SEJARAH WALI ALLAH TUAN TULIS

SEJARAH WALI ALLAH TUAN TULIS

MENGEMBARA KE TEMPAT SEJARAH ULAMA SILAM, MENGENDONG HARAPAN MENJEJAK INSPIRASI - TUAN TULIS TEMPAT RUJUKAN MASYARAKAT.

Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin.Hussein,terkenal sebagai wali allah yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah.Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah,khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah,Negeri Sembilan Namanya turut dikenali dikalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,kerana beliau pernah mengubati Yamtuan Besar yang pertama yg uzur di LONDON pada tahun 1925, sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya telah meninggal dunia.

RAHSIA DI SEBALIK GELARAN TUAN TULIS

Tuan Tulis dilahirkan dalam keluarga miskin, nmun sangat tekun mdalami ilmu walaupun terpaksa mnempuh dan berbagai kesukaran dengan berjalan kaki sahaja,beliau merantau hingga ke Lubuk Kawah,TEMERLOH. Disana beliau menemui guru yg membimbingnya dengan ilmu dan amal. Dengan guru inilah juga ia mendalami soal soal kerohanian TOK AYAH MAN adalah juga tuan guru utama kpd TUAN TULIS. Beliau adalah seorang alim lg warak berhijrah dari KELANTAN dan menerokai KG LUBOK KAWAH pada sekitar kurun 18 masihi.

Beliau mendirikan pusat pengajian yg masyhur pada masa itu dan muridnya datang dari serata negeri. TOK AYAH MAN adalah seorang yang ahli dalam hal hal kerohanian dan pernah berhadapan dengan ganguan jin jahat sewaktu pembukaan kampung ituDengan TOK AYAH MAN,Tuan Tulis menadah kitab bersama pelajar lain. Oleh kerana miskin beliau tidak dapat membeli kitab kitab yg mjadi teks pengajian yg dimiliki sperti pelajar yang lain.Lalu beliau berusaha menyalin kesemua matan kitab yang dipelajarinya.Beliau mencatat apa sahaja isi kuliah yang disampaikan oleh gurunya.Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pd keesokan harinya.dengan cara meminjam dari kawan kawannya,. begitulah tabiatnya TUAN TULIS imam masjid.

TUAN TULIS di KUALA TALANG, KUALA PILAH,N.SEMBILAN.

Melihat tabiatnya yg rajin dan tekun menulis guru dan sehabat beliau mengelarkan beliau ISMAIL TULIS.Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau di penggajian tersebut. Tamat pengajian orang kampung menghormatinya dengan panggillan TUAN TULIS.Kerja kerja menyalin kitab itu dilakukan secara istiqamah sehingga setiap kitab yang khatam diajar oleh gurunya turut disalin dengan tulisan tangannya sendiriMaka banyaklh kitab yang disalin olehnya. Yg masih tersimpan jilid pertama kitab Tafsir Jalalain manakala jilid keduanya sudah hilang bersama banyak lagi kitab yang lain.Juga masih ada dalam simpanan ialah 30 juzuk Al-quran yg disalin pada masa masa lapang semasa beliau menuntutKitab kitab dan Al-Quran yang disalin dengan tulisan tangannya sendiri itu ditulis olehnya dengan dakwat yg dibuat sendiri.antara campurannya ialah arang dan getah limau kasturi.PENANYA dibuat daripada bilah segar kabung"kata tuan haji ismail.

PADAM KEBAKARAN DI MAKKAH.

Suatu ketika tukang cukurnya masuk kedalam rumah untuk mengasah pisau,dia terperanjat pabila mendapati TUAN TULIS tidak ada diatas kerusinya.Tuan Tulis telah menghilangkn diri.Tidak lama kemudian TUAN TULIS muncul semula."Kemana tuan pergi tadi?tanya tukang cukur kehairanan."Aku ke Makkah,bantu padamkan api kebakaran besar disana"jawab Tuan tulis selamba.Peristiwa ini berlaku tahun 1900.

MENGUBAT SECARA ROHANIAH 

TUAN TULIS kembali ke rahmatullah pada tahun 1922.bagaimana pun pada tahun 1925,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Pertama,TUANKU MUHAMMAD IBNU TUANKU ANTAH diberikan telah di ziarahi oleh Tuan Tulis ketika terlantar uzur di London.Mereka saling kenal mengenal kerana Kuala Talang tempat tinggal Tuan Tulis berdekatan dengan istana Sri Menanti yg juga dalam daerah Kuala Pilah. Dalam pertemuan di London itu,Tuan Tulis meminta segelas air lalu menjampinya.Air jampi itu disapu ditempat sakit dan selebihnya di minum oleh Tuanku Muhammad. Seketika itu juga Yang Dipertuan Besar merasa sembuh dari penyakitnya.Kemudian Tuanku Muhammad masuk kedalam bilik untuk mengambil sesuatu(mgkin hadiah). Apabila keluar dari bilik,baginda mendapati Tuan Tulis telah ghaib. Dalam kehairanan itulah Tuanku Muhammad baru sedar bahawa sebenarnya Tuan Tulis sudah meninggal dunia lebih 3 tahun sudah. Dan kehadiran Tuan Tulis itu secara kerohanian Pada masa itu juga dalam hati baginda berniat, apabila kembali di tanahair baginda akan menziarahi makam TUAN TULIS.

Niat Yang Dipertuan Besar itu ditunaikan beberapa tahun kemudian.Baginda juga menitahkan supaya di bina bangunan di maqam Tuan Tulis di Kuala Talang yang masih wujud hingga sekarang. Demikianlah kejadian luarbiasa yang merupakan karamah yang dikurniakan oleh ALLAH kepada TUAN TULIS. Kelebihan seumpana itu ALLAH kurniakan kepada hamba hamba yang dikehendaki dan disayangi.Mereka bukan sahaja mendapat kurnian itu bukan sahaja dapat menolong orang yang dalam kesempitan secara kerohanian bahkan dapat membantu tentera islam di medan peperangan menghadapi tentera kafir musyrikin. Banyak lagi perkara pelik yg diceritakan orang mengenai Tuan Tulis.
Pernah berlaku ketika TUAN TULIS mengerjakan sawah bendang dengan dibantu anak anak muridnya beliau menyajikan buah tamar(kurma) yang masih segar seolah baru dipetik.Sedangkan dikawasan itu tidak ada pokok tamar. Selain bertani,TUAN TULIS juga banyak menternak kerbau.Anehnya kerbau kerbau peliharaannya tidak seperti kerbau orang lain.TUAN TULIS pernah berpesan pada kerbau kerbaunya "KAMU MAKAN RUMPUT SAHAJA, JANGAN MAKAN PADI ORANG" Dan semua kerbau TUAN TULIS sudah dikenalpasti tidak makan padi orang walaupun dibiarkan merayau tanpa ditambat.Inilah satu keganjilan yang benar2 berlaku. Sebab itu orang kampung tidak halau kerbau milik TUAN Tulis yang masuk bendang.

Kehalusan budi Tuan Tulis bukan saja sesama manusia tetapi juga binatang. Suatu hari di perjalanan,beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalangi lopak air.TUAN TULIS berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semut dapat menyeberangi lopak itu. Beliau tidak sanggup melihat burung terseksa dalam kurungan.Pernah TUAN TULIS membeli burung yang terkurung dan membebaskanya.Bagaimana pun beliau sendiri memelihara ratusan ekor burung merpati yang dilepas bebas,diberi makan dan minum secukupnya dan disediakan rumah burung untuk mereka berteduh,bertelur dan beranak pinak. Selepas kematiannya,sewaktu jenazah TUAN TULIS dibawa ketanah perkuburan,beratus ratus burung merpati peliharaannya terbang mengiringi dan melindungi jenazah beliau dari panc
aran matahari terik.Dan setelah itu,selesai pengebumian,kesemua burung merpati itu hilang entah kemana.tidak pulang2 ke sarangnya.wallahu a'lam.

SUKA DUDUK DENGAN ORANG JAHIL

Sebagai seorang guru yg berwatak pemimpin dan pembimbing.TUAN TULIS menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat secara halus.Baginya pendidikn tidak semestinya secara formal dikelas kelas pengajian atau masjid dan surau malah yg lebih berkesan pendidikan secara tidak formal(tidak rasmi) Dengan hubungan ini,TUAN TULIS pula suka bergaul dengan orang2 jahil dan senantiasa menanyakan masalah yg mereka hadapi.Beliau senantiasa bersabar dengan karenah mereka dan terus mendampingi mereka untuk tujuan dakwahBerdakwah secara menunjuk contoh teladan(lisanul hal) ini amat berkesan dimana akhirnya orang2 jahil dan liar dengan agama itu terpengaruh dan terikut ikut dengan tingkah lakunya yang mulia itu. Selain itu ia menjadi tempat rujuk masyarakat bagi menyelesaikan masalah yg timbul,baik berhubung dgn rumahtangga,pertikaian,sempadan sawah bendang,kes kes kecurian dan lain lain halnya.Dalam menyelesaikan kes sesuatu pertikaian,TUAN TULIS tidak mahu menyalahkan mana2 pihak,sebaliknya menunjukan jalan terbaik bagi mengatasi masalah mereka,. Cara beliau yang penuh hikmah itu dapat memuaskan hati semua pihak dalam sesuatu perbalahan sesuai dengan perwatakannya bukan sahaja warak tp seorang yang bijak membuat kputusan dan seorang tuan guru yang disegani khususnya bagi penduduk KUALA PILAH.

ALFATIHAH
Sumber dari 
Akademi Kajian Rantau Nusantara - AKAR
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan