TvTarekat | Amanat Syeikhul Islam Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim


Amanat Syeikhul Islam Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim 



2 foto dari album: Khazanah Ilmu & Pemikiran Hadrotus Syeikh TG Hj Abdullah Fahim.

Amanat Syeikhul Islam Tuan Guru Haji Abdullah Bin Ibrahim @ Syeikh Abdullah Fahim [Hadrotus Syeikh Pertubuhan نهضة العلماء NU Malaysia] agar Ummat Islam menjaga Mazhab Ahlis Sunnah Wal Jama’ah ( Aswaja ) & menjaga kesatuan Bangsa Melayu :

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أما بعد
Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (يحرم خرق الإجماع / diharamkan menyalahi ijma`).

Ambil mereka itu hukum-hukum Fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.

Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.

Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.

Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.

Sekarang sudah ada timbul di Malaya MAZHAB KHAWARIJ yakni mazhab yang KELUAR dari mazhab 4 mazhab AHLUSSUNNAH WAL JAMA'AH. Maksud mereka itu hendak mengelirukan fahaman awam yang sebati dan hendak MEROBOHKAN pakatan Bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakkan bangsa melayu.

Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim Al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlussunnah wal jama'ah.

Tuan-tuan bangsa melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri.

Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seseorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia [ Maksudnya Bunuh itu ialah berhujjah lah dengan ilmu akan mereka itu ] . إهـ INTAHA(Tamat).
[ Amanat ini di tulis oleh Tuan Guru Haji Abdullah Fahim ketika Muktamar Akhir Persatuan Ulama Se-Malaya sebelum berpisah dari UMNO , Beliau ( Syeikh Abdullah Fahim ) ketika itu memegang jawatan Yang Di Pertua UMNO Kepala Batas & Ketua Dewan Ulama PAS Pusat , Persatuan Ulama Se-Malaya berubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya dan terakhirnya menjadi Parti Islam Se-Malaysia PAS selepas keluar dari UMNO ]
Di atas Qaedah Nahdlatul Ulama : المحافظة علي القديم الصالح

Menjaga Khazanah yang Baik yang di tinggalkan oleh Ulama, Marilah kita menjaga, memelihara dan memperjuangkan Amanat Hadrotus Syeikh Abdullah Fahim ini

# Sumber dari Nahdlatul Ulama' Malaysia - Official
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan