PERKONGSIAN AMALAN KHUSUS SURAH AL-HASYR, AYAT 21-24 DRP TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK


PERKONGSIAN AMALAN KHUSUS SURAH AL-HASYR, AYAT 21-24 DRP TUAN GURU DR HJ JAHID HJ SIDEK
============================================
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya :”Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu hal yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”
(Surah Al-Isra', ayat 82ِ)
Pengalaman seorang jemaah dan murid kepada Tuan Guru dan beliau ingin berkongsi dan menyebarkan atau war-warkan satu amalan khusus yang sangat baik untuk diamalkan dan memberikan kesan yang baik buat zahir dan batin kita kepada seluruh ahli jemaah.
AMALAN AYAT 21-24 SURAH AL-HASYR
============================================
لَوۡ أَنزَلۡنَا هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ عَلَىٰ جَبَلࣲ لَّرَأَیۡتَهُۥ خَـٰشِعࣰا مُّتَصَدِّعࣰا مِّنۡ خَشۡیَةِ ٱللَّهِۚ وَتِلۡكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلُ نَضۡرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ یَتَفَكَّرُونَ(21)
هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِی لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَیۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِیمُ (22)
هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِی لَاۤ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَیۡمِنُ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَكَبِّرُۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا یُشۡرِكُونَ (23)
هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَاۤءُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ یُسَبِّحُ لَهُۥ مَا فِی ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلۡحَكِیمُ (24)
Maksudnya :
(21) Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.
(22) Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
[Surat Al-Hashr 21-24]
PERKONGSIAN IKHLAS SEORANG PENGAMAL
============================================
Saya adalah seorang yang mengalami kesakitan akibat gangguan makhluk halus hingga menyebabkan fikiran berserabut dan selalu tidak fokus. Tambahan pula saya juga sedang menghadapi pelbagai tekanan dan masalah di tempat kerja. Saya ingin berkongsi amalan yang pernah diajarkan oleh Tuan Guru apabila saya melaporkan masalah yang saya hadapi dengan tujuan agar dapat dibantu melalui pengalaman dan pelbagai kaedah yang Tuan Guru ada.
Pada satu hari saya mendapat info berkenaan Tuan Guru dan pelbagai kegiatan beliau (Pusat Rawatan Islam Manarah). Ia mendorong saya untuk bertemu Tuan Guru atas masalah yang saya hadapi. Alhamdulillah syukur saya dapat bertemu dan melaporkan keadaan diri saya dan masalah yang saya hadapi.
Selepas saya berkongsi masalah, Tuan Guru mula bercerita kepada saya, tentang seorang anak murid Tuan Guru yang selalu sakit-sakit dan menghadapi pelbagai masalah berat, lalu Tuan Guru arahkan si murid tadi agar mengambil cuti khas selama 3 hari, dan mengamalkan bacaan surah al-Hasyr, ayat 21-24 seperti di atas. Amalan si murid tadi sangat banyak sehingga mencecah ribuan kali jumlahnya, dan syukur kesannya sangat baik sehingga akhirnya membawa si murid tadi menjadi sangat sihat dan segala masalah beratnya selesai berperingkat dan beliau mendapat pelbagai kebaikan dan kelebihan.
Selepas bercerita panjang lebar, akhirnya sambil tersenyum, Tuan Guru berkata kepada saya:
"Awak ambillah cuti selama 7 hari, dan bacalah ... لو انزلنا hingga akhir, baca sepanjang masa, jangan keluar rumah kecuali perlu sahaja"
Dipendekkan cerita, saya pun nekad berusaha dengan mengambil Cuti Sakit (MC) selama 2 hari, dan apply cuti tahunan 3 hari, dan ditambah cuti weekend hari Sabtu dan Ahad, maka cukuplah 7 hari jumlahnya.
Saya ikut dengan bersungguh-sungguh semua arahan Tuan Guru dengan teliti, alhamdulillah, syukur dengan kurnia Allah diberikan kemudahan beramal, dan selepas saya berusaha dengan sedaya upaya mengamalkannya selama 7 hari, memang terbukti berkesan, saya berasa sangat sihat, sangat-sangat lapang fikiran dan hati, sangat bertenaga, bertambah kesabaran dan boleh melakukan pelbagai kerja harian, dan menerima banyak perubahan yang baik kepada zahir dan batin saya.
Saya juga teringat kisah lain yang diceritakan oleh Tuan Guru, ia adalah berkenaan seorang pesakit atau orang yang terkena sihir mengadu dan berjumpa tuan guru. Lalu Tuan Guru arahkan pesakit tadi mengamalkan ayat di atas, namun disebabkan kemungkinan kurang kesungguhan, pesakit atau orang yang kena sihir tadi hanya mengamalkan ayat tersebut beberapa kali sahaja kemudian tertidur, kesannya sihir atau penyakit yang dialami tidak hilang dan sukar sembuh.
Berbeza keadaan seorang pesakit lain yang sanggup dan yakin untuk mengamalkan bersungguh-sungguh hingga sanggup berkorban dengan mengambil cuti khas selama 3 hari berturut-turut dan pesakit tersebut telah berjaya mengamalkan ayat di atas sehingga mencecah ribuan jumlahnya, Tuan Guru berkata orang yang mengikut amalan tersebut alhamdulillah syukur telah sihat dan memberikan kesan yang baik kepada zahir dan batin orang tersebut.
Begitulah yang dikongsikan oleh Tuan Guru kepada saya, rasanya tidak mungkin saya boleh melaksanakan amalan tersebut melainkan dengan keberkatan dan doa daripada Tuan Guru juga selain sokongan ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan dan memberikan support moral, masa dan tenaga.
Bila saya bertemu buat kali kedua, saya telah melaporkan atau memaklumkan kepada Tuan Guru lebih kurang begini :
"Alhamdulillah, terima kasih Tuan Guru, sekarang saya berasa sangat lapang dan bertambah sihat serta banyak masalah saya boleh hadapi dengan yakin, tenang dan sabar..."
Tuan Guru menjawab : "Betul la tu...".
Lantas saya minta keizinan untuk berkongsi amalan yang baik ini kepada sesiapa yang saya kenali, khususnya ahli keluarga saya. Dan Tuan Guru berikan keizinannya.
Di sini saya kongsikan amalan khusus di atas seperti mana yang diberikan oleh tuan guru. Semoga Allah kurniakan kepada kita semua himmah atau kesungguhan utk beramal pelbagai amalan yang banyak dalam Islam.
Yang Ikhlas
HAMBA ALLAH
Nota : Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr di atas adalah sebahagian Ayat Manzil yang diamalkan oleh Tuan Guru dan Para Perawat Pusat Rawatan Islam Manarah serta murid-murid Tuan Guru.
Share on Google Plus

About roslanTv Tarekat

Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis.

0 comments:

Catat Ulasan