Sanad Tarekah
Sanad Tarekah ada dua,
(1) sanad zahir : bersambung sanad zikirnya dari syaikh dari syaikh dari syaikh hingga ke Rasulullah saw (اتصال سند الظاهر)
(2) sanad batin : bersambung nur Muhammadiah, akhlak dan ahwal dalam batin atau rohaninya dari Guru ke Guru sampai ke Rasulullah saw (اتصال سند الباطن)
Maka, cari lah mursyid yang mempunyai dua sanad ini. Jika Guru itu ada yang pertama sahaja, itu namanya Syaikh Barakah. Jika menghimpun dua sanad pada dirinya, namanya Syaikh Kamil.
Sanad Batin adalah usul atau hakikat dalam Tarekah sementara sanad zikir menyempurnakan barang hakikat.
Adapun Sanad Kekeluargaan tiada dalam syarat tarekah, tidak semestinya seorang anak akan ganti Ayahnya yang merupakan mursyid tarekah atau keturunan-keturunan. Siapa bersungguh bersalik dan pilihan Allah, dia lah yang memegang walaupun dia hanya khadam angkat selipar Gurunya sahaja dulu.
"Syariat Hakikat Berpisah Tiada"
Sumber dari Tengku Daeng Mawelle
0 comments:
Catat Ulasan