Al Allamah Tok Wali Hassan ( 1915 - 1985 )
Sollu 'alan Nabiy
KENALI ULAMA WALIYULLAH MELAYU
Al Allamah Tok Wali Hassan (1915 - 1985)
Wali Allah yang digelar Pak Chu Hassan ini lahir di Kampung Padang Jelapang, Lati , Pasir Mas , Kelantan .
Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Hassan Bin Mat Saman Bin Awang Kechik. Ayahnya berasal dari Kampung Sipul, Tok Uban manakala ibunya bernama Mek Senik Bin Omar berketurunan Siam. Pak Chu merupakan anak ke 5 pasangan ini.
Mendapat pendidikan asas dalam ilmu Quran dari ibunya sendiri . Pak Chu agak mundur sedikit penerimaan ilmunya berbanding adik beradiknya yang lain . Diriwayatkan ketika beliau berusia 10 tahun, beliau pernah ditampar oleh abangnya Daud kerana tidak dapat kuasai bacaan al Quran . Akibat rasa marah terhadap diri sendiri, beliau kemudiannya menghentak kepala sendiri ke dinding sehingga berdarah . Bermula dari petistiwa itu, ingatan penguasaan Pak Chu mula menyerlah dan mengatasi adik beradiknya .
Pada usianya 17 tahun, Pak Chu memasuki Pondok Lati, Pasir Mas dibawah didikan Tuan Guru Haji Abdullah Lati selama 35 tahun sehingga tahun 1967.
Perwatakan beliau :
1. Tegas dalam tutut kata
2. Mudah dirunding
3. Berkain pelikat dan baju kemeja lengan pendek
4. Ringan tulang
5. Boleh merawat orang
6. Mengasihani haiwan
2. Mudah dirunding
3. Berkain pelikat dan baju kemeja lengan pendek
4. Ringan tulang
5. Boleh merawat orang
6. Mengasihani haiwan
Tok Wali Hassan terkenal sebagai seorang wali Allah yang penuh karomah . Di antara kisah kewaliannya ialah :
1. Beliau pernah ditangkap polis lalu dipenjarakan . Dalam penjara tersebut ada seorang polis telah menampar Pak Chu . Tangan polis itu tiba² bengkak . Selepas sedar akan silapnya, polis itu bertemu Pak Chu dan mohon maaf barulah bengkaknya surut.
2. Pemandu² teksi amat suka membawa Pak Chu kemana mana . Ini kerana lepas sahaja Pak Chu naik teksi mereka , rezeki mereka datang melimpah ruah tanpa putus².
3. Sebuah keretapi dalam perjalanan ke Rantau Panjang tidak dapat teruskan perjalanannya oleh kerana diwaktu itu Pak Chu sedang solat . Selesai solat, Pak Chu menaiki keretapi tersebut barulah ia boleh bergerak.
4. Seorang peninju Muay Thai bernama Hadi Tomoi yang terkenal kerana tidak pernah kalah terserempak dengan Pak Chu didalam bas . Dia mohon restu Pak Chu supaya mendoakan dia menang pertarungan . Pak Chu jawab "Ohh! Awe nok gi buat kebun atas muko... " . Ekoran ucapan tersebut , Hadi Tomoi telah kalah dalam pertarungan dan mengalami bengkak² muka.
5. Suatu hari, ada budak² kampung duduk bersembang di bawah pokok sambil makan . Budak² ni makan meninggalkan sisa² makanan . Datang Pak Chu mengambil sisa makanan tersebut lalu memakannya . Budak² tadi tengok dan mengejeknya . Tiba² semua budak² tersebut sakit perut dan terberak disitu juga tanpa sempat masuk bilik air.
6. Peristiwa di Kampung Golok, penduduk kampung melihatnya berjalan kaki di dalam hujan tanpa payung tetapi tidak basah . Katanya "Semuanya berlaku atas kemahuan Allah . Aku lalu dicelah celah air hujan".
7. Sebuah motosikal yang ditumpanginya kehabisan minyak lalu Pak Chu menuangkan air kedalam tangki dan baca Bismillah . Dengan izin Allah motor tadi boleh bergerak.
Pak Chu Hassan pernah bertanding didalam pilihanraya pada tahun 1982 dibawah tiket PAS.
Tok Wali Hassan meninggal dunia ketika berusia 70 tahun dan disemadikan jasadnya di bawah pohon bongor di tanah perkuburan Islam Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
Sumber:
Hydzelan Hashim
'Tok Wali Hassan'
Hydzelan Hashim
'Tok Wali Hassan'
0 comments:
Catat Ulasan