TvTarekat | Mengikatkan Diri Dengan Guru Ta'lim Dan Guru Murabbi




Bahagian Tarekat Tasauwuf - Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

# Mengikatkan Diri Dengan Guru Ta'lim Dan Guru Murabbi #
Menurut Syeikh Ibnu Abbad An Nafari Ar Rundi, setiap para Salikin yang menjalani jalanan sufi tidak terlepas dari guru secara umumnya dan hal ini tidak mungkin boleh di inkari.
Namun, guru yang merupakan tempat rujuk bagi para salik dalam hal jalanan sufi ini terbahagi kepada dua :
1. Guru Ta'lim ( mursyid ) serta Murabbi
2. Guru Ta'lim tanpa Murabbi
Guru Ta'lim serta Murabbi tidak menjadi kemestian bagi para salik yang cerdas akalnya serta salik tersebut mampu menundukkan dirinya ( an nafs ).
NAMUN yang lebih elok dan awla bagi salik tersebut mengikatkan dirinya dengan Guru Murabbi, dan salik yang tidak ada Guru Murabbi tidak sesempurna berbanding salik yang punyai guru murabbi, kerana diri salik sentiasa menebal hijabnya dan memerlukan ikatan dengan yang lain ( guru murabbi ) agar dapat membersihkan kekeruhan.
Guru Ta'lim pula menjadi kemestian bagi setiap salik agar dapat menjadikan rujukan perjalanan suluknya, dengan cara sentiasa mendampingi.
Termasuk juga dalam kategori guru Ta'lim iaitu karya para imam sufi yang di percayai oleh para salik.
intaha bil ikhtisar min
Rasaeil Shugra Imam Ibnu Abbad An Nafari Ar Rundi
# Pastikan kita mengambil sumber maklumat dari sumber asal agar tidak berlaku kekeliruan memahami teks kitab.
# Dampingilah para sahabat yang tahu selok belok ibarat kitab agar kita tidak tergelincir membuat kenyataan yang jauh menyimpang.
Wallahualam a'lam bis sawab wa ilaihil marjiul wal Ma'ab
al Muznib
Abdul Rashid bin Muhamat Akip
Al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri



                             
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan