TAHAP-TAHAP TAUHID


 TAHAP-TAHAP TAUHID


Menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap-tahap Tauhid, Seperti Iman, Tauhid juga bertingkat–tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh seseorang itu semakin bertambah Ilmunya maka semakin meningkatlah TAUHIDnya.
TAUHID ASAS yaitu seseorang yang berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman dan Rukun Islam sahaja sama seperti seseorang yang baru masuk Islam, Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.
TAUHID ORANG AWAM yaitu seseorang hanya mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Tauhid yang sebegini tidak mengamalkan NAFI dan ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.
Orang pada tingkat ini beriman ia bahawa Manusia itu ialah Manusia dan manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku Manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini Ibarat SABUT KELAPA yang tebal.
TAUHID ORANG KHUSUS/KHAWAS yaitu seseoang disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI dan ISBAT.
Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam DiriKU melainkan Allah semata-mata.
Yang mengaku itu ialah YANG BERSUARA itu (Nyawa/Ruh) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu (Jasad/Badan).
Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan DiriKU sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
Yang mengaku itu ialah yang bersuara itu Nyawa atau Ruh dan saksinya ialah Jasad atau Badan (yang menyampaikan suara).
Seseorang pada tingkat ini beriman bahawa Manusia itu tidak mempunyai apa-apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
Segala daya upaya dan sebagainya pada Hakikatnya adalah AF’AAL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid ini juga disebut TAUHID AFA’AL yakni Tauhid Peringkat Pertama bagi Orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA.
TAUHID ORANG KHUSUS AL KHUSUS yaitu Tauhid tingkat Tertinggi, Seseorang pada tingkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam Mayapada ini.
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalam bahasa tasawufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada Hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa Dirinya sendiri sebagai Manusia pada Hakikatnya tidak wujud. Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasawufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada Hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya. Dirinya sebagai Manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya Anda menganggap bahawa Anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah Anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
Tauhid ini disebut juga TAUHID DZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ dan Af’aal. mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu. Orang pada tingkat ini bersaksi bahwa TIADA YANG WUJUD diseluruh Alam ini YANG WUJUD HANYA ALLAH (LA MAUJUDA ILLALLAH), orang pada tingkat ini sudah MENGETAHUI bahwa Dirinya merupakan sebagai Tajalli ALLAH.
Sumber dari FB Ilmu Mengenal Allah
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan