TvTarekat | TUAN HAJI SYEIKH MURTADZA - SYEIKH TAREQAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAHAl DAN SYEIKH HJ AHMAD 2020 (1937 - 2017)

Al Allamah Syeikh Haji Mohd Murtadza Bin Syeikh Haji Ahmad ( 1937 - 2017 )

Nama lengkapnya ialah Syeikh Haji Murtadza Bin Syeikh Haji Ahmad Bin Syeikh Muhammad Said al Linggi Bin Syeikh Jamaluddin al Linggi Bin Haji Idris dan beliau dilahirkan di Rasah, Negeri Sembilan.

Beliau tak lain dan tak bukan merupakan anak kepada mufti pertama Negeri Sembilan dan cucu kepada salah seorang dari 7 wali Melayu iaitu Syeikh Muhammad Said al Linggi. Moyangnya Syeikh Jamaluddin berkahwin dengan anak Tok Keramat Pulau Bidan @ Syeikh Abdul Rasyid al Fathani . Maka sesungguhnya beliau berasal dari susur galur keturunan wali Allah.

Pendidikan awalnya bermula di Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah, Seremban. Setelah tamat, beliau menyambung pengajiannya di Madrasah Al- Khairiyah, Singapura kemudian ke Madrasah al-Attas, Johor Bahru seterusnya ke Madrasah Al-Masyhoor, Pulau Pinang. Selesai menuntut ilmu di Malaysia, pada tahun 1960 beliau pun berangkat ke mesir dengan memasuki Maahad Kaherah dan pada 1964 Syeikh melanjutkan pengajian di Universiti al Azhar sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Muda Syariah Wal Qanun.

Diantara gurunya ialah :

1. Syeikh Haji Ahmad - Ayah

2. Syeikh Mahmud Syaltut

3. Syeikh Syarbasi

4. Syeikh Soleh - Guru Tareqat

Syeikh Murtadza pulang ke tanah air pada tahun 1974. Antara jawatan yang pernah disandang beliau selepas pulang ialah :

1. Guru Agama di Sekolah Ugama Menengah Tinggi, Seremban, ( 1974 - 1976 )

2. Kadi Daerah Kuala Pilah dan Jempol ( 1976 - 1980 )

3. Pegawai Penerangan Agama merangkap Imam Besar ( 1980 – 1984 )

4.Kadi Besar Negeri Sembilan merangkap Pegawai Penerangan Agama ( 1984 – 1987 )

5. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ( 1987 – 2008 )

TUAN HAJI SYEIKH MURTADZA SYEIKH TAREQAT AL-AHMADIYYAH AL-IDRISIYYAH AD-DANDRAWIYYAH KAWASAN ASIA TENGGARA
Pada 5 Januari 1997, Syeikh Murtadza dilantik sebagai Syeikh Tareqat Al-Ahmadiyyah Al-Idrisiyyah Ar-Rasyidiyyah Ad-Dandrawiyyah bagi kawasan Asia Tenggara oleh Al Marhum Sayyidi Ahmad Bin Idris Bin Sayyidi Muhammad Hassan Bin Sayyidi Muhammad Sharif Bin Sayyidi al-‘Ali Bin Sayyidi Ahmad Bin Idris al-Idrisi atau lebih dikenali Sayyidi Ibn Idris iaitu merupakan waris kepada pengasas utama Tarekat Ahmadiah. Peristiwa bersejarah ini berlaku bersempena majlis Haul Syeikh Haji Ahmad.

Syeikh Murtadza meninggal dunia ketika berusia 80 tahun dan dimakamkan di Ampangan, Seremban. Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

*Sumber - Tulisan Dr Haji Shuhadak Mahmud
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan