LA FAILUN BILHAQIQATTI ILLA ALLAH. TAKBIRATULIHRAM DLM SOLAT.

 

LA FAILUN BILHAQIQATTI ILLA ALLAH.
TAKBIRATULIHRAM DLM SOLAT.

Dalam bab ini dalam kaji hakikat...banyak guru2 menekankan bab ILMU NAFAS yang menyentuh ilmu DAIMUN-HAQ atau SOLAT DAIM.
Bab Solatdaim ini dlm.Al-Quran Surah Ma'arij,ayat 23 disebut : SOLATIHIM DAIMUN.
Letaknya dlm Takbiratul-Ihram.
Sebenar2nya...bila dijelaskan tentang ilmu nafas,nafas kita ini memang senantiasa dalam tugasannya yang tidak pernah sesaat lalai pada haqnya sendiri....nafas ini jugalah yang berkaitan kalimat ALLAH MEMUJI DIRINYA SENDIRI.
Jadi,mereka yang tidak faham,tidak perlu khuatir kerana Allah semata2 yang lebih faham atas barang yang diwujudkanNya itu hanya untukNya semata2.
" AKU INGIN DIKENALI,MAKA AKU JADIKAN
MANUSIA."
Sewaktu TAKBIRATULIHRAM,maka yang MIKRAJ ialah QUDRAT dan IRADAT dan Allah semata-mata yang beserta naiknya nafas.
Ketika naik itulah bermaksud : Muhammad naik ke langit.
Kalimat langit kias pada kedudukkan tinggi,inilah ruh.
Ketika turun nafas itu bermaksud : Allah turun ke bumi.
Kalimat bumi itu adalah yang terendah yakni tubuh kita.
Dalam takbiratulihram...kita di ajar akan rahsia kaedah pernafasan.
Kedudukkan itu untuk mendapatkan WUKUF.
Makna wukuf berhenti atau memutuskan.
Pada tubuh : Naik Nafas dlm kajian mati sebelum mati.
Perkara ini sekadar ilmu semata.
Semua sahabat2 hakikat sedia memahami Allah itu nama.
Namun,bila diperbincangkan...seperti nama itu seperti satu lembaga dlm Wujud.
Dalam solat...samada akal kita ingat hal kerja atau apa2 jua,bukan lagi dirujuk sebagai kehendak manusia kerana saat itulah dinamakan WAHDATUL AFAAL dimana hilang manusia disebalik WUJUDULLAH.
Dan dimaknakan IHRAM, yakni nama pakaian umat2 islam menunaikan fardhu haji adalah hilang perasaan kita ketika QALAM melafazkan ALLAHU AKHBAR, fana perasaan dlm LAHAULAWALA...
Segala perkara ini sekadar ILMU semata2 dan ilmu itu tidak sama sekali mengatasi akan pemilik ilmu.
Hakikatnya,ruh itu senantiasa BERSOLATDAIM kembali tajalli bernama nyawa kerana sifat ruh itu FAYAKUN dan sifat nyawa itulahn KUN...bersatu berpadu bernama ia WUJUD.
Zahirnya terlihat tubuh berdiri,rukuk dan sujud...hakikatnya gerakkan nyawa.
Usah khuatir soal bagaimana solat anda...
Kerana terangkatnya tangan..
Bergeraknya Qalam..
Tentang hukum2 agama yang anda lakukan...tetap tertakhluk ianya bawah redho Allah...
Andai Allah tidak redho...tiada anda dapat menjayakan upacara itu.
Jika dalam tauhid masih nampak silap dlm ibadah orang lain,baik batalkan saja ajaran yang kerap kita laung2kan : BERSERAHLAH PADA ALLAH.
Tidak ada satu umat islam yang mendirikan solat beserta dengan niat main hentam sahaja dan semuanya ingin lakukan yang terbaik.
Soal iblis yg menganggu dlm solat..
Biarkan dia dengan kerja dia.
Kita dengan kerja kita.
Jangan kita terganggu atas kerja dia.
Dua2 atas izin Allah jua.
Sila rujuk tulisan SURAH AL-ARAAF : 7 : 16 & 18. Tidak terdapat kalimat Iblis mendatangi manusia ATAS dan BAWAH.
ATAS dan BAWAH itu : Naik dan Turun nafas dan juga gerak solat QIAM ke SUJUD.
Yang penting dlm solat itu...
Nikmatilah keberadaan zat pada diri kita kerana hakikat solat itu satu ibadah.Setiap ibadah itu wajib ingat.Jadi solat itu merupakan zikrullah juga yakni : INGAT ALLAH.
Maka..
Disebutlah La Failun Bilhaqiqati Illa Allah.
Tidak ada lagi perbuatan solat itu hakikatnya Allah semata2.
Solat itu penyatuan dari kata waslat bermaksud lekat.
Maka
Tidak ada perbuatan penyatuan itu hakikatnya Allah semata2.
Ingatlah..
Jika Allah tidak mahu memperkenalkan diriNya,maka tiada satupun ilmu yang mampu menghantar kita untuk memahami akan rahsia sifat diriNya.
Maknanya,hidup kita ini adalah RAHMATNYA semata2.
Masuklah.....


Suber dari Arts Muhammad
7hb.Jan.2020
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan