Masyyakhah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara



SEBAHAGIAN SANAD USTAZ MUHAMMAD FUAD BIN KAMALUDIN, KHALIFAH TAREKAT AHMADIAH IDRISIAH ASIA TENGGARA YANG BERSAMBUNG DENGAN PENGASAS TAREKAT AHMADIAH IDRISIAH, IMAM AHMAD IBN IDRIS
.
Alhamdulillah dengan nikmat Allah, semenjak pertama kali Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin mengambil Tarekat Ahmadiah Idrisiah, cintanya yang amat dalam tumbuh subur terhadap tarekat yang mulia ini. Semenjak berada dalam rahim bondanya lagi, beliau telah didendangkan dengan Aurad Imam Ahmad ibn Idris. Kemudian, beliau dibesarkan pula di atas riba keluarga yang menghidupkan amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
.
Cinta yang tumbuh telah menjadikan jiwa remaja beliau meronta-ronta untuk mengenali lebih dalam lagi tentang tarekat ini. Segala kesungguhan dan ketekunan dicurahkan dalam mengamalkan dan mempelajari tarekat ini. Sekalian guru dan majlis berkaitan tarekat ini yang sampai ke corong telinga beliau, segera beliau hadiri dengan penuh himmah dan iltizam walaupun terpaksa mengembara. Segala sanad dan ijazah beliau pohon dengan penuh rendah diri dan beradab walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
.
Dengan nikmat kecerdikan yang Allah kurniakan dan khidmat kepada guru-guru yang dipersembahkan, jalan-jalannya dipermudahkan. Pada hari ini, beliau telah berjaya mengumpulkan manuskrip kitab-kitab Imam Ahmad ibn Idris sama ada melalui pewaris-pewaris Imam Ahmad ibn Idris atau pun pengkaji-pengkajinya di serata dunia.
.
Dengan kegigihan beliau mencari gali sumber-sumber asli tarekat ini sama ada melalui kitab-kitab yang ditinggalkan atau pun hubungan baik yang diadakan dengan keturunan dan pewaris sah Imam Ahmad ibn Idris, melalui kajian dan penelitian tanpa henti terhadap sumber-sumber yang sahih, maka terserlahlah antara kaca dan permata, yang samar kini menjadi nyata, yang tulen dan palsu dapat dibeza.
.
Memahami peri pentingnya sanad bagi mendapatkan ilmu yang sahih, lebih-lebih lagi ilmu tarekat yang menjadi santapan dan pembangun rohaninya, beliau telah berjaya mengumpulkan sanad-sanad dan ijazah tarekat ini daripada ramai ulama’ dan kebanyakan keluarga Imam Ahmad ibn Idris yang mempunyai rantaian sanad yang bersambung sehingga kepada Imam Ahmad ibn Idris. Apatah lagi, tarekat adalah suatu manhaj yang dibangunkan atas landasan al Quran dan Sunnah yang tidak boleh diperkatakan oleh sembarangan orang. Abdullah ibn Mubarak berkata:
.
ٱلإِسْنَادُ مِنَ ٱلدِّيْنِ، وَلَوْلَا ٱلإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَآءَ مَا شَآءَ
“Isnad adalah dari perkara agama. Jika tiada isnad, nescaya sesiapa pun boleh berkata apa sahaja yang dia mahukan.”.
.
Atas permintaan sebahagian murid-murid beliau, di sini dikeluarkan sebahagian daripada sanad-sanad beliau yang bersambung dengan Imam Ahmad ibn Idris melalui murid-murid Imam Ahmad ibn Idris seperti nama di bawah yang beliau imla’kan kepada sebahagian murid-muridnya.
.
1. Sayyid Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris
2. Sayyid Abdul ‘Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris
3. Sayyid Abdur Rahman ibn Sulaiman al Ahdali
4. Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi
5. Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani
6. Syeikh Ibrahim al Rasyid
7. Qadhi Abdur Rahman ibn Ahmad al Bahkali
8. Qadhi Hasan Ahmad ‘Akish
9. Syeikh ‘Abid al Sindi
10. Syeikh Muhammad al Mu’ammar
11. Syeikh Soleh ibn Abdullah ibn Hasan al Sannari
12. Sayyid Ahmad ibn Muhammad Syarif Maqbul al Ahdali.
.
.
1. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi ibn al Hasan al Idrisi
Beliau mengambil daripada ayahandanya Sayyid al Hasan al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi juga meriwayatkan daripada syeikhnya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi juga meriwayatkannya daripada gurunya Sayyid Sir al Khatm al Mirghani, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Uthman al Mirghani, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid al Hasan al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Syarif al Sanusi, ayahanda saudaranya Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi dan syeikhnya Sayyid Ahmad al Rifi, ketiga-tiganya meriwayatkannya daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid al Hasan al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Syeikh Abu al Qasim al Hajjazi, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Raja Muhammad Idris al Sanusi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi dan gurunya Sayyid Ahmad al Rifi, kedua-duanya meriwayatkannya daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi juga meriwayatkannya daripada ayahanda saudaranya Sayyid Muhammad al Mirghani al Idrisi, daripada Syeikh Muhammad al Mu’ammar, daripada Imam Ahmad ibn Idris. Ini ialah Sanad ‘Aali (yang paling tinggi) Tarekat Ahmadiah Idrisiah pada zaman ini.
- Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi inilah yang telah melantik Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin sebagai Khalifah Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara. Beliau merupakan Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah Dunia yang mempunyai autoriti untuk melantik khalifah-khalifah Tarekat Ahmadiah Idrisiah. Manakala guru-gurunya yang lain hanya sekadar memberikan beliau ijazah tarekat dan tidak mempunyai autoriti untuk melantik khalifah. Ditegaskan bahawa di sisi Perlembagaan Tarekat Ahmadiah Idrisiah, yang berhak melantik Khalifah Tarekat hanyalah Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah.
.
2. Sayyid Ibnu Idris al Hasan al Idrisi, 3. Sayyid Muhammad al Mujaddidi al Hasan al Idrisi.
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada ayahanda mereka Sayyid al Hasan al Idrisi seperti sanad di atas.
- Sayyid Ibnu Idris al Hasan al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Sayyid al Hasan ibn Ali ibn Muhammad al Ghauth ibn Imam Ahmad ibn Idris.
.
4. Sayyid Mustafa ibn Ahmad al Syarif al Idrisi.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Sayyid Ahmad al Syarif al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi seperti sanad di atas.
.
5. Sayyid Ahmad ibn Idris al Idrisi, 6. Sayyid Mustafa ibn Idris al Idrisi.
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada ayahanda mereka Sayyid Idris al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi seperti sanad di atas.
.
7. Sayyid Majdi ibn Abdul Qadir al Idrisi.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Sayyid Abdul Qadir al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Ma’mun al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
.
- Sayyid Muhammad al Ma’mun al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Syeikh Falih al Zahiri, daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Muhammad al Ma’mun al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Syeikh Salim ibn Abdur Rahman ibn ‘Iwadh Basihi, daripada Sayyid Muhammad al Ghauth al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
.
8. Sayyid Muhammad ibn Abdul Mun’im al Idrisi, 9. Sayyid Hisyam ibn Abdul Mun’im al Idrisi.
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada ayahanda mereka Sayyid Abdul Mun’im al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Ma’mun al Idrisi seperti sanad di atas.
.
10. Sayyid Idris ibn Abdur Rahim al Idrisi.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Sayyid Abdur Rahim al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Idris al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
.
11. Sayyid Mus’ab al Khair al Idrisi.
Beliau meriwayatkannya daripada bapa saudaranya Sayyid Ahmad ibn Mustafa ibn Abdul ‘Aali ibn Imam Ahmad ibn Idris, dengan sanadnya daripada Sayyid Idris al Syarif, daripada Sayyid al Hasan, daripada Syeikh Muhammad Abi Qasim al Hajjazi, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
12. Sayyid Usamah ibn Muhammad al Idrisi.
Beliau meriwayatkannya daripada nendanya Sayyid Ali al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Yamani al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Ali al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad al Ghauth al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
- Nenda Sayyid Usamah Sayyid Ali al Idrisi juga meriwayatkannya daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi dengan sanadnya kepada Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Muhammad ibn Ali al Idrisi al Yamani juga meriwayatkannya daripada Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi dengan sanadnya kepada Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Muhammad ibn Ali al Idrisi al Yamani juga meriwayatkannya daripada Syeikh Ismail ibn Hasan ‘Akish, daripada ayahandanya Qadhi Hasan ibn Ahmad ‘Akish, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Qadhi Hasan ibn Ahmad ‘Akish juga meriwayatkannya daripada syeikhnya Qadhi Abdur Rahman ibn Ahmad al Bahkali dan Syeikh al Islam Sayyid Abdur Rahman ibn Sulaiman al Ahdali, kedua-duanya daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid Muhammad ibn Ali al Idrisi al Yamani juga meriwayatkannya daripada syeikhnya al ‘Allamah Salim ibn Abdur Rahman ibn ‘Iwadh Basihi, daripada Sayyid Muhammad al Ghauth al Idrisi, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
13. Syeikh Muhammad al Tuhami al Hasan al Ahmadi.
Beliau meriwayatkannya daripada Sayyid al Hasan al Idrisi dan Sayyid Idris al Idrisi, kedua-duanya mengambil daripada ayahanda mereka Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi, seperti sanad di atas.
.
14. Sayyid Idris ibn Muhammad ibn Ja’far al Kittani
Beliau meriwayatkannya daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi dengan sanadnya kepada Imam Ahmad ibn Idris.
.
15. Sayyid Malik al ‘Arabi al Sanusi, 16. Sayyid Nu’man al ‘Arabi al Sanusi, 17. Sayyid Nafi’ al ‘Arabi al Sanusi. 18. Sayyid ‘Alami al Ghumari,
Keempat-empatnya mengambil daripada Raja Muhammad Idris al Sanusi seperti sanad di atas.
.
19. Sayyid Abdur Rahman ibn Abdul Hay al Kittani.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya al Musnid al Kabir Sayyid Muhammad Abdul Hayy ibn Abdul Kabir al Kittani, daripada Syeikh Muhammad Soleh al Duwaihi al Makki, daripada bapa saudaranya Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
- Sayyid Abdur Rahman al Kittani dan ayahandanya juga meriwayatkannya daripada Syeikh Yusuf ibn Ismail al Nabhani, daripada Syeikh Ismail ibn Muhammad al Nawwab, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Al Musnid al Kabir Sayyid Muhammad Abdul Hayy al Kittani juga meriwayatkannya daripada al Syams Muhammad ibn Muhammad al Mirghani, daripada nendanya al ‘Arif Muhammad Uthman al Mirghani, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Al Syams Muhammad ibn Muhammad al Mirghani juga meriwayatkannya daripada Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
- Al Musnid al Kabir Sayyid Muhammad Abdul Hayy al Kittani, juga meriwayatkan daripada al Syihab al ‘Attar, daripada Syaraf al Din ibn Muhammad al Faisyawari al Hindi, daripada Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada ayahandanya Imam Ahmad ibn Idris.
- Al Musnid al Kabir Sayyid Muhammad Abdul Hayy al Kittani, juga meriwayatkan daripada Syeikh Falih al Zahiri, daripada gurunya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada gurunya Imam Ahmad ibn Idris.
- Al Musnid al Kabir Sayyid Muhammad Abdul Hayy al Kittani, juga meriwayatkan daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi dengan sanadnya kepada Imam Ahmad ibn Idris.
.
20. Sayyid Umar al ‘Arabi al Sanusi.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahanda saudaranya Sayyid Muhyuddin al Sanusi, daripada ayahandanya Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi seperti sanad di atas.
.
21. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki, 22. Sayyid ‘Abbas ibn ‘Alawi al Maliki
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada ayahandanya Sayyid ‘Alawi al Maliki, daripada ayahandanya Sayyid ‘Abbas al Maliki, daripada Syekh Zawiyah Sanusiah di Madinah al Munawwarah al Muhaddith Syeikh Falih al Zahiri, daripada syeikhnya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid ‘Abbas al Maliki juga meriwayatkannya daripada Mufti Mazhab Syafi’i di Makkah al Mukarramah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, daripada syeikhnya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada syeikhnya Imam Ahmad ibn Idris.
- Sayyid ‘Alawi al Maliki juga meriwayatkannya daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi seperti sanad di atas.
- Sayyid Muhammad al Maliki juga meriwayatkan tarekat yang mulia ini daripada Sayyid al Hasan al Idrisi, Sayyid Syams al Din al Idrisi, Raja Muhammad Idris al Sanusi, Syeikh Soleh al Ja’fari, Sayyid Malik al ‘Arabi al Sanusi dengan sanad mereka kepada empunya tarekat Imam Ahmad ibn Idris.
.
23. Syeikh Abdul Ghani ibn Soleh al Ja’fari.
Beliau mengambil daripada ayahandanya Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, daripada gurunya Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi, daripada ayahandanya Sayyid Abdul ‘Aali al Idrisi, daripada gurunya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Soleh al Ja’fari juga meriwayatkannya daripada semua putera gurunya Sayyid Muhammad al Syarif al Idrisi iaitu Sayyid Muhammad al Mirghani al Idrisi, Sayyid Ahmad al Syarif al Idrisi, Sayyid al Hasan al Idrisi, Sayyid Idris al Idrisi, Sayyid Syams al Din al Idrisi dan Sayyid Mu’iz al Din al Idrisi. Beliau juga meriwayatkannya daripada Raja Muhammad Idris al Sanusi.
.
24. Syeikh Abdullah ibn Abdul Qadir al Talidi.
Beliau meriwayatkannya daripada al Hafiz Sayyid Ahmad ibn Siddiq al Ghumari, daripada Sayyid Muhammad al Ma’mun al Idrisi seperti sanad di atas.
Sayyid Abdullah al Talidi juga meriwayatkannya daripada Pemaisuri Sayyidah Fatimah al Syifa’, daripada ayahandanya Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi dan suaminya Raja Muhammad Idris al Sanusi dengan sanad mereka kepada Imam Ahmad ibn Idris.
.
25. Syeikh Yusuf Abdur Rahman al Mar’asyli.
Beliau meriwayatkannya daripada Sayyid Abdullah ibn Siddiq al Ghumari, daripada Raja Muhammad Idris al Sanusi dengan sanadnya kepada Imam Ahmad ibn Idris.
.
26. Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh, 27. Tuan Guru Haji Tajuddin bin Abdur Rahman
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada gurunya Syeikh Muhammad Yasin al Fadani, daripada Syeikh Ali ibn Falih al Zahiri, daripada ayahandanya Syeikh Falih al Zahiri, daripada gurunya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada gurunya Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Mahmud Sa’id Mamduh juga meriwayatkannya daripada Sayyid Hasan Fad’aq, daripada Sayyid Salim ibn Muhammad al Sirri, daripada al Syarif Muhammad ibn Nasir al Hazimi, daripada Syeikh ‘Abid al Sindi, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Muhammad Yasin al Fadani juga meriwayatkannya daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi dengan sanad beliau kepada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Muhammad Yasin al Fadani juga meriwayatkan daripada Sayyid Ali ibn Ali al Habsyi dan Syeikh Abdul Sattar al Siddiqi al Makki, kedua-duanya meriwayatkannya daripada al Mu’ammar Kiyai Nawawi ibn Umar al Bantani, daripada al Mu’ammar Mahmud ibn Kanan al Falambani, daripada al Mu’ammar Abdul Samad ibn Abdur Rahman al Falambani, daripada Sayyid Ahmad ibn Muhammad Syarif Maqbul al Ahdali, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
28. Sayyid Abdul Mun’im ibn Abdul Aziz al Ghumari.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Sayyid Abdul Aziz al Ghumari, daripada Syeikh Yusuf ibn Ismail al Nabhani, daripada Syeikh Ismail ibn al Mulla Muhammad al Nawwab al Kabuli, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris
.
29. Syeikh Muhammad Sa’id ibn Hani’ al Kahil.
Beliau meriwayatkannya daripada Syeikh Muhammad Ibrahim al Khutani al Madani, daripada Syeikh Muhammad Abdul Baqi ibn Mulla Ali al Laknawi al Madani, daripada Sayyid Ahmad ibn Abdullah al Mirghani, daripada Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Muhammad Abdul Baqi al Laknawi juga meriwayatkannya daripada Syeikh Ismail ibn Muhammad al Nawwab dan Syeikh Muhammad ibn Soleh, kedua-duanya daripada bapa saudara Syeikh Muhammad ibn Soleh iaitu Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Muhammad Abdul Baqi al Laknawi juga meriwayatkannya daripada al ‘Allamah Soleh ibn Abdullah ibn Hasan al Sannari, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
30. Syeikh Salim al Hammami al Dimasyqi, 31. Syeikh Muhammad Taisir al Makhzumi
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada al Muhaddith Syeikh Badr al Din al Hasani, daripada Syeikh Falih al Zahiri, daripada gurunya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada gurunya Imam Ahmad ibn Idris.
.
32. Tuan Guru Hj. Abdul Rasyid, 33. Tuan Guru Hj. Muhammad, 34. Tuan Guru. Hj Muhammad Hamid.
Ketiga-tiganya meriwayatkannya daripada ayahanda mereka Syeikh Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al Linqi, daripada Syeikh Muhammad ibn Ahmad al Dandarawi, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
35. Tuan Imam Hj. Ismail bin Muhammad Harith.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Syeikh Muhammad Harith bin Ahmad, daripada Syeikh Abdullah bin Syeikh Muhammad Sa’id dan Syeikh Abdul Samad ibn Abu al Hasan, kedua-duanya meriwayatkannya daripada ayahanda yang pertama Syeikh Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al Linqi seperti sanad di atas.
.
36. Tuan Guru Hj. Abdullah Sijang, 37. Tuan Guru Hj. Ibrahim Dahan
Kedua-duanya meriwayatkannya daripada Syeikh Syafi’i ibn Soleh al Qadahi (Tok Syafi’i Kedah), daripada Syeikh Ismail ibn Muhammad al Nawwab, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Tuan Guru Hj. Abdullah Sijang juga meriwayatkannya daripada Syeikh Hasan ibn Muhammad al Masysyat, daripada Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi, daripada ayahanda saudaranya Sayyid Muhammad al Mahdi al Sanusi, daripada ayahandanya Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
38. Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdur Rahman.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Tuan Guru Hj. Abdur Rahman, daripada Syeikh Syafi’i ibn Soleh al Qadahi, seperti sanad di atas.
.
39. Tuan Guru Hj. Abdul Wahid bin Uthman
Beliau meriwayatkannya daripada gurunya Mufti Syeikh Wan Musa, daripada ayahandanya Syeikh Wan Abdul Samad (Tuan Tabal), daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
40. Tuan Guru Hj. Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah.
Beliau meriwayatkannya daripada bondanya Wan Zainab binti Syeikh Ahmad Zain al Fatani, daripada ayahandanya Syeikh Wan Ahmad ibn Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al Fatani, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
- Syeikh Ahmad Zain al Fatani juga meriwayatkannya daripada Syeikh Muhammad ibn Ahmad al Dandarawi, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
41. Syaikhah Nik Fatimah binti Wan Abdul Qadir.
Beliau meriwayatkannya daripada ayahandanya Wan Abdul Qadir, daripada Wan Daud al Fatani, daripada Syeikh Wan Ali bin Wan Abdur Rahman Kutan, daripada Syeikh Ibrahim al Rasyid, daripada Imam Ahmad ibn Idris.
.
Inilah sebahagian daripada sanad Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin yang bersambung dengan Pengasas Tarekat Ahmadiah Idrisiah Imam Ahmad ibn Idris. Adapun Sanad Khilafah di sisi Tarekat Ahmadiah Idrisiah adalah hak eksklusif Syeikh Umum Tarekat Ahmadiah Idrisiah yang pada hari ini dipikul oleh Prof. Sayyid Abdul Wahhab al Tazi al Idrisi, seperti sanad di atas

# Sumber dari 
Tarekat Ahmadiah Idrisiah Asia Tenggara
Share on Google Plus

About Tv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 komentar:

Posting Komentar