TvTarekat | Al Allamah Wali Allah Pok Soh Wali ( 1946 - Sekarang )


Al Allamah Wali Allah Pok Soh Wali ( 1946 - Sekarang )

Nama sebenar wali Allah yang mastur ini ialah Jusoh Bin Salleh . Beliau berasal dari Terengganu.
Pernah suatu ketika dahulu, tular satu kisah dimana ada seorang pak cik tua yang nampak dhaif sungguh masuk ke sebuah kedai makan. Ramai orang di kedai tersebut pandang serong padanya . Akhirnya pak cik tua tersebut belanja habis semua orang dalam kedai tu. Inilah pak cik yang dimaksudkan didalam kisah itu.
Sememangnya beliau seorang yang berperwatakan sangat zuhud dan dhaif. Orang² sekitar Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuantan mungkin kenal dengan wali Allah ni. Pok Soh Wali suka beriktikaf di masjid dan surau. Dikisahkan oleh mereka yang pernah bertemunya, saban tahun Pok Soh dizinkan Allah bertemu malam Lailatul Qadar.
Beliau tinggal di Bukit Bauk, Dungun. Sebuah kawasan yang penuh dengan kisah² misteri alam ghaib seperti jin dan seumpamanya. Dikisahkan juga jin dikawasan tersebut takut dan hormat pada Pok Soh.
Kadang² beliau ada di Kuala Terengganu dan kadang² ada yang melihat beliau di Kemaman. Saya percaya beliau seorang yang dikurniakan Allah karomah yang besar.
Pok Soh Wali merupakan seorang ahli dalam ilmu tasawuf. Sesiapa yang berjumpa beliau pasti akan mendapat kata² nasihat yang berbentuk penyucian hati. Antara nasihatnya ialah :
● Orang mukmin yang hebat itu ialah :
1. Dia meninggalkan dunia, sebelum meninggal dunia,
2. Dia bersedekah sampai kaya, bukan dah kaya baru bersedekah,
3. Dia berdakwah sampai jadi alim, bukan dah alim baru berdakwah,
4. Dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.
● Tubuh itu dari tanah, maka penawarnya ialah apa yang datang dari tanah. Roh itu dari Allah, maka penawarnya juga adalah apa yang datang daripada Allah.
Dikisahkan oleh Tuan Guru Mustaffa Kamal Hamzah - Mudir Madrasah al Hidayah Batu Burok yang selalu mendapat nasihat dan tunjuk ajar Pok Soh Wali :
"Pok Soh Wali ialah seorang wali Allah yang Allah Taala sembunyikan. Siapa siapa yang nak cari atau jumpa beliau pasti tak kan jumpa. Tapi kalau kita tak berhajat pun nak jumpa beliau. InsyaAllah kita akan jumpa"
Al Faqir pernah hampir bertemunya dalam 10 meter sahaja pada tahun 2014, tapi itulah kehendak Allah Taala . Benar sungguh kata Tuan Guru Haji Mustaffa Kamal, Jumpa bila tak berhajat , Hilang bila ia berhajat.
Pernah dikisahkan seorang pemuda yang sedang berfikir panjang di sebuah kedai makan tentang bagaimana nak selesaikan hutang yang berjumlah ribuan ringgit. Tiba² Pok Soh Wali datang ke kedai tersebut. Pemuda ni kesian tengok Pok Soh dengan keadaan yang dhaif lalu dijemputnya duduk semeja dengan dia. Selesai makan, Pok Soh tanya kenapa muram . Pemuda itu beritahu tengah fikir macam mana nak bayar hutang . Dengar penjelasan itu, Pok Soh pun berlalu pergi. Malam itu, tiba² pintu rumah pemuda tersebut diketuk dan ternyata Pok Soh datang dengan menghulurkan sepucuk sampul . Dalam sampul surat tu ada jumlah wang yang cukup serupa dengan hutangnya. Yang menghairankan bagaimana Pok Soh tahu jumlah tersebut sedangkan pemuda itu tak beritahu pun dan bagaimana juga Pok Soh mengetahui rumahnya. Wallahualam
Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik pada Pok Soh Wali. Amin
*Sumber - Maklumat awam di FB
Tengku Yusuff 



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan