TvTarekat | Tuan Guru Haji Uthman Bin Haji Muhammad ( Tok Bachok )

Tuan Guru Haji Uthman Bin Haji Muhammad ( Tok Bachok ) Al Allamah Arif Billah Tok Bachok | Wali Allah 5 Serangkai ( 1868 - 1953 )

Nama penuh beliau adalah Tuan Guru Haji Uthman Bin Haji Muhammad . Beliau berasal dari keturunan Cina Muslim Monggolia dan beliau digelar Tok Bachok adalah kerana kealimannya dan kesungguhannya mengajar serta mendidik masyarakat di Bachok .
Beliau merupakan sahabat baik kepada 4 Wali Allah yang lain iaitu ::
1. Tok Kenali
2. Tok Padang Jelapang
3. Tok Kemuning
4. Tok Selehong
Di antara guru beliau ialah :
1. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kelantani ( Mahaguru sekalian guru )
2. Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdul Malek Sungai Pinang ( Guru bagi sekalian arif billah )
3. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad al Fathoni (Pengarang Kitab Faridatul Farid)
Tok Bachok ialah seorang yang bercakap dan menghukum dengan penuh hikmah . Diceritakan pada suatu ketika , seorang muridnya di sekolah pondok ditangkap kerana merokok . Barangkali , murid tersebut, pelajar-pelajar lain dan guru yang mengajar di sekolah yang sama menyangka bahawa Tok Bachok akan memberi hukuman yang berat kepada pelajar tersebut.
Namun, sangkaan mereka itu semua meleset jauh. Apa yang Tok Bachok lakukan adalah dengan menyuruh pelajar-pelajarnya mengambil puting rokok tersebut diikat dengan seutas tali. Kemudian, tali tersebut ditarik ramai-ramai dan dihumban ke dalam laut.
Sejujurnya, dengan akal saya yang serba kekurangan ini tidak dapat menghuraikan apakah hikmah disebalik tindakan yang diambil oleh Tok Bachok itu. Tetapi satu perkara yang saya fikirkan adalah mungkin Tok Bachok mahukan semua orang yang menjadi saksi kejadian itu mengutip iktibar bahawa perbuatan merokok perlu dicegah dan dijauhi oleh semua pihak.
Di antara anak murid beliau ialah :
1. Tuan Guru Haji Awang Belukar
2. Tuan Guru Haji Yaakob Awang Kechik , Bukit Marak
3. Al Allamah Syeikh Othman Jalaluddin , Pondok Penanti
4. Tuan Guru Haji Idris ( Bekas Qodhi Bachok )
5. Tuan Guru Haji Salleh Mat Jusoh
6. Tuan Guru Haji Mohd Ali Abdullah , Bukit Marak
7. Tok Wi
8. Tuan Guru Haji Umar Bin Che Ahmad Besut
9. Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal
10. Tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga
Tok Bachok meninggal dunia di Kampung Pondok Bachok .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber dari KenaliUlamak /Pondok Habib


Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan