TvTarekat | KISAH MASYUR AL ALLAMAH ARIF BILLAH TOK KENALI


Al Allamah Arif Billah Tok Kenali | Wali Allah 5 Serangkai Warisan Bumi Kelantan ( 1870 - 1933 )

Boleh dikatakan seluruh Nusantara mengenali beliau . Beliau sungguh alim, zahid, warok dan tawadduq . Kehadiran beliau ke Nusantara khususnya Tanah Melayu amat disyukuri kerana hasil dari kesungguhnya , sekarang kita dapat lihat banyak alim Ulamak yang lahir bersanad ilmu mereka kepada Tok Kenali .

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali , Kubang Kerian, Kota Bahru dan dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang sederhana. Satu anugerah dari Allah buat Tok Kenali apabila beliau masih kecil lagi, beliau boleh ingat dan mahir sesuatu pekara dengan cepat . Pada usia 7 ke 8 tahun , beliau sudahpun diupah oleh pegawai kerajaan bagi mengurus tanaman kampung .

Beliau memulakan perjalanan ilmiah nya pada usia yang kecil . Bermula dengan didikan dari datuk nya sendiri dalam memahami ilmu Quran .

Dengan berbekalkan duit yang hanya berjumpah RM72, beliau telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menyambung pelajarannya . Beliau telah menempuh banyak rintangan dan dugaan ketika berada di Mekah . Hampir 7 bulan beliau tidur di sekitar serambi Mekah dan kadang kala beliau ambil upah menjadi tukang masak sementara .

Di antara gurunya ialah :

1. Tok Leh ( Datuk Tok Kenali )

2. Tuan Guru Haji Wan Ismail - Kota Bharu ( Perdana Menteri Kerajaan Kelantan )

3. Al Allamah Tuan Guru Haji Ibrahim - Sohibus Samahah Mufti Kelantan

4. Al Allamah Arif Billah Syeikh Wan Ali Kutan al Kalantani | Tok Wan ‘Ali Kutan (1837-1913)

5. Al Allamah Tuan Tabal | Syeikh Abdul Samad Bin Muhammad Salih al Kalantani

6. Al Allamah Sheikh Nik Mat Kecik Patani ( 1844-1915 )

7. Tuan Guru Haji Ahmad Bin Abdul Karim al-Kalantani

8. Al Allamah Tuan Padang | Tuan Guru Haji Taib , Kota Bharu

9. Al Allamah Arif Billah Sibaweh Soghir Sheikh Wan Ahmad Bin Muhammad Zain al-Fathani ( 1856-1908 )

10. Al Allamah Arif Billah Syeikh Sayyid Muhammad Yusuf al-Nabhani , Beirut

11. Al Allamah Syeikh Habibullah - Mesir

12. Al Alamah Syeikh ‘Abid - Mufti Al Malikiah

13. Al Alamah Syeikh Muhammad Amin - Imam Mazhab Hanafi

14. Al Alamah Syeikh Bakri

15. Al Alamah Syeikh Mohamad Yusof Al Khiadh

16. Al Alamah As Sayid Abdullah Bin Sayid Saleh as Zawawi - Mufti Makkah

17. Al Allamah Syeikh Mukhtar ‘Athar al Jawi al Minangkabawi al Bukri - Bogor

18. Al Allamah Syeikh Ahmad Bin Abdul Latif al Minangkabawi

19. Sohibus Samahah Syeikh Abdullah Bin Musa - Mufti Johor Ke 2


Beliau bersahabat baik dengan beberapa Ulamak Besar Alam Melayu sezaman dengannya. Di antaranya ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Syeikh Abdullah Fahim

2. Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Mat Syafie Losong

3. Al Allamah Arif Billah Tok Padang Jelapang

4. Al Allamah Arif Billah Tok Selehong

5. Al Allamah Arif Billah Tok Kemuning

6. Al Allamah Arif Billah Tok Bachok

7. Al Allamah Tok Bermin


Tok Kenali telah melahirkan ratusan alim ulamak yang hebat dan ada diantara mereka yang menjadi pengarang kitab di Nusantara ini . Diantaranya ialah :

1. Al Allamah Arif Billah Syeikh Idris al Marbawi - Pengarang Kitab Bahrul Mazi & Kamus Al Marbawi

2. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ahmad Maher - Mufti Kelantan & Merupakan Anak Wali Allah Tok Kemuning

3. Al Allamah Syeikh Uthman Jalaludin - Pengasas Pondok Penanti

4. Al Allamah Tuan Guru Haji Yaakob Legor - Pengasas Pondok Legor

5. Sohibus Samahah Tuan Guru Haji Ismail Bin Yusof - Mufti Kerajaan Kelantan

6. As Syeikh Muhammad Salih - Mekah

7. Al Allamah Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang | Tuan Guru Haji Ali Salahuddin - Pengasas Madrasah Al Falah , Pulau Pisang

8. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir - Bunut Payung

9. Tuan Guru Haji Yaakob Bin Haji Ahmad - Gajah Mati

10. Yang Berbahagia Datuk Haji Hassan Yunus Al Azhari - Bekas Menteri Besar Johor

11. Tuan Guru Haji Asad Bin Daud / Tuan Guru Haji Saad Kangkung

12. Al Allamah Tok Pulau Ubi | Tuan Guru Haji Yusuf Bin Abdul Rahman - Pulau Ubi

13. Tok Lata | Tuan Guru Haji Wan Ahmad Bin Wan Abdullah - Pondok Becah Punai

14. Tuan Guru Haji Ahmad Batu Tiga

15. Al Allamah Syeikh Abdul Qodir al Mandili - Pengarang Kitab Penawar Bagi Hati

16. Tuan Guru Haji Othman - Bukit Besar

17. Tuan Guru Haji Ahmad Lundang Paku

18. Tuan Guru Haji Ahmad Tawang

19. Al Allamah Tuan Guru Haji Nor Bot

20. Tuan Guru Haji Mat Jebang

21. Al Allamah Tuan Guru Haji Awang Yusof - Pondok Tanah Serendah Sekebun Bunga

22. Al Allamah Tuan Guru Haji Daud Bin Haji Omar - Bukit Abal

23. Al Allamah Tuan Guru Haji Bidin - Dungun ( Pengasas Pas Terengganu )

24. Al Allamah Syeikh Mahmud Nasri Osmani

25. Tuan Guru Haji Hitam Tanjung Bedil

26. Al Allamah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Bin Che Wan - Pengasas Pondok Lubok Tapah

27. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Bin Haji Ibrahim

28. Tuan Guru Haji Che Yahya - Pasir Mas

29. Al Allamah Tuan Guru Haji Yahya Junid - Pengasas Pondok Pak Ya

30. Tuan Guru Haji Ismael Fikri

31. Tuan Guru Haji Hussin Langgar

32. Tuan Guru Haji Musa Bin Salleh - Ayah Tuan Guru Haji Salleh Sik

33. Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar - Ayah Tuan Guru Nik Aziz

34. Tuan Guru Haji Hussin Rahimi

35. Tuan Guru Haji Awang Lambor

36. Tuan Guru Haji Umar Bin Che Ahmad Besut

37. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah

38. Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang

39. Tuan Guru Haji Mat Pauh

40. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang

41. Tuan Guru Haji Abdul Majid Guar Cempedak


Al Allamah Tok Kenali terkenal sebagai ahli makrifat yang tinggi maqamnya disisi Allah . Banyak kisah kisah kewalian yang berlaku ke atasnya . Di antara kisah yang mahsyur ialah :

1. Beliau berjalan dengan cepat sehingga anak-anak muridnya selalu ketinggalan. Pernah dikatakan oleh anak muridnya :

" Beliau nampak berjalan macam biasa saja tetapi selalunya beliau sampai dulu seolah-olahnya dunia ini sempit baginya "

2. Ada seorang yang menjala ikan tak dapat-dapat sebarang jenis ikan, lalu bertembung dengan Tok Kenali. Tok Kenali pun memegang-megang sambil menepuk-nepuk jalanya itu. Selepas itu, orang itu menjala dengan sekali tebar saja sudah dapat banyak sungguh ikan.

3. Tok Kenali juga pernah memberi amaran supaya bersiap sedia kerana banjir besar akan melanda Kelantan. Beliau berkata, “Aku ada alamat akan berlaku bah besar. Kerana itu kamu bersiap sedialah…” Setahun kemudian berlakulah bah besar seperti yang dikasyafkan kepada Tok Kenali itu yang terkenal dengan ‘Bah Merah’, yang tertera dalam catatan sejarah penting negeri Kelantan; berlaku pada 26 Disember 1926.

Tok Kenali menghembuskan nafas terakhirnya di Kubang Kerian dan diriwayatkan lebih dari 1000 orang hadir bagi menyembahyangkan jenazahnya dan hampir 2500 orang hadir mengiringi jenazahnya ke perkuburan .

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin

Sumber dari # Kenali Ulamak
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan