TvTarekat | Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Said (1877 - 1962)

Al Allamah Tuan Guru Haji Muhammad Said (1877 - 1962)

Beliau dilahirkan di Kampung Anak Bukit, Alor Setar . Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Said Bin Penghulu Muhammad Taib Yan.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mat Tamin, Kampung Anak Bukit dan seterusnya berangkat ke Mekah .

Di antara gurunya ialah :

1. Tok Syeikh Jarum
2. Syeikhul Islam Syeikh Wan Sulaiman Wan Siddiq
3. Pak Cik Daud al Fathani / Syeikh Daud Bin Mustafa al-Fathani - Bapa Saudara Pak Chu Him, Pak Da Eil Mekah & Syeikh Wan Ahmad al Fathani
4. Syeikh Ali al Maliki - Ketua Feqah 4 Mazhab Mekah

Setelah pulang dari Mekah , beliau menetap di Titi Bakong, Yan dan mengajar agama dengan membuka kelas agama di rumahnya sendiri. Beliau pernah dilantik menjadi Kadi di beberapa daerah di Negeri Kedah termasuklah sebagai Kadi Daerah Kuala Nerang, Kuala Muda dan Yan. Tetapi akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai Kadi kerana beliau lebih gemar mengajar di rumahnya .

Tuan Guru Haji Said juga amat terkenal dalam ilmu perubatan Islam . Beliau juga digelar oleh penduduk setempat sebagai " Tabib Muhammad Said " kerana kemahirannya dalam membuat ubat ubatan serta mampu merawat penyakit .

Diriwayatkan bahawa Tuan Guru Haji Muhammad Said adalah seorang yang warak. Setiap kali selesai mengerjakan sembahyang beliau membaca wirid yang banyak, doa yang panjang dengan penuh khusyuk dan syahdu serta bercucuran air mata membasahi mukanya.

Beliau telah mengarang beberapa risalah dalam usahanya untuk mendidik ummah . Semua risalah risalah ini beliau hantar kepada Syeikh Abdullah Fahim untuk disemak sebelum beliau mengajar dan mengedarkannya . Antara karya risalah nya tersebut ialah :

1. Anak Kunci
2. Buah Putik Bagi Kanak-Kanak Pada Permulaan Tumbuhnya.
3. Adabul Katib
4. Punca Kesukaan
5. An-Nashihah Asy-Syabaniyah
6. Majalah Nun
7. Ath-Thabib

Tuan Guru Haji Muhammad Said meninggal dunia di Titi Bakong, Yan ketika berusia 85 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Daerah Yan, Kedah.

Moga Allah Taala pelihara roh auliaNya . Amin

_____________________________________
# Sumber dari Pondok Habib / Kenali Ulama
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan