Pertemuan Mahabbah Tuan Guru Pondok Kedah Darul Aman & Fathoni Darussalam..
9Jun 2019 / 5 Syawal 1440H
1- Ummah sedang menghadapi fitnah. Fitnah yang menggugat aqidah, syariah, akhlak serta segenap sudut kehidupan samaada dari musuh luaran (kafir) mahupun dalaman (berbeza aliran).
2- Ulamak adalah benteng utama ummah. Kukuhnya benteng apabila ulamak bersatu, iaitu menggabungkan diri di dalam kesatuan ulamak di negeri masing-masing.
3- Kekuatan para ulamak juga bermula dari dalam diri sendiri, melalui hati yg salim, lidah yg nazif serta qudwah yg hasanah sebagai teladan terbaik kepada ummah.
4- Kesatuan ummah juga adalah benteng yg perlu dibina. Membina kesatuan melalui ilmu, kefahaman serta kerjasama yang kukuh.
5- Menongkah fitnah dengan kaedah menerang serta menjelas kepada ummah dengan aqidah serta sunnah yang sebenar.
6- Pertemuan para ulamak hendaklah diadakan dengan lebih teratur, terancang serta menghasilkan solusi untuk ummah yang dahagakan bimbingan para ulamak
7- Bersama berusaha untuk menjayakan pembinaan kompleks Syeikh Daud al Fathani sebagai lambang kesatuan dan kukuhnya kerjasama antara kita.
Kredit : Pertubuhan Hesa Kedah / Muhammad Fazilul Helmi
0 comments:
Catat Ulasan