"Beliau tampil secara sukarela atas dorongan tertentu untuk berkongsi pengalaman sebenar beliau mula berubah arah daripada seorang yang pernah hanyut dengan dunia glamour hiburan menjadi seorang 'pencari' Tuhan...
Dikongsikanlah bahawa semasa zaman hanyutnya sekalipun beliau sebenarnya sudah menyanyikan lagu-lagu bermesej keTuhanan tetapi tidak memahami lirik yang dibuat oleh pihak lain.
Dalam majlis untuk mengenangkan Tok Pulau Manis @ Sheikh Abdul Malik ini beliau sekadar mahu berkongsi pengalama. Tetapi apabila diminta untuk menyanyi sedikit lagu beliau pun akur. Bukan lagu lagho pun tetapi lagu dengan lirik yang jelas mahu mencari makna keTuhanan bagi mereka yang faham..."
Dato' Awie di Festival Haul Tok Pulau Manis.
Sungguh Terharu dgn pengakuan Dato' Awie yg menyatakan masih ada insan yang menerimanya walaupun dirinya kotor & hina.
Beliau amat terharu dijemput ke festival tsb.
Allahu... Bila kita merasa diri kita hina, itulah sebenar-benarnya jiwa seorang hamba kepada Sang Pencipta.
Dalam kehidupan ini usahlah kita sewenang2nya menghukum & memandang rendah kpd sesiapa. Mungkin org yg di hukum itu lebih mulia dari orang yang menghukum.
Sebarkan cinta, kasih sayang & harapan kepada sesiapa saja yang mahu kembali kepada Allah & Rasul.
Kita terima mereka dengan penuh cinta. Tanpa mengira siapa dia & apa latar belakangnya.
Diri kita pun belum tentu diredhai disisiNya
Diri kita pun belum tentu diredhai disisiNya
🌹Org yg merasa dirinya pendosa sentiasa bertaubat kpd Allah, menyesali perbuatannya, merintih diampunkan dosanya lebih dikasihi Allah dari ahli ibadah yang sombong dengan ilmu & ibadahnya.
🌹Seseorang yang tidak gemar memburukkan orang, bermakna hatinya penuh cahaya, malah jika cahayanya kuat ia mampu memaafkan & memberi kebaikan kepada mereka yang memburukkannya
Sumber #
0 comments:
Catat Ulasan