HUKUM GUNA WAFAQ NUBUWWAH
Panel Kajian Aqidah,JAKIM.
Sumber :
Ustaz Mohd Aizam Bin Mas'ud
(Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,Mantan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikian JAKIM).
Panel Kajian Aqidah kali ke-45/2012 telah memutuskan bahawa kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" dengan gambar rajah tertentu, tulisan tertentu dan khasiat tertentu adalah tidak mempunyai sebarang asas daripada al-Qur'an dan al-Sunnah. Kepercayaan terhadap "Khatamun Nubuwwah" seperti yang dinyatakan adalah perbuatan khurafat dan bid'ah munkarah serta boleh membawa kepada syirik.
Imam al-Zurqani menjelaskan, “Syaikh al-Islam al-Hafiz Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari, apa yang warid bahawa khatam itu seperti kesan berbekam…atau termaktub di atasnya “Muhammad Rasulullah” sebagaimana dalam Tarikh al-Hakim dan lainnya atau perkataan “berjalanlah sesungguhnya engkau dibantu” sebagaimana dalam al-Nawadir, tiada satu pun yang sabit bahkan sesetengahnya batil (palsu) dan sesetengahnya dha’if”. (Syarh al-Zurqani ‘ala al-Mawahib al-Ladunniyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah 1996:1/293.)
Al-Marhum Syeikh Atiyyah Saqr, bekas Ketua Lajnah Fatwa al-Azhar pula mengatakan: “Khatam al-Nubuwwah memang tersebut dalam hadith-hadith sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Ia merupakan seketul daging yang tumbuh di atasnya beberapa helai rambut di antara dua bahu Nabi SAW...dan telah sampai riwayat-riwayat lain tentang sifat tanda ini, antaranya ada yang palsu dan bohong, antaranya juga ada yang dha’if dan tidak boleh dijadikan rujukan, antaranya juga yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi al-Hakim, dia bukan al-Tirmizi Sahib al-Sunan, bahawa termaktub pada batinnya “Allah Maha Esa, tiada sekutu baginya” dan pada zahirnya “Hadapkan muka anda ke manapun, anda pasti diberi pertolongan”. Riwayat ini karut sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari.
Dari sini dapat dimaklumi bahawa apa yang tersebar berkenaan bentuk tanda ini adalah tidak benar, dan apa yang dihubungkan dengannya juga tidak ada kebenarannya dalam agama ini” (Fatawa al-Azhar: 8/125
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan