isnad ialah) Supaya perawian Ahl al-Sunnah diterima sementara mereka dari Ahl al-Bid'ah tidak diterima." Justeru penolakkan sesuatu aspek dalam Islam hendaklah daripada Al-Quran dan hadith, disamping mempunyai rujukan-rujukan yang kukuh mengenainya. (Sahih Muslim, 1:15. Lihat Suhaib Hasan,
Kritikan berkenaan hadith di antara muslim dengan merujuk kepada Sunan Ibn Majah [Ta Ha Publishers / Al-Quran Society, London, 1407/1986], ms. 15-17)
Sebaliknya, tuduhan-tuduhan berhubung dengan Nur dan Hakikat Muhammad berkitar pada isu neo-platonism, pathernism dan sepertinya. Tiada rujukan dari nas dan al-hadith yang dikemukakan terhadapnya atau sebaliknya. Penolakkan satu sanad tidak bermakna sanad yang lain juga mansuh. Rata-rata rujukan terhadap neo-platonism dan pathernism cuma bersumber kepada seorang muslim yang lain yang berpendapat sama dan tidak lebih dari itu. Adakah ini rujukan? Paling dekat setakat yang hamba pernah jumpa adalah rujukan kepada "Encyclopedia of Islam" ed.2; pun begitu adakah ini rujukan, jika edisi pertamanya pernah diharamkan kerana ia mempunyai gambar "Mohammad the Prophet", yang segak dengan pedang dipinggang.
Ada baiknya, sangkalan terhadap tajuk perbincangan di rujuk kepada penulisan Plato atau Aristotal yang authentik dari mengikut " sesiapa saja yang berkehendak memperkata apa saja yang mereka suka." Sekurang-kurang nya kita yang meraba-raba mencari kebenaran tahu kedudukan yang sebenar dan arah sangkalan atau arah rujukan dan arah keugamaan yang di anut oleh sesuatu pihak itu. Atau mungkin kita boleh bersetuju dengan pihak berkenaan bukan kerana mereka adalah benar tetapi di atas asas As-Shafie pernah berkata, "Apa yang luaran, yang bertentangan dengan Islam adalah kufar dan yang bersamaan dengan Islam adalah kufar."
Pun bagitu, penolakkan ini masih bukan sesuatu yang berasaskan Al-Quran dan hadith. Adakah ia harus diterima walaupun sebaliknya ada mempunyai asas Al-Quran dan hadith? Sebaiknya untuk menidakkan kedudukan yang dibentangkan di atas ialah:
1. Menunjukkan kesilapan pada rujukan-rujukan di atas.
2. Menampakkan kelemahan pada rujukan-rujukan di atas.
3. Membuktikan tafsir ayat dan sanad hadith di atas adalah
lemah.
4. Memberi tafsir lebih kukuh pada nas-nas yang sama.
5. Memberi nas-nas yang menidakkan pendirian ini dengan
tafsirnya sekali
6. Memberi rujukan hadith serta sanad yang lebih kukuh.
Siapa saja yang sayang akan ugama dan dirinya akan akur, begitu juga hamba yang jahil berhubung dengan ugama dan bertaqlid/ittibak/mengikuti kepada yang lebih arif sebagai rujukan. Seandainya kejahilan hamba di lambakkan dengan rujukan yang lebih jahil dari itu, semestinya hamba akan menjadi lebih sombong untuk menidakkan apa yang dikemukakan. Inilah yang cuba dikikis oleh kesufian dan tasawwuf.
“Sesungguhnya NAFSU adalah MUSUH golongan Sufi yang paling di hormati. ”
"Sungguh Manusia Jadi Musuh Dengan Apa Yang Belum Di Ketahuinya"
(Rasulullah adalah cahaya didalam cahaya)
صلوا على النبي النور الكريم!
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد قمر الوجود في هذا اليوم وفي كلّ يوم وفى اليوم الموعود سر و جهرا في الدنيا و الآخرة و على اله وصحبه و سلم.

# Hizbun AnNabi wa AaliBaitihi wa Ashabihi
tradezara
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan