Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Abdul Mubin Pauk Boh al Fathani

 Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Abdul Mubin Pauk Boh al Fathani
 ( 1635 - 1710 )


Al Allamah Arif Billah Wali Allah Syeikh Abdul Mubin Pauk Boh al Fathani ( 1635 - 1710 )
Subhanallah inilah dia lakaran wajah wali besar bumi Fathani Syeikh Abdul Mubin Pauk Boh . Beliau ialah pengasas kepada pondok Pauk Boh yang amat terkenal di Patani sebagai institusi pendidikan yang telah melahirkan ramai alim ulamak yang bertaraf wali pada kurun ke 17 dan 18 .
Beliau hidup sezaman dengan Wali Keramat Aceh Syeikh Abdul Rauf Singkel ( 1615 - 1693 ) dan lahir pada pemerintahan Raja Kuning ( Sultan Kerajaan Patani dari kalangan Perempuan ) .
Pondok Pauk Boh merupakan pondok yang pertama sekali dibangunkan di Patani . Boleh dikatakan ini ialah gambar lakaran ulamak Patani yang paling tua pernah kita lihat iaitu hampir 350 tahun lalu .
Nama sebenar beliau ialah Syeikh Wan Abdul Mubin Bin Syeikh Wan Muhammad Jailani Bin Syeikh Muhammad Masari Bin Syeikh Wan Hamzah Bin Syeikh Wan Abdul Mubin Bin Syeikh Wan Abdul Jabbar Bin Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani. Keturunannya berasal dari Arab Hadhrami yang datang berdagang di Patani lalu membina sebuah penempatan di Kampung Pauh Bok .
3 adik beradiknya juga merupakan wali besar di zaman nya . Mereka ialah :
1. Arif Billah Syeikh Wan Mohd Soleh
2. Arif Billah Syeikh Wan Abbas
3. Arif Billah Syeikh Mohd Yunus
Beliau mempunyai 11 orang anak dan 2 diantara anaknya merupakan wali besar yang pernah tercatat dalam sejarah Patani iaitu :
1. Wali Allah Syeikh Abdul Rahman Bin Syeikh Abdul Mubin al Fathani . Kisah beliau boleh dirujuk disini ,
2. Wali Allah Syeikh Wan Abdullah Bin Syeikh Abdul Mubin - Pengarang Kitab Tanbihul Ghafillin ( selesai dikarang pada tahun 1770 )yang mahsyur di bumi Melayu .
Syeikh Abdul Mubin pernah mengarang beberapa buah kitab dan satu diantaranya pernah disalin oleh anak beliau iaitu Syeikh Abdul Rahman Pauk Boh pada tahun 1709 .
Urusan mentadbir pondok telah diserahkan kepada anaknya Syeikh Abdul Rahman Pauk Boh yang juga dikenali dengan nama Tok Nyang Perobok sehingga terdidiknya 3 tokoh ulamak melayu sepanjang zaman iaitu Syeikh Daud al Fathani , Syeikh Abdul Samad al Falembani & Syeikh Arsyad al Banjari di pondok tersebut .
Beliau meninggal dunia sekitar usia 75 tahun . Makamnya tidak dapat diketahui dimana .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
# KenaliUlamak
# Melayu Bani Jawi
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan