SIRI ZIKIR KA'ABAH - Naskah Gemahati Mazlan Noor Along

Mazlan Noor Along
Pelukis veteran, Mazlan Noor atau lebih dikenali sebagai Along, yang banyak menghasilkan karya universal dan berunsurkan keagamaan berpuas hati apabila karyanya lukisan abstraknya dalam bentuk naskah bersiri iaitu "SIRI ZIKIR KA'ABAH" banyak mendapat perhatian orang bukan Islam.

SEJARAH PENEMUAN SIRI ZIKIR KA'ABAH.


Setelah pulang dari Mekah...siri2 ini terbina sebanyak 32 semuanya. Sejumlah 30 dimiliki oleh orang perseorangan dan institusi2 serta organisasi2 termasuk satu dibeli oleh Ibu Pejabat Hong Leong Bank. Hanya baki 2 yang sempat simpan distudio pondok gemahati. Syukurku kepada Allah yang ilham ini diberikan oleh Yang Maha Agong Allah jua.

JELASKAN & TERANGKAN

Lukisan abstract genre impressionis dan expressionis adalah ilham yang datang dari dalam diri (innerself) diterjemahkan menerusi lukisan supaya audiens tahu apa yang menjalar dari persaan hati dan sanubari.

"art is a journey...we encounter several things in the journey which we have to explain...thus the expression images and lines traced artistic essence...quavering intuition...illustrating what is hidden in the inner-self journey"
- Mazlan Noor Along


KERANA ISLAM ITU KASIH & SAYANG.

Tidak ada kamus dalam diri saya menyokong "racism". Sahabat2 senimanlah yang biasanya memahami erti kehormatan agama dan bangsa. Foto menunjukkan sahabat saya dalam perjuangan yang sama dalam bidang senilukis terdiri dari berbilang kaum.

" Islam itu hormat menghormati "



TAKDIR
takdir itu hak ALLAH
lengkap tertulis di arash NYA
kepada insan-insan…
dari NYA kita datang…kepada NYA kita pulang
redholah menerimanya…beriman semahu-mahunya
aturlah dengan bijaksana…susunlah sebanyak pahala
tarbiyah mencari ilmu…membaca selalu kalam NYA
mawaddah wa rahmah…tawaduk mardatillah
doa disetiap sujud…pasrah disetiap rukuk
tangis disetiap takbir…senyum didalam hati
diwajah cahaya berseri-seri...menghadap NYA nanti
bila azan memanggil syahdu…bermakmum selalu
hayatilah pesan khatib…untuk mengindahkan nasib
tinggalkan keburukan…lakukan kebaikkan
semoga menerima nikmat…diturunkan rahmat
baik duniawi mahupun ukhrawi
bila nafas sudah berombak…seluroh anggota menjadi sesak
semoga dipermudahkan…riwayat yang pasti dinoktahkan
sejarah nanti ditinggalkan…budi dan jasa menjadi kenangan
ibadah dan iman telah dicatatkan
amalan kebaikan atau keburukan
demikianlah takdir
kita sendiri wajib menulisnya…dalam buku nota peribadi kita
selain nota-nota memang tersedia…ditangan ALLAH
mazlan noor along
11 feb 2019
pondok gemahati


LABBAIKALLAH HUMMALABBAIK
LABBAIKALA SYARI KALA KALABBAIK
INNAL HAMDA WANNIKMATA
LAKAWALMUL LAASYARIKALA

Sempena bulan haji ini saya paparkan lukisan dari siri Zikir Ka'aba berjudul 'Ulul Azmi" (2)

BELUM TENTUbila kita dipuncak
barangkali…

ramai yang suka
sedikit yang tidak

bila kita diatas
tentu awan suka
gendung bersama
atau barangkali tidak
tak mahu mengajak
sama berarak
pabila dibawah
                                                       
ramai yang setia
ramai pula yang mulia
ada juga yang tak suka
ramai juga yang menghina



Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan