Ilmu Tauhid Sifat 20 dan ilmu Tasawwuf/Tauhid Tiga Serangkai
Pada waktu dahulu kehidupan beragama orang-orang Melayu tenteram di bawah naungan tauhid/akidah Abu Hassan al-Ashaari dan Abu Mansur al-Maturidi, ilmu fekah mazhab Imam al- Shafie, serta ilmu tasawwuf Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.Akan tetapi apabila tibanya fahaman Kaum Muda pada awal kurun ke-20 dahulu yang memperkenalkan tauhid Tiga Serangkai dan meninggalkan ilmu tasawuf, kedamaian dalam amalan beragama mulai berubah.
Pelajar-pelajar Melayu dari aliran agama yang menuntut ilmu di Timur Tengah dan juga di universiti-universiti tempatan khususnya sejak merdeka mulai terdedah dengan fahaman ini yang dilatari oleh sekularisme. Apabila tamat pengajian baik di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD, mereka kemudiannya mendominasi semua urusan keagamaan dalam sistem pendidikan dan pentadbiran agama di tanah air.
Tidak kurang juga yang terlibat dalam politik dengan memiliki kuasa-kuasa keagamaan yang lebih tinggi.
Maka melalui tangan-tangan dan lidah mereka inilah ilmu tauhid Sifat 20 dan ilmu tasawwuf kemudiannya disingkirkan daripada persada ilmu.
Keluarlah fatwa-fatwa yang mengharamkan fahaman-fahaman tertentu dalam tasawuf kerana difitnahkan sesat oleh pengaruh Hindu dan Buddha. Keluarlah fatwa-fatwa bida'ah dalam berbagai-bagai amalan yang telah diamal sejak sekian lama hasil susunan ulama Ahlussunnah wal-Jamaah. Seiring dengan itu banyaklah kitab-kitab ilmu tasawuf yang telah diharamkan.
Ulama-ulama pondok yang selama ini menjadi induk dalam keagamaan yang mewarisi tradisi keilmuan zaman-berzaman semakin berjaya disisihkan
______________________________________________________________________
# Sumber dari Madiey Akidz ke Awalludin Makrifatullah
0 comments:
Catat Ulasan