DUA LAPISAN MAKNA 'TANYA SAMA ITU HUD HUD'.


Lagi pembongkaran kesesatan di dalam lagu kegemaran org melayu. Artis bukan rujukan dalam agama. Kerana majoriti mereka mengambil ilmu sufi yang batil. Yang bukan dari ajaran islam.


DUA LAPISAN MAKNA 'TANYA SAMA ITU HUD HUD'.

“Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Ribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh
tiga puluh.
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan cipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenar
Berikan ku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai lai lai lai
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari"
Uuh... Sang Algojo
Uuh... nanti dulu."
Ramai yang bersorak dengan 3 baris yang pertama "MasyAllah, penulis lirik ini bukan calang-calang, dia masukkan hadis tau!", namun ramai yang tidak perasan bahawa 3 baris seterusnya hakikatnya adalah menyanggah dan membatalkan 3 yang pertama itu. Ini modus operandi golongan ini, secara zahir mereka menunjukkan mereka adalah seperti kita, tetapi lapisan makna yang kedua akan menzahirkan hakikat sebenar pegangan yang ingin mereka sebarkan. Ini juga gaya Ibn Arabi dalam Fusus dan banyak kitab-kitabnya yang lain.
Tidak perlulah rasanya untuk saya jelaskan berkenaan makna nombor 73 dalam rangkap pertama, cukuplah dengan merujuk hadis ini (1), begitu juga kisah 30 burung (mergasatua) yang ‘sampai’ daripada jumlah asal beribu-ribu yang berusaha mencari Raja mereka Si Murak (Simurgh), saudara-saudari boleh baca sendiri berkenaan hadis tersebut dan kisah ‘Mantiq Al-Tayr’ oleh Fariduddin Al-Attar di internet.
Ada cubaan jelas oleh penulis lirik untuk mengaitkan hadis berkenaan satu-satunya jalan selamat (ini lapisan pertama) dengan aliran "Tasawwuf" Falsafi Batini yang dibawa oleh Al-Attar dan yang sealiran dengannya, untuk menunjukkan bahawa aliran itulah yang Baginda s.a.w maksudkan. Inilah lapisan kedua dan maksud sebenar lagu ini.
Antara bukti jelas pemikiran-pemikiran Baatiniah Al-Attar :
1) Aqidah Wahdatul Wujud (Bukan Hulul, Ittihad mahupun Wahdatus Syuhud). Didalam Tazkirah Al-Awliyaa’ karangannya dia menulis (dalam konteks memuji) bahawa apapila Abu Yazid Al-Bustami ditanya tentang Arash dan Kursi dia menjawab “Akulah Arash, Akulah Kursiy, Akulah Ibrahim, Akulah Musa, Akulah Muhammad.”(2) Kalau didakwa ini dikatakan dalam fana’ sekalipun maka siapa “aku” itu? Allah atau Abu Yazid atau Semua? Setiap satu dari ketiga-tiga kemungkinan ini adalah ucapan dan iktiqad kufur. Kalau syatahat mengapa ditulis?
Begitu juga di dalam Muqaddimah Mantiq At-Tayr, beliau menyatakan bahawa “Arasy di Air dan Alam di angkasa, laluilah Air dan Angkasa itu kerana Semua Adalah Allah”. (3)
Pada Maqam/Lembah Tauhid diri salik lebur dan tidak dapat membezakan dirinya dengan Tuhan kerana di maqam ini Keduaan lebur dalam Kesatuan. (4)
Beliau juga menulis :
“Tiadalah Wajah yang wujud kecuali satu, hanyasanya apabila cermin berbilang maka berbilanglah ia (gambarannya).” و ما الوجه إلا واحد غير أنه إذا عددت المرايا تعددا
(5)
Perumpamaan yang sama ada dalam lagu ‘Cermin Mimpi’ yang lebih berterus-terang dengan lirik dan juga video klipnya :
“Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi”
Rujuk tulisan saya di nota kaki berkenaan lagu dan video klip lagu itu (6).
2) Mempertahan Zun Nun sebagai wali walaupun dalam pandangan beliau Zun Nun menghina Syariah secara terang-terangan (7)
3) Bila Salik capai maqam Hayrah (Kekeliruan/Kehairanan) dirinya hilang, sehingga dia tidak boleh lagi mengatakan dirinya itu Muslim atau Kafir, wujud atau tidak, hilang identiti secara total (8), ini sama dengan maqam Samadhi dalam Yoga.
Bila sampai maqam/lembah Fanaa’ pula aqalnya pula hilang kerana semua “bayang-bayang” lebur, sama juga dengan keadaan Samadhi.
"Nak bersuluk bakarlah aqal dan majulah bagaikan orang gila". (9)
4) Memberi alasan khurafat kepada penolakan Syaitan untuk sujud kepada Adam a.s, Al-Attar dakwa sebabnya kerana Syaitan mahu lihat rahsia Ruh Kehidupan pada Adam a.s, kalau sujud tak nampak, maka Allah laknat dia kerana mencuri lihat rahsia itu, namun Syaitan membalas “Kalau sudah tersingkap rahsia suci itu padaku maka apa lagi yang patut aku takutkan tentang laknat?”. (10)
Ini sama dengan kebiadaban Al-Hallaj dalam Tawasinnya dimana dia cuba memberi alasan bodoh untuk mempertahan bahkan mengangkat Iblis ke maqam pencinta tertinggi dan pentauhid tertinggi (Aarif) dengan mengatakan yang rumusannya adalah; tiada dikalangan penduduk langit yang mentauhidkan Allah sehebat Iblis dan dia tidak mahu sujud kerana tidak rela sembah selain Allah! Dan memang dia layak kata “Aku lebih baik darinya (Adam)" kerana memang benar tiada yang kenal Allah seperti Iblis. (11)
Sebab itu Rumi sifatkan (puji) Attar sebagai penjelmaan ruh Al-Hallaj "أن روح الحلاج تجلت في العطار". Hakikatnya mereka semua sama aliran. (12)
Golongan Baatiniyah seperti Hallaj, Ibn Arabi dan Al-Attar ini memang tidak mampu menutup mulut mereka daripada memuji dan menyucikan musuh-musuh Allah seperti Iblis dan Firaun. Sama seperti golongan Baatiniyah moden seperti Helena P. Blavatsky yang mendakwa bahawa Setan adalah Tuhan sebenar dan hakikatnya dia adalah baik.
5) Berpegang pada konsep Nur Muhammad sebagai punca segala ciptaan (13) (14).
6) Nak makrifah kena putuskan hubungan dengan isteri dan anak, seolah-olah alam dan keluarga adalah musuh Allah dan musuh yang bersuluk (15).
Aliran Al-Attar ini bukanlah alirah Tasawwuf, sebaliknya ia adalah aliran Baatiniyah yang cuba merosakkan Islam daripada dalam.
Bagi yang sungguh-sungguh ingin mendapatkan kefahaman menyeluruh, saksikan kelima2 bahagian pembentangan saya disini (16).
WAllahu a'lam.
-----------
Sumber Noor Deros
(1) https://muslim.or.id › Artikel
Web results
Petaka Perpecahan Umat - Muslim.Or.Id
(2) Tazkirah Al-Awliyaa-, ms 99, cetakan Pakistan.
(3) Mantiq At-Tayr ms 87
(4) Mantiq At-Tayr ms 104
(5) At-Tasawwuf wa Fariduddin Al-Attar, ms 106
(6) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2334377430211384&id=2159049464410849
(7) Tazkirah, ms 69, cetakan Pakistan
(8) Mantiq At-Tayr ms 395
(9) Mantiq At-Tayr ms 98
(10) Mantiq At-Tayr ms 125
(11) Taasin Al-Azal wal Iltibaas
(12) Al-Hallaj : Syahid At-Tasawwuf Al-Islami, ms 23.
(13) (At-Tasawwuf wa Fariduddin Al-Attar, ms 64).
(14) https://www.facebook.com/593017226/posts/10156240252257227/
(15) At-Tasawwuf wa Fariduddin Al-Attar, ms 77.
(16) https://youtu.be/LV6fb6I0fTo
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan