Ghaibnya Guru Pondok

 
Tengah hari tadi semasa mahu mengirim bungkusan buku yang dipesan pembeli, bertemu seorang yang juga mahu mengirim buku. Saya tertarik dengan buku yang mahu dikirimnya dengan judul Ghaibnya Guru Pondok Tuan Haji Ondot. Penulis buku itu Wan Mud Shardihan Bin Wan Dahalan, Pegawai Daerah Jelebu. Beliau telah membuat kajian mengenai tokoh yang ditulisnya. Dan memang yakin Tuan Haji Ondot itu sememangnya ghaib. Buku ini baru terbit tahun ini.


Selain Tuan Haji Ondot di kalangan masyarakat Negeri Sembilan terutama di Kuala Pilah kenal sangat dengan nama Tuan Tulis atau nama sebenarnya Haji Ismail bin Hussein.
Dua tokoh ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri, seorang dipercayai ghaib iaitu Tuan Haji Ondot dan seorang lagi Tuan Tulis boleh muncul selepas dua tahun meninggal dunia.
Kisah ini berlaku pada tahun 1925 atau dua tahun selepas Tuan Tulis meninggal dunia. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pertama, Tuanku Muhammad Ibnu Tuanku Antah ketika itu sedang terlantar sakit di hospital London.
Tuan Tulis telah datang menziarahi Tuanku Muhammad di London. Tuan Tulis telah meminta segelas air lalu dijampinya. Air tadi kemudiannya disapu ke tempat sakit dan selebihnya diminum Tuanku Muhammad.
Seketika itu juga Tuanku Muhammad merasi sembuh daripada penyakitnya.Waktu ini baru Tuanku Muhammad sedar bahawa Tuan Tulis sudah meninggal lebih dua tahun lalu iaitu pada tahun 1923.
Apabila pulang ke tanah air, Tuanku Muhammad menziarahi makam Tuan Tulis dan menitahkan supaya dibina bangunan di makam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga kini.

Sumber dari
Abdul Latip
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan